A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. NUTRITION
  4. /
  5. Teens
  6. /
  7. Hiperlipidemia

Hiperlipidemia

Hiperlipidemia (Pemakanan Remaja yang Mengandungi Tinggi Lemak)

Pengenalan

Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi sangat merbahaya kepada kesihatan. Ia boleh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar. Anda perlu memantau tahap kolesterol dalam darah. Ia boleh dilakukan di hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal anda

Tahap kolesterol darah saya tinggi, apakah makanan yang perlu saya ambil ?

Ambil sekurang-kurangnya satu hidangan yang kaya vitamin A atau “Carotenoids” setiap hari, contohnya :- sayuran hijau, lobak merah, tomato, kentang, mangga, betik atau tembikai. Ambil juga kumpulan makanan yang kaya dengan vitamin C. Contoh:- jambu, betik, oren, mangga atau belimbing

  • Kurangkan pengambilan lemak atau ambil makanan rendah lemak.
  • Kurangkan pengambilan kolesterol atau ambil makanan yang mengandungi rendah kolesterol
  • Gantikan daging dengan mengambil kekacang. Contoh :- kacang pis, kacang soya dan sebagainya.
  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lebihkan makan bijiran seperti nasi, oat, barli, jagung, gandum dan produk bijirin.
  • Lakukan senaman atau tingkatkan aktiviti fizikal.

Kandungan lemak di dalam makanan yang terpilih

Bijiran

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Nasi ½ cawan (64g)
0.05
Oat 3 sudu besar (18g)
0.6
Pulut 20 g
0.46
Barli 2 sudu besar (26g)
0.4
Tepung gandum 3 sudu besar (26g)
0.3
Makaroni 1/3 cawan
0.3
Mi 1/3 cawan
0.3
Biskut krim kraker 3 keping
3.6
Biskut marie 3 keping (21g)
2.4
Biskut bijan 3 keping (15g)
1.2

Ubi-ubian

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Keladi ½ cawan (69g)
0.3
Ubi kayu ½ cawan (77g)
0.2

Kekacang

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Kacang kuda 1/3 cawan (62g)
3.2
Dal 1/3 cawan (66g)
0.87
Kacang pis 1/3 cawan (65.7g)
0.5
Susu kacang soya 1 kotak (50mls)
3.0

Produk daging

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Daging lembu tanpa lemak ½ cawan (123g)
2.6
Ginjal lembu ½ cawan (128g)
3.5
Paru lembu ½ cawan (92g)
0.1
Usus lembu 1 keping (11g)
0.1
ayam 1 keping (11g)
3.0
Organ dalaman ayam 2 ketul (66g)
1.8
Kambing 5 keping (61g)
2.6
Hati khinzir 1 keping (73g)
3.1
Ikan 40g
<3.00

3.00

Kuih

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Coklat wafer 1 keping (14g)
3.2
Kuih koci pulut putih 1 keping (82g)
2.9
Kuih seri muka 1 keping (99g)
3.8
Kuih pau kacang merah 1 keping (80g)
2.8
Kuih tat nanas 3 keping (15g)
3.0

Buah-buahan

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Buah susu / Avocado 1 (229g)
30.6
Buah pala 1
40.6

Susu, yogurt dan keju

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Lemak (g)
Aiskrim 2 skop (90g)
12.0
Keju 1 keping (20g)
7.0
Marjerin 2 sudu teh (10g)
8.0
Susu pekat manis 1 sudu besar (15g)
1.0
Susu penuh krim 1 sudu besar (7g)
2.0
Susu tanpa lemak/ skim 1 sudu besar (7g)
0.0
Yogurt rendah lemak 1 cawan (150g)
0.0
Yogurt perisa buah-buahan 1 cawan (150g)
 

Semakan akhir : 25 Januari 2008
Penulis : Dr. Zainab bt. Kusiar

 

Artikel Berkaitan

Fast Food

What are fast foods? Fast foods are usually purchased at

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia