A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Kosmetik
  6. /
  7. Hydroquinone dalam sediaan kosmetik

Hydroquinone dalam sediaan kosmetik

Hydroquinone hanya dibenarkan untuk produk kosmetik sediaan kuku palsu bagi kegunaan professional sahaja. Hydroquinone atau campuran bersama p-hydroxyanisole berfungsi sebagai penstabil di dalam produk sediaan kuku palsu dan had kepekatan maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 0.02% selepas dicampur. Di samping itu, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone perlu dielakkan daripada terkena kulit dan amaran tersebut perlu dinyatakan dengan jelas pada label.

Pengenalan

Hydroquinone hanya dibenarkan untuk produk kosmetik sediaan kuku palsu bagi kegunaan professional sahaja. Hydroquinone atau campuran bersama p-hydroxyanisole berfungsi sebagai penstabil di dalam produk sediaan kuku palsu dan had kepekatan maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 0.02% selepas dicampur. Di samping itu, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone perlu dielakkan daripada terkena kulit dan amaran tersebut perlu dinyatakan dengan jelas pada label.

Oleh yang demikian, lain-lain produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja.

Hydroquninone1

Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik

Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang. Produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.

Lazimnya, sesuatu produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang bertujuan melariskan jualan produk kerana pengguna akan merasa kesan yang dijanjikan dalam masa yang singkat dan seterusnya menyebabkan mereka akan terus membeli produk tersebut.Ini merupakan suatu teknik pemasaran syarikat yang tidak bertanggungjawab. Sebagai sebuah agensi di bawah KKM yang mengawal produk kosmetik di Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa memantau produk kosmetik bernotifikasi di pasaran dan menjalankan pengujian ke atas produk tersebut secara berterusan untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk yang berada di pasaran. Produk kosmetik yang dikesan mengandungi bahan terlarang akan dibatalkan notifikasi dan produk akan dipanggilbalik daripada pasaran.

Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi tompok-tompok hitam setelah terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.

Hydroquninone2

Peranan Pengguna

Pengguna dinasihati untuk mendapatkan maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dari pasar malam, kaki lima atau secara atas talian. Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang singkat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi NPRA iaitu www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini atau mengesyaki produk kosmetik bernotifikasi mengandungi bahan terlarang, laporan atau aduan boleh dibuat menggunakan Borang Aduan Kosmetik Bernotifikasi melalui pautan https://npra.gov.my/images/public/BORANG_ADUAN_KOSMETIK.pdf dan emailkan borang yang telah dilengkapkan kepada kosmetik@npra.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Rujukan

  1. Cosmetic Ingredient Review, Amended Safety Assessment of Hydroquinone as Used in Cosmetics http://www.cir-safety.org dilayari pada 23/6/2014
  2. Guidelines for Control of Cosmetics Products in Malaysia, Mei 2009 (rev06)
  3. Senarai Racun Berjadual. http://www.pharmacy.gov.my/ dilayari pada 16/2/2015
  4. Understanding Black Skin: Hyperpigmentation and Dark Marks. http://www.changemagazineonline.com/understanding-black-skin-hyperpigmentation-and-dark-marks/ dilayari pada 16/2/2015
Semakan Akhir : 22 Ogos 2019
Penulis : Nurhirza bt. Shaiful Yamin
Akreditor : Noor Hidayah bt. Mohd Nor
Penyemak : Wan Mohaina bt. Wan Mohammad
  : Hanum Maisarah bt. Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

Keselamatan produk berdaftar

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia, merupakan satu-satunya agensi regulatori di Malaysia yang juga bertindak sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia