A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hyperventilasi

PENGENALAN

Hyperventilasi bererti bernafas dengan lebih laju dan / atau lebih dalam daripada biasa ketika berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini mengakibatkan terlalu banyak karbon dioksida di hembuskan keluar.Hasilnya, tahap karbon dioksida di dalam darah dan tisu otak menurun.

Hyperventilasi selalunya disebabkan oleh perasaan kebimbangan yang keterlaluan atau serangan panik. Walau bagaimanapun, kadar pernafasan yang laju juga boleh merupakan gejala sesuatu penyakit, seperti:

  • Pendarahan
  • Penyakit jantung atau paru-paru
  • Jangkitan kuman

Anda boleh merawat sendiri masalah hyperventilasi anda sekiranya anda pernah mengalami keadaan yang sama dan disahkan oleh doktor sebagai  hyperventilasi.

 

GEJALA DAN TANDA

  • Denyutan jantung dan kadar pernafasan yang laju.
  • Keletihan atau lesu
  • Mulut kering, kesukaran untuk menelan
  • Berasa seperti anda tidak boleh menghirup udara yang secukupnya.
  • Sesemut dan kebas di tangan, kaki, dan di sekeliling mulut
  • Rasa seolah-olah nafas akan terhenti
  • Pengsan
  • Tempoh gejala biasanya biasanya selama 20 hingga 30 minit, tetapi terasa amat lama
  • Walaupun menakutkan, tetapi hyperventilasi biasanya tidak merbahaya.

 

KOMPLIKASI

Minta bantuan anggota perubatan jika:

  • Ianya merupakan serangan kali pertama. (Ini adalah kecemasan dan anda perlu dibawa ke bilik kecemasan dengan segera.)
  • Anda sedang bernafas dengan laju, dan pada masa yang sama anda berada dalam keadaan kesakitan, demam atau pendarahan.
  • Hyperventilasi yang berlanjutan atau semakin teruk walaupun setelah melakukan rawatan awal.
  • Hyperventilasi disertai dengan gejala lain.

 

RAWATAN

Biasanya rawatan sendiri mampu memulihkan masalah hyperventilasi, walau bagaimanapun, jika ianya berterusan atau terdapat gejala lain, anda perlu mendapatkan bantuan perubatan.

Penjagaan kendiri / langkah bantu awal untuk hiperventilasi:

  • Buka beg kertas yang kecil.
  • Pegang beg dan tutup hidung dan mulut anda dengan beg tersebut.
  • Tarik nafas yang dalam secara perlahan-lahan.
  • Hembus  semula  ke dalam beg. Lakukan pernafasan ini berulang kali sebanyak 10 kali.
  • Ketepikan beg kertas. Bernafaslah  seperti biasa selama beberapa minit.
  • Ulangi langkah di atas selama 15 minit.
  • Cuba untuk bernafas perlahan-lahan.
  • Fokus untuk mengambil satu nafas setiap 5 saat.

 

PENCEGAHAN

Doktor anda akan memastikan yang hyperventilasi yang anda alami tidak berpunca dari penyakit-penyakit lain terlebih dahulu, sebelum mendiagnos anda sebagai mengalami sindrom hyperventilatisi.
Sekiranya doktor anda memberitahu yang anda hanya mengalami hyperventilasi akibat daripada kebimbangan, tekanan, atau panik, anda boleh mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengawal serangan hyperventilasi anda.Terdapat teknik yang boleh menghentikan serangan hyperventilasi apabila ianya berlaku. Anda juga boleh mengambil langkah-langkah tertentu bagi menghalang serangan berikutnya.
 

Matlamat utama bantuan awal serangan hyperventilasi adalah untuk meningkatkan tahap karbon dioksida di dalam darah, yang kemudiannya akan mengurangkan dan memberhentikan gejala yang  anda alami.

Terdapat beberapa cara untuk melakukan ini:

  1. Dapatkan rakan atau ahli keluarga untuk membantu anda bernafas dengan tenang seperti biasa. Ucapan seperti “anda sedang bernafas dengan betul,” “anda tidak mendapat serangan jantung,” dan “anda tidak akan mati” sangat membantu.  Adalah sangat penting agar orang yang memberikan bantuan itu, sentiasa berada dalam keadaan tenang dan ungkapan-ungkapan tersebut disampaikan dengan dengan nada yang lembut dan santai.
  2. Untuk meningkatkan karbon dioksida, anda perlu menyedut udara yang kurang beroksigen. Untuk mencapai ini, anda boleh bernafas melalui bibir (seolah-olah anda meniup lilin) ??atau anda boleh menutup mulut dan 1 lubang hidung dan bernafas melalui lubang hidung yang lain.
  3. Kenal pasti faktor gaya hidup yang menyebabkan anda mengalami tekanan dan kebimbangan. Ubah cara hidup anda atau hindari faktor penyebab serangan hyperventilasi anda. Berbincang atau bercakap dengan orang yang di percayai, kadangkala dapat membantu.
  4. Jangan terlalu bersifat kesempurnaan. Sentiasa berpandangan positif terhadap kehidupan. Bersederhana dan tidak terlalu bersaing dalam menjalankan aktiviti anda mampu memberi kesan positif.

Belajar untuk merehatkan minda dan badan anda. Ceburi program khas seperti yoga dan pelajari teknik pernafasan dan meditasi untuk merehatkan diri.

 

PEMULIHAN

Dalam jangka masa panjang, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi mengawal serangan hyperventilasi anda:

  1. Bantuan Pakar Psikologi atau Pakar Psikiatri dapat membantu anda memahami dan merawat keadaan anda.
  2. Belajar teknik bernafas yang membantu anda berehat dan bernafas dari paru-paru dan abdomen anda, bukannya dinding dada anda.
  3. Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi
  4. Bersenam selalu.

Jika kaedah ini  gagal mengawal kekerapan serangan  hyperventilasi anda, doktor anda mungkin mengesyorkan ubat ‘beta blocker’.

RUJUKAN

  1. John Murtagh’s Patient Education, Fifth edition, page 202.
  2. Duffin J, Phillipson EA. Hypoventilation and hyperventilation syndromes. In: Mason RJ, Broaddus CV, Martin TR, et al. Murray& Nadel’s Textbook of Respiratory Medicine. 5th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2010:chap 78.
  3. Winter AO, Purcell TB. Somatoform disorders. In: Marx JA, ed. Rosen’s Emergency Medicine: Concepts and Clinical Practice. 7th ed. Philadelphia, Pa: Mosby Elsevier; 2009:chap 111.
  4. John Murtagh, General Practice, Third Edition, page 1257.

 

Last Reviewed : 13 Jun 2012
Writer : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Translator : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Accreditor : Dr. Rosnah bte Ramly

 

Artikel Berkaitan

Scoliosis

It is a condition that causes the spine to curve too much in the wrong direction. The name comes from the Greek word “skoliosis,” which means crooked. On an X-ray, the spine looks more like an “S” or a “C” rather than a straight line.

Protein Powder Body Building

It’s actually a by-product from making cheese. Once separated from the cheese ingredients, the remaining whey goes through a purification process and gets dried to powder form.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia