Apa itu identiti?
Identiti adalah berkenaan mengetahui siapa diri anda. Mengenali diri anda ialah mencari identiti anda sendiri. Identiti termasuk: Meletakkan diri anda di dalam
- Berperanan
- Berkemahiran
- Berpengetahuan
- Personaliti
- Tingkah laku
- Budaya
- Etnik/bangsa
- Agama
- Jantina
- Keluarga
- Kawan-kawan
Membentuk identiti sangat kompleks iaitu:
- Bermula dari zaman kanak-kanak
- Tinggal di sesuatu tempat di dalam jangka masa lama
- Penting ketika melangkah remaja
- Terlibat di dalam pelbagai pengalaman semasa perkembangan hidup
Bagaimanakah seseorang itu membentuk identiti?
Faktor-faktor positif yang mempengaruhi identiti adalah:
Ibu bapa dan ahli keluarga
Ibu bapa yang sentiasa menggalakkan remaja melibatkan diri dalam membuat keputusan keluarga akan memperkukuhkan pembentukan identiti remaja. Faktor-faktor meningkatkan pembentukan identiti:
- Jika anda diterima seadanya oleh keluarga anda
- Jika anda diberi penerangan dan penjelasan tentang apa yang akan terjadi apabila anda melanggar peraturan
- Jika ibu bapa sentiasa menekankan keperluan mematuhi peraturan dan kepentingan peraturan dan ‘norma’
- Sekiranya anda dihormati kerana individual anda dan dibenarkan meluahkan pendapat anda, berundinglah dan bertolak-ansur di dalam perbincangan itu
Budaya dan etnik/bangsa
- Budaya adalah satu kombinasi tingkah laku dan sikap di kalangan kumpulan manusia.
- Amalan sosialisasi dan jangkaan berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain.
- Etnik dan amalan budaya anda mempengaruhi identiti.
Jantina
Sama ada lelaki atau pun perempuan terdapat banyak aspek yang mempengaruhi identiti.
Agama
- Agama
- memberi garis panduan dalam membentuk tingkah laku.
- Agama memberi tunjuk ajar kepada remaja untuk menempuh kehidupan menjadi seorang dewasa.
Rakan sebaya (Kawan-kawan)
Pergaulan dengan kawan-kawan mempengaruhi identiti anda:
- Tingkah laku
- Pandangan
- Muzik
- Aktiviti
- Dan lain-lain
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Siti AIshah bt. Saidin |
: | Dr. Sanidah bt. Mohd. Ali | |
: | Dr. Jemah bt. Sajari | |
Penyemak | : | Datin Dr. Sheila Marimuthu |