ā€“A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Imbasan Ultra Bunyi (Ultrasound...

Imbasan Ultra Bunyi (Ultrasound Scan) Semasa IVF

Imbasan ultra bunyi (ultrasound scan) adalah satu prosedur yang penting untuk program rawatan IUI dan IVF.  Ia boleh memberi doktor anda maklumat tentang selaput dalam Rahim (endometrium), bilangan folikel (telur) dan keadaan Rahim dan ovary anda secara  kesuluruhannya.  Imbasan dilakukan secara dalaman dimana alat prob dimasukkan ke dalam faraj.  Jangan risau! Prosedur ini tidak menyakitkan kerana saiz prob tersebut tidak besar (sebesar tampon).   Anda akan diminta untuk membuang air kecil dahulu (kosongkan pundi kencing) sebelum imbasan dilakukan.  Anda akan diminta untuk membuka seluar dalam dan berbaring di atas katil pemeriksaan.  Sebiji bantal akan diletakkan di bawah punggung anda, untuk ā€œmenaikkanā€ punggung bagi menyenangkan doktor melakukan scan dalaman tersebut dengan lebih mudah.

Pesakit IVF akan menjalani imbasan  sebanyak 3 ke 4 kali semasa rawatan IVF dan ianya bergantung kepada rawatan dan respond anda kepada ubatan-ubatan yang dijarum.  Kebiasannya, satu imbasan akan dilakukan semasa hari pertama atau kedua haid anda.  Jangan risau! Imbasan semasa haid tidak memudharatkan anda.  Doktor perlu melakukannya untuk melihat bilangan folikel di ovari anda untuk menuntukan dos ubat-ubatan yang sesuai untuk rawatan IVF anda.  Imbasan ini dipanggil antral follicular count (AFC) scan.  Anda akan di imbas semula 5 atau 6 hari kemudian dan 3 atau 4 hari selepas itu. Doktor akan mengira bilangan serta saiz tumbesaran dan perkembangan folikel anda, yang membayangkan respond anda kepada ubat-ubatan hormon yang diberi.

Imbasan untuk memantau perkembangan folikel

Ubat hormon IVF berfungsi untuk meransangkan folikel (telur) supaya bilangannya meningkat dan saiznya membesar.  Ubat-ubatan ini selalunya diambil (dijarumi) oleh pesakit untuk 8-14 hari.  Pembesaran folikel ini perlu dipantau dengan menggunakan imbasan dimana saiz folikel itu akan dikira oleh doktor anda.  Apabila 3 hingga 4 folikel-folikel mencapai saiz  diantara 17 hingga 20 mm, telur tersebut dikira ā€˜matangā€™ dan ubat hCG (e.g. Pregnyl, Ovidrel) akan dijarum supaya telur itu dapat ā€˜menetasā€™, 34-36 jam kemudian.  Jika  pesakit gagal menjarum ubat hCG, telur akan gagal disedut keluar semasa prosedur pungutan telur (OPU).

Imbasan ultra bunyi semasa OPU.

Prosedur pungutan telur (OPU)  dilakukan dengan memberi ubat pelalian kepada pesakit supaya anda tidak merasa sakit semasa prosedur.  Kebanyakkan pesakit akan tidur semasa prosedur OPU ini.  Imbasan akan digunakan semasa OPU dimana satu jarum  panjang akan dilekatkan pada atas prob.  Jarum ini akan menyedut folikel-folikel (telur-telur) keluar.  Telur tersebut kemudiannya akan dibawa ke makmal IVF untuk disenyawakan dengan benih suami.

Imbasan semasa pemindahan embrio (ET)

Pemindahan embrio akan diadakan selalunya diantara  3 hingga 5 hari selepas pungutan telur (OPU).  Doktor anda akan memasukkan embrio ke dalam Rahim melalui faraj.  Imbasan akan digunakan untuk memudahkan doktor melakukan prosedur tersebut.  Anda mungkin diminta untuk meminum air supaya pundi air kencing anda hampir penuh bagi memudahkan prosedur pemindahan embrio ini.


Sumber : cliniqueovo.com

Imbasan semasa mengandung

Imbasan untuk melihat kandungan dilakukan pada minggu ke 5 hingga ke 7 kandungan (iaitu 3 atau 5 minggu selepas pemindahan embrio).  Untuk mengira tarikh kandungan sesuatu IVF, doktor akan menganggap hari haid terakhir ialah 14 hari sebelum OPU.  Imbasan dilakukan melalui faraj untuk memastikan imej yang lebih jelas dapat dilihat.  Ia tidak memudharatkan kandungan anda, dan doktor akan melihat bilangan kandungan di dalam Rahim atau kalau ada kandungan di luar Rahim (dalam 10% kes).  Kekadang nadi denyutan jantung janin belum dapat dilihat pada minggu ke enam dan doktor anda mungkin meminta anda datang semula untuk mengulangi imbasan pada 2 atau 3 minggu lagi.  Jika pada  minggu ke -8 nadi masih tidak kelihatan, ada kemungkinan besar kandungan itu telah mengalami keguguran.

 

Imbasan semasa prosedur IUI


Sumber : cliniqueovo.com

Kekerapan dan fungsi imbasan dalam IUI adalah sama seperti di IVF.  Doktor akan memasukan balik sperma yang telah diproses ke dalam Rahim dan  imbasan mungkin digunakan semasa prosedur ini.  Ini  lebih-lebih lagi kalau doktor mengalami kesukaan semasa memasukan catheter tersebut melalui serviks.

Semakan akhir : 28 Ogos 2015
Penulis/ Penterjemah : Dr. Hj. Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi
Akreditor : Dr. Noraihan binti mohd Nordin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :Ā Ā  +603 8000 8000

FAKS :Ā Ā  +603 8888 6200

EMEL : Ā  myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK Ā  Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Ā©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia