Ismazarni bt. Ismail merupakan Pegawai Sains di Hospital Sungai Buloh.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (Kampus Kesihatan) pada tahun 2006 dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains (Forensik) dengan Kepujian.
Kerja-kerja beliau melibatkan analisis toksikologi forensik.
Kepakaran lain termasuk membangunkan kaedah analisis untuk toksikologi forensik untuk sampel bedah siasat. Selain itu, beliau juga merupakan auditor dalaman hospital untuk proses akreditasi MSQH dan juga MS ISO 9001:2008. Tambahan itu juga, beliau juga terlibat dalam beberapa pembentangan dalam konferens pada peringkat kebangsaan seperti ASOMH dan AHSC.
Pengalaman kerja:
- Pensyarah Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan
- Pegawai Sains (Forensik) Hospital Kuala Lumpur
- Pegawai Sains (Forensik) Hospital Sungai Buloh
Semakan Akhir : 17 Februari 2017