A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Isu Penyalahgunaan Dadah

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

 

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

  • Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
  • Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
  • Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:

  • Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
  • Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
  • Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.

Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

 

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?

Dadah Psiko aktif

  • Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
  • Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psiko aktif

  • Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

Kebergantungan

  • Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
  • Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
  • Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
  • Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

Gejala Kesan Sampingan

  • Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.

Lali

  • Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

Kenapa mereka mengambil dadah?

  • Ingin mencuba
  • Terikut-ikut
  • Amalan budaya
  • Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
  • Tekanan / cabaran dalam kumpulan
  • Bagi tujuan merawat
  • Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

Opium / candu

  • Morfin, Heroin – euphoria, painkiller
    • Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
    • Euforia, ubat tahan sakit

Perangsang

  • Kokain, Amfetamina –
    • Euforia, berkeyakinan

Penenang

  • Anxiolytics / Anti-anxiety drugs – Benzodiazepines
    • Benzodiazepines

Halusimogen – Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)

  • Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed
  • LSD – lysergic asid diethylamide, asid

Nikotin / Tembakau

  • Terangsang dalam dos yang kecil

Alkohol – agen kemurungan

  • Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan

Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed

Hidu (Inhalants / Solvent) – Menghidu gam atau petrol

Lain -lain – daun ketum

Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

  • Resah, gelisah
  • Prestasi kerja atau akademik yang merosot
  • Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
  • Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
  • Perubahan emosi secara tiba-tiba
  • Bercakap merepek
  • Mengabaikan penampilan diri
  • Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
  • Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
  • Kelihatan letih, penat dan mamai

 

Komplikasi

Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:

  • Kebersihan dan kesihatan diri
  • Kesihatan mental
  • Prestasi pelajaran
  • Hubungan sosial
  • Status kewangan

Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

  • Penggunaan pelbagai jenis dadah
  • Aktiviti jenayah
  • Kaum keluarga
  • Masalah perubatan
  • Masalah psikiatri
  • Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

Rawatan

Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.

Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Rawatan termasuk:

Detoksifikasi

  • Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

Terapi kelakuan

  • Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih

Terapi penggantian dadah

  • Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
  • Methadone – Ketagihan ubat penenang
  • Nikotin – Ketagihan rokok

Pencegahan

Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan dadah?

  • Kesungguhan pada aktiviti yang lain
  • Status sosioekonomi
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh ibu bapa
  • Budaya dan etnik
  • Nilai hidup yang sederhana
  • Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
  • Pengasingan sosial

Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

  • Percaya diri sendiri
  • Berkemahiran menyesuaikan diri
  • Berkemampuan bangkit dari kegagalan
  • Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
  • Menghargai kesihatan
  • Membina minat dan aktiviti yang baru
  • Matang dalam fikiran
  • Sokongan berterusan daripada keluarga

Seseorang itu perlu mendapatkan:

  • Latihan menjadi afektif
  • Sokongan masyarakat
  • Pembangunan kerohanian diri

Pemulihan

Melibatkan prosedur rawatan seperti:

  • Terapi dadah gantian
  • Pengurusan tingkah laku
  • Kaunseling
  • Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
  • Latihan menjadi asertif
  • Sokongan masyarakat
  • Pengisian dan perlembagaan rohani

Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari ketagihan dadah.

Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk:

  • Pembangunan kemahiran
  • Penempatan pekerjaan
  • Pusat bantuan setempat

 

Kumpulan sokongan

Pusat pemulihan:

  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • PEMADAM
  • PENGASIH

Pakar sakit jiwa

  • Pakar kaunseling penagihan dadah
  • Pakar psikologi
  • Ibubapa
  • Guru sekolah
Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon
Penyemak : Dr.  Iskandar Firzada b. Osman

 

Artikel Berkaitan

Your Ear

You might wonder whether the earwax needs to be cleaned out. The ear wax naturally flows out of the ear. All you have to do is clean the wax that flows out using a clean cloth. Keep your finger nails short to avoid from accidentally causing injury to the skin DO NOT dig your ears with match sticks, needle, or anything sharp. You can hurt your ear by poking around in there.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia