A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jangkitan Cacing Gelang

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing di kalangan manusia. Jangkitan ini dinamakan ascariasis

Apa itu cacing gelang?

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing di kalangan manusia.

Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.

Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis.

Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.

Bagaimanakah ia berjangkit?

Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor.

Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut.

Selain daripada itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?

  • Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut.
  • Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.
  • Ada kalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing?

Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.

Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing?

Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.

Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah?

Pencegahan boleh dicapai jika anda:

  • Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
  • Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia.
  • Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
  • Elakkan dari makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Cacing Rambu/Cacing Cambuk

Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada ciri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm

Jangkitan Cacing Jarum

Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai ‘enterobiasis’. Suatu penyakit yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,779

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia