A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jangkitan Kulat

Apakah itu kulat?

Kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati dimana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat jangkitan kulat kerana mereka suka berkongsi barang-barang dan berpelukan sesama mereka.

Apakah jenis-jenis jangkitan kulat?

Jenis-jenis ini boleh diklasifikasikan mengikut lokasinya:

  • Tinea capitis (kulit kepala).
  • Tinea corporis (badan).
  • Tinea manuum (tangan).
  • Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

Apakah faktor-faktor yang menambahkan lagi risiko kepada jangkitan kulat?

  • Bersesak di kawasan yang panas dan lembab.
  • Amalan cara hidup yang tidak bersih – seperti berkongsi tuala, memakai pakaian lembab, memakai stokin yang sama berulang-kali, kuku panjang, berjalan tanpa kasut.
  • Lain-lain masalah perubatan – seperti Penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, HIV atau masih dalam satu rawatan perubatan yang panjang yang mana ini melemahkan sistem immunisasi (cth: rawatan kanser).

Apakah tanda dan simptom jangkitan kulat?

Jangkitan pada kuku seperti berikut:

  • Kuku menjadi rapuh.
  • Kasar.
  • Kusam.
  • Herot-benyot (bentuk)

Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.

  • Terjadi di antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain.
  • Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah.

Tinea capitis (kulit kepala)

  • Keadaan kemerah-merahan di kulit kepala.
  • Rambut menjadi rapuh.
  • Boleh menyebabkan ada bahagian yang botak.

Tinea corporis (badan)

  • Badan kemerah-merahan dan bersisik dibahagian tengah kulit yang dijangkiti.
  • Mungkin juga menjadi ruam berbentuk bulat.
  • Gatal-gatal.

Rasa gatal ini akan lebih ketara apabila berehat.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh dirawat?

Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosa yang tepat supaya itu rawatan yang betul dapat diberi. Cara menguruskan penyakit ini termasuklah:

  • Menjaga kebersihan diri dengan baik.
  • Gunakan anti-septik seperti KMN04 (Potassium permanganate) untuk kulit basah.

Antikulat

  • Ubat-ubatan yang diberi sama ada suntikan atau secara oral.
  • Krim/gel untuk disapu.

Bagaimana jangkitan kulat ini boleh dicegah?

  • Amalkan penjagaan kebersihan diri.
    • Jangan berkongsi tuala mandi, tukar stokin dengan kerap.
    • Pakai alas kaki bila berjalan/ bermain dan menjaga kebersihan kuku.
  • Basuh kaki dan jari-jari dengan bersih sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Jangan memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Keringkan kasut anda setiap malam.
  • Pakai pakaian longgar.
Semakan akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
  : Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak : Dr. Sabeera Begum bt. Kader Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

Ruam

Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi

Ekzema

Apa itu ekzema? Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak.

Kudis Buta

Apa itu kudis buta? Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia