A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Jangkitan Salur Kencing

Jangkitan Salur Kencing

Apa itu salur kencing?

Salur kencing terdiri daipada dua ginjal,dua ureter, pundi kencing dan urethra.

Apa itu jangkitan salur kencing?

Jangkitan salur kencing mempunyai beberapa klinikal manifestasi :

  • Asymptomatic bacteriuria (Bakteria di kesan dalam air kencing tanpa menunjukkan tanda-tanda atau gejala)
  • Cystitis (Radang pundi kencing)
  • Pyelonephritis (Jangkitan pada buah pinggang)

Apakah kekerapan jangkitan salur kencing?

  • Jangkitan salur kencing biasa pada wanita. Lebih kurang 50-80% wanita mendapat jangkitan sekurang-kurang sekali seumur hidup, biasanya melibatkan cystitis yang tidak rumit
  • Diagnosa jangkitan buah pinggang adalah lebih kurang 28 setiap 10,000 wanita setiap tahun
  • Jangkitan salur kencing jarang berlaku di kalangan lelaki yang masih muda
  • Di kalangan kumpulan lelaki yang telah berumur bengkak kelenjar prostat jenis benign kebiasanya adalah faktor penyebab jangkitan salur kencing.
  • Bagi golongan lelaki satu episode jangkitan salur kencing perlu disiasat terutama sekiranya pesakit itu dalam kumpulan umur muda
  • Bagi kanak-kanak, klik Jangkitan Salur Kencing (kanak-kanak).

Apakah faktor risiko bagi jangkitan salur kencing ?

Faktor risiko berkaitan dengan jangkitan salur kencing :

  • Hubungan seks bagi wanita (Cystitis bulan madu )
  • Salur kencing yang tidak normal
  • Kencing manis
  • Incontinens pada wanita dan bengkak kelenjar prostat (kaum lelaki)
  • Batu karang dalam buah pinggang
  • Hamil
  • Pemasangan tiub dalam salur kencing

Rajah 1 : Insiden jangkitan salur kencing mengikut umur dan jantina

Umur
insiden (%)
Anggaran perbandingan jantina (Lelaki:perempuan)
Bayi
1.0
1.5:1.0
Pra sekolah
1.5- 3.0
1:10
Umur bersekolah
1.2
1:30
Peringkat subur
3- 5
1:50
Usia lanjut
10- 30
1:1.5

Apakah penyebab jangkitan salur kencing ?

Pelbagai organisma telah dikenalpasti sebagai penyebab seperti berikut :-

  • Escherichia coli (80-85%)
  • Staphylococcus saprophyticus (5-15%)
  • Klebsiella species ) kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital
  • Proteus species ) kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital
  • Pseudomonas aeruginosa ) kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital
  • Candida
  • Enterococci dan lain-lain organisma

Bagaimana saya tahu saya mendapat jangkitan salur kencing ?

Presentasi klinikal jangkitan salur kencing pelbagai dari

1. Asymptomatic bacteriuria- Tiada tanda dan gejala

Bakteria dikesan di dalam kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan anti mikrobial kecuali dalam keadaan tertentu. Ini termasuk kehamilan, sebelum pembedahan atau penggunaan alat dalam salur kencing dan selepas pemindahan ginjal. Rawatan Asymptomatic bacteriuria untuk pesakit yang menggunakan ubat ‘immunosuppression’ disebabkan pemindahan organ selain daripada pemindahan ginjal (contoh organ solid atau sum-sum tulang) ataupun sebab kurang sel darah putih tidak mempunyai banyak maklumat daripada kajiandan tidak digalakkan sebagai amalan biasa.

Tanda-tanda jangkitan bahagian bawah salur kencing :

2. Cystitis dan radang salur kencing urethra

  • Pedih semasa kencing
  • Kerap kencing
  • Inkontinens
  • Kerap kencing malam
  • Sakit bahagian ari-ari
  • Kencing keruh/berbau/berdarah

Tanda-tanda dan gejala jangkitan ginjal :

  • Radang buah pinggang akut
    • demam,sejuk dan menggigil
    • Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
    • loya dan muntah
    • Tanda-tanda dan gejala radang pundit kencing
    • renjatan septic – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Anda perlu berjumpa doktor agar sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan ujian tertentu dapat dilakukan.

Ujian yang dijalankan untuk jangkitan salur kencing

1. Ujian air kencing- sampel air kencing diambil diperingkat pertengahan semasa kencing bagi mendapatkan sampel yang bersih.

Bagaimana contoh air kencing ini diambil?

  • Basuh tangan dengan air dan sabun dengan bersih. Cuci zakar atau bahagian bibir faraj bagi perempuan dari depan ke belakang seelok-eloknya menggunakan span atau gauze dan sabun yang dibekalkan.
  • Mulakan kencing dalam mangkuk tandas. Tahan kencing selepas beberapa titik.
  • Tadah bekas untuk mengambil sampel air kencing di peringkat pertengahan ketika kencing
  • Setelah sampel diambil teruskan kencing dalam mangkuk tandas sehingga selesai
  • Tutup bekas sampel air kencing dengan kemas untuk mengelakkan tumpahan dan tercemar.

Beberapa ujian dibuat ke atas sampel untuk mengesahkan diagnosa.

    • Pemeriksaan Contoh air kencing mikroskopi dan ‘dipstick’
    • Ujian kultur dan sensitiviti

 

2. Doktor anda mungkin meminta anda menjalani ujian selanjutnya seperti ujian darah profil ginjal bagi tujuan memeriksa fungsi ginjal atau ujian kandungan gula untuk memastikan anda bebas kencing manis.

3. Ujian lain seperti ultrasound

Apakah rawatan jangkitan salur kencing?

Pada amnya jangkitan salur kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun jangkitan beserta dengan tanda-tanda dan gejala memerlukan rawatan antibiotik sebagai pesakit luar. Anda perlu masuk wad sekiranya penyakit anda serius atau tidak sesuai dengan ubat makan atau anda mengalami komplikasi perubatan yang memerlukan terapi intravena.

Rawatan dengan agen antimicrobial adalah tidak mencukupi. Sebab-sebab jangkitan salur kencing perlu disahkan.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan saluran kencing :-

  • Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari
  • Kebersihan bahagian kemaluan dan salur kencing dengan sempurna.
  • Tingkatkan kekerapan kencing terutama selepas hubungan seks (terutama pada perempuan)
  • Elak hubungan seks berbilang pasangan
  • Elak penggunaan ‘douches’ dan semburan ‘feminine’
  • Gunakan tuala wanita dan tukar setiap kali selepas kencing. Elakkan penggunaan tampon.
  • Pakai seluar dalam jenis kapas dan elakkan dari memakai seluar ketat

Saya mengandung dan pada fikiran saya mendapat jangkitan salur kencing. Tolong bantu.

Terdapat perbezaan besar dalam pendekatan jangkitan salur kencing bagi wanita mengandung.

  • Ujian saringan untuk Asymptomatic bacteriuria hendaklah dijalankan secara aktif, dan perlu dirawat secara agresif ( pemeriksaan lanjut tidak diperlukan jika tidak hamil)
  • Cystitis yang tidak teruk dan Asymptomatic bacteriuria semasa hamil perlu rawatan jangka pendek. Walau bagaimanapun ubat yang digunakan hendaklah selamat untuk janin dan sebab itu pilihan antibiotik adalah terhad untuk wanita hamil sahaja.
  • Pemeriksaan susulan pesakit yang ada bacteriuria semasa hamil adalah lebih dititik beratkan, dengan strategi pengunaan rawatan profilaktik bagi wanita hamil dengan bacteriuria yang berulang-ulang.

Apakah prognosis untuk jangkitan salur kencing?

Asymptomatic bacteriuria sahaja tidak menyebabkan peningkatan kadar kematian

Jangkitan salur kencing boleh kerap berlaku (berlaku selepas cukup tempoh rawatan) atau berulang semasa dalam rawatan.

Jangkitan yang berulang-ulang boleh menjurus kepada radang ginjal atau kegagalan ginjal

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Anita Bhajan Manocha
Penyemak : Dr. Sunita a/p Bavanandan

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,828

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia