A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kerja Sosial Perubatan
  6. /
  7. Kerjasama Jabatan Kerja Sosial...

Kerjasama Jabatan Kerja Sosial Perubatan Dengan Agensi Bantuan

Pengenalan

Jaringan Kerjasama Antara Jabatan Kerja Sosial Perubatan Dengan Agensi-Agensi Pemberi Bantuan

Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit menyerang badan dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Keadaan ini akan menyebabkan fungsi sosial mereka terhadap diri sendiri, keluarga, majikan, komuniti dan masyarakat akan mula terjejas. Mereka akan mula merasa buntu apabila disarankan oleh Pakar atau Pegawai Perubatan bagi mendapatkan rawatan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi tambahan pula tidak lagi dapat bekerja dan tidak lagi mempunyai sumber pendapatan. Kebanyakkan kes-kes seperti ini akan di rujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan bagi membantu golongan ini.

Oleh yang demikian telah menjadi tanggungjawab Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk menjadi pendidik (educator) dengan menghuraikan segala kekusutan yang ada pada mereka. Antara peranan lain Pegawai Kerja Sosial Perubatan ialah sebagai orang perantara (mediator) antara pesakit, hospital dan agensi-agensi pemberi bantuan lain yang dapat membantu pesakit dan keluarga dalam mengatasi masalah psikososial dan ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.

Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu bertindak sebagai pegawai penghubung (liason-officer) bagi menghubungkan pesakit dan keluarga kepada agensi-agensi berkaitan bertepatan dengan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, terdapat dua kategori Inter-agency yang disering menjadi rujukan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan dalam membantu meningkatkan kefungsian sosial pesakit iaitu agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.

Agensi Kerajaan

Agensi kerajaan yang menjadi tunjang utama dalam usaha membantu pesakit adalah Tabung Bantuan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya agensi-agensi yang berkaitan yang sering dirujuk adalah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Negeri, Lembaga dan Pusat Zakat, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM; Kementerian Pertahanan Malaysia, Biro Bantuan Guaman Malaysia; Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) dan Majlis Kerajaan Tempatan.

Setiap rujukan kepada agensi-agensi tersebut perlu melalui penilaian sosioekonomi oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia terlebih dahulu. Sekiranya pesakit berkelayakan, maka permohonan berkaitan dengan agensi yang terlibat akan diajukan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan berdasarkan Standard Operation Prosedure yang telah ditetapkan.

Jadual 1. Agensi-agensi kerajaan yang sering menjadi rujukan dan peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Bil

Agensi Pemberi Bantuan

Peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan

 

1

Tabung Bantuan Perubatan (TBP)

Menemubual, mengenalpasti, membuat penilaian dan memproses permohonan pesakit bagi membiayai kos peralatan perubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital

 

2

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Menyediakan surat sokongan bagi pesakit mendapatkan:

*Perkhidmatan Bantuan Kewangan Kebajikan

*Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Orang

  Kurang Upaya

*Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu    

  Tunggal

*Skim Bantuan Kewangan Bagi Keluarga Miskin

*Skim Bantuan Kebajikan

 

3

 

Majlis Agama Islam Negeri

Lembaga Zakat

Pusat Zakat

(Bagi Yang Beragama Islam Sahaja)

          

Menyediakan surat sokongan bagi pesakit mendapatkan:

*Skim Bantuan Hari Raya

*Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan

*Skim Bantuan Perubatan

*Skim Bantuan Perumahan

*Skim Bantuan Pakaian Sekolah

*Skim Bantuan Cermin Mata Pelajar

*Skim Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru

*Skim Bantuan Segera (Kecemasan)

 

 

4

 

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)

            

 

 

Merujuk kes pesakit bagi:

* Mengesan alamat waris pesakit yang terlantar

dan tidak sedarkan diri

* Menyemak status kewarganegaraan pesakit

* Mengesan status identiti pesakit

* Pendaftaran Pengangkatan anak angkat

* Penggantian kehilangan kad pengenalan

pesakit mental

 

 

5

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM)

            

 

 

Mendapatkan maklumat berkenaan:

* Pengesahan alamat pesakit dan mayat

* Pengesahan alamat waris

* Ringkasan kes jenayah yang dilakukan oleh pesakit Mental

* Laporan Polis bagi kes Keganasan rumahtangga dan membantu pesakit mendapatkan Interim Protection Order setelah kertas siasatan dibuka.

 

 

6

Jabatan Imigresen Malaysia

Melaporkan kes Pendatang Tanpa Izin untuk diambil tindakan setelah selesai rawatan.

 

7

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Memberikan maklumat penerangan tentang kemudahan perubatan yang boleh dimanfaatkan oleh Veteran ATM

 

 

8

Biro Bantuan Guaman Malaysia

Merujuk pesakit bagi mendapatkan khidmat guaman percuma bagi kes keganasan rumahtangga berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan

 

9

 

Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO)

Pemudahcara dan educator bagi pesakit yang pernah mencarum untuk mendapatkan perkhidmatan kemudahan perubatan dan bantuan kewangan.

 

10

 

Majlis Kerajaan Tempatan:

  • Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Bandaran
  • Lembaga Bandaran
  • Majlis Daerah Luar Bandar
  • Majlis Tempatan

    

 

Pemudahcara dan educator bagi pesakit yang sedang berkhidmat dan telah bersara mendapatkan kemudahan perubatan yang terdapat di dalam agensi yang berkenaan.

 

Agensi Bukan Kerajaan

Pertubuhan bukan kerajaan (non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Walau bagaimanapun, peranan mereka amat penting dalam merialisasikan hasrat pihak kerajaan bagi membantu meningkatkan fungsi sosial pesakit dan keluarga.

Antara agensi-agensi bukan kerajaan yang menjadi rujukan utama dalam proses membantu pesakit adalah seperti Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), National Kidney Foundation (NKF) dan Taiwan Buddhist Tsu Zhi Foundation.

Lain-lain agensi bukan kerajaan yang pernah dirujuk adalah seperti Majlis AIDS Malaysia, Mathoma Church dan Malaysian Children Aids Society (MACAS).

Terdapat juga kes-kes yang dirujuk kepada Persatuan-persatuan mengikut jenis penyakit seperti Persatuan Diabetic, Persatuan Jantung, Persatuan Talasemia, Persatuan Haemophilia, Persatuan Down Syndrome, Persatuan Spastic, Persatuan Cacat Pendengaran, Persatuan Orang Buta, Persatuan Cacat Anggota dan Persatuan Kesihatan Mental. Kesemua persatuan ini lebih kepada memberikan sokongan sosial dan moral kepada pesakit dan penjaga.

Rumah-rumah kebajikan dan pusat jagaan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia juga sering di rujuk bagi menempatkan pesakit yang tidak mempunyai waris atau telah dipinggirkan oleh ahli keluarga serta kekangan masa anak-anak yang bekerja.

Jadual 2. Agensi-agensi bukan kerajaan yang sering menjadi rujukan dan peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan:

Bil

Agensi Pemberi Bantuan

Peranan Pegawai Kerja Sosial Perubatan

 

1

Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)

Membantu pesakit dalam mendapatkan bantuan kebajikan segera (crisis situation) kepada semua pesakit warganegara Malaysia miskin yang layak tanpa mengira kaum, agama dan keturunan yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan.

 

2

Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

(Bagi Pesakit Kanser Sahaja)

Menemubual, mengenalpasti, membuat penilaian dan memproses permohonan pesakit bagi membiayai bantuan kewangan bulanan untuk pesakit kanser yang memerlukan rawatan susulan di hospital. Bentuk barangan keperluan pula adalah seperti bukan formula-ubat-ubatan, peralatan pembedahan, prostesis, beg kolostomi dan kerusi roda.

 

3

National Kidney Foundation (NKF)

(Bagi Pesakit Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir Sahaja)

 

Merujuk pesakit bagi mendapatkan rawatan perubatan di pusat dialisis kerana tempat rawatan dialisis di dalam hospital adalah terhad.

 

 

 

4

Taiwan Buddhist Tsu Zhi Foundation.

 

Merujuk pesakit bagi mendapatkan bantuan kewangan perubatan, bantuan kewangan kecemasan dan bantuan bencana.

 

Semakan Akhir : 11 September 2017
Penulis : En. Mohd Kamaruzaman Bin Ali
Akreditor : En. Harolhanam Bin Mohamed Wahid

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia