Alat sedutan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan:
- Pressurrised metered dose inhalers ( pMDIs)
- Breath-activated inhalers â pMDIs and dry powder inhalers
- Inhalers with spacer devices
- Nebulisers
Ada beberapa jenis alat perantaraaan terdapat di pasaran. Antaranya:
1. Alat Sedutan MDI
- Alat ini adalah seperti gambarajah diatas.
- Ia telah digunakan lebih dari 40 tahun untuk berbagai jenis ubat asma.
- Ia mengandungi gas tak aktif bawah tekanan yang dikeluarkan selepas setiap âpuffâ.
- Satu dos dikeluarkan dengan menekan bahagian atas alat sedutan.
- Bergantung kepada pengilang, alat ini juga dipanggil âevohalerâ.
- Alat ini kecil dan mudah dibawa.
- Walaubagaimanapun, ramai pesakit tidak menggunakannya dengan cara yang betul.
-
- Langkah 1: Goncang alat sedut (pMDI)
- Langkah 2: Buka hujung penutup
- Langkah 3: Hembus nafas
- Langkah 4: Masukkan hujung inhaler dalam mulut. Pastikan tiada kebocoran disekeliling mulut.
- Langkah 5: Tekan alat inhaler dan menyedut ubat dengan serentak. Ubat hendaklah disedut secara dalam dan perlahan (âslow deep inhalationâ) selama beberapa saat. Koordinasi antara tekan ubat dan sedutan hampir serentak adalah penting!
- Langkah 6: Tahan nafas selama 6-10 saat
- langkah 7: Hembus nafas dan ulangi cara-cara diatas jika memerlukan.
- Dahulu, gas propelen yang digunakan untuk mengeluarkan ubat adalah chloroflurokarban (CFC), tetapi CFC merosakkan lapisan ozon mukabumi, oleh yang demikian CFC tidak lagi digunakan sebagai propelen. Ia digantikan dengan HFA yang selamat dan berkesan.
Cara-cara penggunaan MDI secara sedutan langsung (âdirect inhalationâ) adalah seperti berikut:
- Alat ini adalah alternatif kepada MDI. Pesakit yang menggunakan alat ini tidak perlu menekan bahagian atas kanister alat.
2. Alat sedut dengan Alat-Alat Perantaraan (âspacersâ)
- Alat perantaraan ini bertindak sebagai perantara atau tabung apabila ubat sedut ditekan kedalamnya.
- Tujuan ia digunakan adalah untuk memastikan ubat sedut dapat sampai ke salur pernafasan secara optima untuk rawatan yang berkesan.
- Di bahagian mulut âtabungâ ada satu injap yang memastikan ubat tidak terkeluar sebelum disedut. Setelah anda menyedut ubat, injap akan tertutup.
- Koordinasi antara tangan dan mulut semasa menyedut tidak diperlukan.
- Alat perantaraan ini digunakan dengan ubat sedut pMDI.
- âAerochamberâ
- âPocket Chamberâ
- âVolumaticâ
- Sesetengah alat tabung boleh digunakan untuk semua MDI, tetapi ada yang hanya boleh digunakan jenama-jenama yang tertentu sahaja.
- Langkah-langkah penggunaan ubat sedut MDI dengan alat perantaraan (Spacer)
- Langkah 1: Goncang ubat sedut. Pastikan ubat sedut berfungsi.
- Langkah 2. Letakkan alat perantara/spacer menutupi mulut dan hidung (jika menggunakan âfacemaskâ. Jika mengunakan âmouthpieceâ,pastikan mulut ditutup rapat disekeliling âmouthpieceâ
- Langkah 3: Tekan ubat kedalam alat perantara. Pastikan anda bernafas secara biasa selama 6 â 10 kali sedutan nafas/saat.
- Injap di alat perantara akan terbuka dan tertutup setiap kali bernafas, jika tiada kebocoran pelekapan alat âfacemaskâ/âmouthpieceâ
- Langkah 4: Jika dos ubat anda lebih dari satu âpuffâ, ulangi langkah diatas dan lakukan satu persatu
- Biasanya tabung diperbuat daripada plastik di mana caj-caj statik boleh terbentuk dan ubat boleh melekat. Untuk mengelakkan ini, basuh tabung plastik sebelum digunakan sebulan sekali . Biar ia kering sendiri tanpa di lap.
- Terdapat juga alat perantara di pasaran yang bersifat âanti-electrotaticâ.
3. Ubat Sedut Serbuk (âDry Powder Inhalersâ/DPI)
- Secara amnya ubat berbentuk serbuk ini disimpan dalam salutan seperti kapsul dan sebagainya.
- Setelah kapsul atau salutan dipecahkan, pesakit hanya perlu menyedut ubat secara kuat dan ubat akan terus masuk ke dalam saluran pernafasan.
- Alat ini tidak memerlukan gas propelen untuk mengeluarkan ubat seperti pMDI.
- Terdapat pelbagai jenis ubat seduk serbuk dipasaran. Contoh-contoh alat ini adalah:
- âAccuhalersâ
- âClickhalersâ
- âTurbohalersâ
- âDiskhalersâ
- âTwisthalersâ
- âeasyhalerâ
- Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa contoh alat sedut serbuk
- Setiap alat mempunyai sedikit perbezaan untuk menggunakannya, walaubagaimanapun, ia lebih mudah digunakan
- Langkah penggunaan hampir sama dengan MDI kecuali tidak memerlukan koordinasi semasa menekan alat dan menyedut ubat serta perlu disedut lebih kuat.
- Alat-alat ini besar sedikit daripada pMDI.
4. Alat Nebuliser
- Alat ini adalah sebuah mesin yang digunakan untuk mengubah ubat pelega asma berbentuk cecair ke bentuk kabut atau kabus yang kemudiannya disedut oleh pesakit.
- Kesan ubat yang disedut melalui nebuliser adalah sama dengan alat sedutan yang lain seperti MDI atau DPI.
- Walaubagaimanapun, ia sangat berguna untuk pesakit-pesakit yang amat lemah dan sukar bernafas.
- Pesakit tidak dinasihatkan menggunakan alat ini di rumah dan ia sepatunya hanya digunakan di hospital di mana serangan asma yang teruk memerlukan dos ubat yang tinggi.
Adakah Anda Akan Mendapat Kesan Sampingan Apabila Menggunakan Alat Sedutan?
- Bagi dos yang ditetapkan, jumlah ubat yang diserap adalah kecil berbanding dengan ubat tablet atau cecair. Oleh yang demikian, ianya tidak mendatangkan banyak masalah.
- Bagi pengguna ubat sedutan steroid, jika dos yang diambil adalah tinggi, anda boleh berasa sakit tekak. Jangkitan kulat boleh terjadi dalam mulut atau di dalam kerongkong. Suara anda mungkin serak. Anda dinasihatkan supaya berkumur setelah menggunakan alat sedutan mengandungi steroid.
- Perhatian: Jika suara anda serak berlarutan, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan tiada penyakit lain.
- Dos steroid tinggi yang digunakan untuk waktu yang lama boleh meningkatkan risiko osteoporosis.Ini boleh dielakkan dengan melakukan senaman, tidak merokok dan memakan makanan yang tinggi kandungan kalsium.
- Jarang-jarang sekali sedutan steroid boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan mental. Walaubagaimanapun, ini selalunya terjadi dengan penggunaan steroid secara tablet. Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda berasa kurang senang atau ada perubahan perangai.
Alat Sedutan Yang Manakah Yang Paling Sesuai?
Ini bergantung kepada berbagai faktor, seperti:
- Keselesaaan
- Sesetengah alat sedutan kecil dan mudah dibawa di dalam poket atau beg tangan. Contoh : MDI, DPI
- Umur
- Kanak-kanak kecil perlu menggunakan ubat sedut dengan alat perantaraan (spacer). Dengan alat perantaraan, koordinasi tidak diperlukan. Ini penting untuk memastikan ubat sampai ke salur pernafasan
- Kanak-kanak sekolah yang lebih besar mungkin boleh menggunakan alat sedutan serbuk (DPI) kerana alat ini memerlukan seseorang itu menyedut dengan kuat.
- Sesetengah warga emas sukar menggunakan MDI secara sedutan langsung. Jadi alat perantara diperlukan.
- Koordinasi anda
- Sesetengah alat perlukan lebih koordinasi berbanding dengan yang lain.
- Kesan sampingan
- Sakit tekak serta jangkitan kulat di tekak mungkin berlaku jika anda menggunakan dos steroid yang tinggi,
- Ini boleh dikurangkan dengan menggunakan alat perantaraan (spacer) atau berkumur selepas pengambilan ubat sedutan steroid.
Last Reviewed | : | 12 November 2014 |
Writer | : | Dr. Norhaya bt. Mohd Razali |
Accreditor | : | Dr. Mariana bt. Daud |