[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Lapisan kulit ‘Pineal Sebaceous Unit’ terdiri daripada kelenjar minyak atau ‘sebaceous gland’ dan folikel rambut… Kelenjar ini mengeluarkan sejenis minyak kulit atau ‘sebum’ yang berfungsi melindungi rambut dan kulit kita. Minyak kulit yang dikeluarkan secara berlebihan boleh menyebabkan saluran folikel rambut dan liang-liang roma kulit tersumbat. Masalah pengeluaran minyak kulit yang berlebihan ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik atau keturunan, cara penjagaan kulit, kelenjar minyak yang terlalu aktif atau akibat perubahan hormon badan terutama sewaktu peringkat akil baligh. Liang roma yang tersumbat menggalakkan pembiakan bakteria di dalam folikel darah dan membentuk komedo, samada tertutup atau terbuka. Komedo tertutup atau ‘whitehead’ terbentuk apabila minyak kulit dan bakteria tersumbat dibawah lapisan kulit. Ia kelihatan seperti tonjolan putih yang kecil-kecil. Komedo terbuka atau ‘blackhead’ pula terbentuk apabila minyak kulit dan bakteria yang tersumbat terdedah pada permukaan kulit dan menghitam akibat pigmentasi kulit atau melanin.. Bahagian yang biasa dijangkiti jerawat ialah bahagian muka… …leher, dada, bahu… Jika tidak diatasi dengan baik dari peringkat awal lagi, jerawat boleh meninggalkan parut atau berlanjutan hingga ke usia melepasi peringkat remaja. Jerawat boleh dikawal dengan amalan :
Dan yang paling penting sekali jangan memicit jerawat kerana tabiat ini boleh menyebabkan :
Sila berjumpa doktor sekiranya jerawat anda bertambah teruk. |
|
---|