Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel, iaitu limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia. Sepertimana jenis kanser yang lain, limfoma terbahagi kepada jenis-jenis tertentu, hampir 35 jenis telah dikenal pasti, bergantung kepada jenis sel yang terlibat. Sistem limfa dalam badan manusia adalah terdiri daripada sel-sel limfosit yang melalui ...
Kanser peti suara( larink) adalah kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok. Di Amerika 11 000 kes baru di laporkan setiap hari. Ia merangkumi 25% dari kanser di kawasan Kepala dan Leher dan 1% dari semua jenis kanser. Satu per tiga dari pesakit mati akibat kesukaran bernafas dan kebanyakan mereka dalam lingkungan umur 60 – 70 tahun. Ratio diantara Lelaki dan wanita adalah 4:1 dan biasanya mereka adalah perokok ...
JANGAN TUNGGU HINGGA KETAHAP INI? Kanser di kepala dan leher boleh dirawat diperingkat awal. PENGENALAN Penyakit kanser adalah satu ketumbuhan yang tidak normal pada badan manusia. Bergantung kepada jenisnya, ada yang merebak secara agresif dan ada yang membesar secara perlahan. Kebanyakan penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti luka yang tidak sembuh, ...
Kanser perut berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal mengakibatkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut. Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian akibat daripada kanser di seluruh dunia. Di negara kita kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita ...
Apakah itu leukemia? Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang merupakan satu organ penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel-sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama bebanding sel-sel darah ...
Pengenalan Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu ...
Pengenalan Hepatoma atau kanser hati adalah salah satu kanser yang semakin ketara hasil daripada program penyaringan kesihatan yang lebih terperinci dalam masa-masa kebelakangan ini. Hepatoma telah di kenal pasti sebagai penyebab kematian bagi 250,000 hingga 1,000,000 individu pada setiap tahun di seluruh dunia. Mengikut kajian, hepatoma menduduki tangga ketiga bagi ...
Barah kulit merupakan ketumbuhan pada kulit yang disebabkan oleh sel yang tidak normal ...
Apakah “Kanser Pangkal Hidung”? Kanser Pangkal Hidung ialah kanser yang bermula di pangkal hidung/“nasofarinks”. Di manakah terletaknya nasofarinks? Terletak di bahagian belakang hidung dan di bahagian belakang atas tekak (rujuk gambar) Insiden Kanser Pangkal Hidung Lapuran dari Daftar Kanser Kebangsaan (National Cancer Registry) 2003-2005 menunjukan Kanser pangkal Hidung adalah diantara ...
Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan wanita remajakurang dan pada 20 tahun ...
Pengenalan Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu ...
Pengenalan Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia ...
Apa dia pangkal rahim? Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran. Apakah jenis kanser pangkal rahim? Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser Atypia - merujuk ...
Pengenalan Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002: Terdapat lebih dari 26,000 kes ...
Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali ...