A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Kanser
  8. /
  9. Kanser Kepala & Leher

Kanser Kepala & Leher

JANGAN TUNGGU HINGGA KETAHAP INI?
Kanser di kepala dan leher boleh dirawat diperingkat awal.

PENGENALAN

Penyakit kanser adalah satu ketumbuhan yang tidak normal pada badan manusia. Bergantung kepada jenisnya, ada yang merebak secara agresif dan ada yang membesar secara perlahan. Kebanyakan penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti luka yang tidak sembuh, bengkak pada bahagian tertentu anggota badan, pendarahan yang sukar berhenti, dan perubahan pada suara atau pendengaran. Jika anda ke Hospital, sedikit tisu akan diambil untuk dibuat pemeriksaan sebelum disahkan jenis kanser yang dihidapi dan rawatan yang disyorkan.

Kanser Kepala dan Leher melibatkan kawasan bibir, mulut, lelangit, hidung, farinks, larinks dan telinga. Ia juga melibatkan kawasan kelenjar air liur utama Parotid dan Submandibular. Kanser ini merbahaya kerana ia boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan atau pemakanan. Ia boleh merebak ke kawasan persekitarannya atau ke organ lain seperti hati, paru-paru atau tulang. Kaedah rawatan terkini adalah secara pembedahan, rawatan radiotherapi, kimotherapi atau gabungan rawatan tersebut.

KANSER MULUT

GR.1: Kanser lidah GR.2: Kanser bibir

 

GR.3: Kanser lantai mulut

Pesakit yang mengalami kanser jenis ini selalunya mengalami sakit mulut yang teruk, luka yang tidak sembuh, kurang selera makan dan susut tubuh badan. Kadang -kadang terdapat pembengkakan limpa di leher, susah menelan dan bau busuk dari mulut.

KANSER HIDUNG

GR.4: Kanser dibahagian luar hidung GR.5: Kanser dari sinus yang merebak ke lelangit

 

GR.6: Pandangan endoskopik (pemeriksaan rongga hidung mengunakan peneropong berkemera) Kanser dalam rongga hidung

Kanser hidung terbahagi kepada tiga iaitu bahagian luar, sinus dan pangkal hidung (Nasofarink). Gejala ketiga-tiga barah ini adalah berbeza. Kanser dibahagian luar hidung boleh dilihat sebagai luka yang tidak sembuh atau tahi lalat yang membesar dengan cepat.

Kanser sinus sukar dikesan awal sehingga pesakit mengadu mengalami bau busuk, keluar cecair bercampur darah dari hidung dan hidung tersumbat. Kadang-kadang pesakit mengadu bengkak di pipi, penglihatan kabur, gigi longgar dan bengkak pada lelangit.

Kanser pangkal hidung(Nasopharink) pula biasanya dialami oleh kaum cina. Selain daripada hidung berdarah atau tersumbat, pesakit juga mengalami penglihatan kabur, telinga bernanah atau kurang pendengaran dan kelenjar di leher bengkak.

KANSER TELINGA

GR 7: Kanser cuping telinga GR 8: Pandangan endoskopik (pemeriksaan rongga telinga
mengunakan mikroskop). Kanser saluran telinga luar

 

GR 9: Kanser telinga yang telah keluar ke permukaan kulit di leher

Kanser jarang berlaku. Pesakit biasanya mengadu kurang pendengaran, bengkak dan cecair berdarah keluar dari telinga, muka yang senget sebelah, pening atau muntah-muntah dan sakit kepala yang teruk.

KANSER TEKAK (LARINK)

GR 10: Pandangan endoskopik (pemeriksaan rongga telinga mengunakan
peneropong berkemera) menunjukan ketumbuhan dipeti suara
GR 11: Bengkak di gelenja limfa dileher

Pesakit yang menghidapi kanser di peti suara (Larinx) mengadu perubahan suara dan batuk yang berpanjangan. Saluran pernafasan menjadi sempit dan berbunyi disusuli sukar bernafas dan terdapat bengkak dileher. Biasanya kanser ini berpunca dari merokok.

KANSER FARINK

(GR 12i) (GR 12ii)
GR 12: Pandangan endoskopik ( pemeriksaan bahagian atas saluran penghadaman
mengunakan teropong berkemera) (i) menunjukan ketumbuhan yang menyumbat saluran esofagus
dan (ii) menunjukkan ketumbuhan yang melibatkan peti suara dan bahagian atas esofagus.

Kanser farink/kerongkong melibatkan saluran pemakanan. Pesakit mengadu ada benda didalam tekak, sukar menelan, muntah darah atau bengkak pada leher.

KANSER KELENJAR AIR LIUR

GR 13: Kanser Kelenjar air liur Parotid GR 14: Bonjolan kanser di leher

 

GR 15:Pandangan ketika pembedahan menunjukkan kanser parotid

Kelenjar air liur terdiri dari kelenjar submandibular dan parotid (kelenjar air liur major) dan kelenjar air liur minor yang terdapat dipersekitaran lelangit, mulut dan farink. Kelenjar air liur major mempunyai 2 pasang dikiri dan kanan dan terletak di bawah dagu dan pipi. Kebiasaannya kanser jenis ini tidak bertindak secara aggresif. Ketumbuhannya yang perlahan menyebabkan pesakit tidak datang awal untuk mendapatkan rawatan segera.

PUNCA KANSER KEPALA DAN LEHER

Kebanyakan penyakit kanser tidak diketahui puncanya. Walaubagaimanapun,ada yang dikaitkan dengan faktor genetic/keturunan seperti kanser Pangkal Hidung. Selain dari itu,faktor-faktor penymbang termasuklah amalan merokok, minuman beralkohol, makan sirih, kapur atau gambir, penjagaan mulut yang tidak sempurna, jangkitan virus dan sebagainya.

TANDA-TANDA KANSER KEPALA DAN LEHER

  1. Bengkak pada leher atau anggota yang terlibat.
  2. Luka yang tidak sembuh melebihi 2 minggu.
  3. Pendarahan hidung yang lambat berhenti kecuali ada penyebab seperti trauma.
  4. Sukar bernafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
  5. Sukar atau sakit semasa menelan.
  6. Mata kabur atau nampak berbayang.
  7. Gigi reput atau mudah tanggal.
  8. Hidung tersumbat.
  9. Telinga bernanah dan berdarah.
  10. Perubahan pada suara.
  11. Batuk berdarah.
  12. Juling yang bukan semulajadi atau sejak lahir.
  13. Sakit kepala yang berterusan.

APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA MENDAPAT TANDA-TANDA DIATAS?

Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk rujukan kepada pakar Otorinolaringologi atau doktor pergigian bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Kanser jenis ini mempunyai peluang baik untuk sembuh jika mendapat rawatan diperingkat awal. Sedikit tisu akan diambil untuk pemeriksaan makmal bagi pengesahan jenis kanser yang dihidapi. Pemeriksaan pengimejan juga dilakukan untuk penentuan tahap penyakit yang dialami, samada setempat atau telah merebak ke bahagian lain. Setelah semua keputusan diperolehi, Doktor akan memberi penerangan dan cara rawatan bersesuaian dengan status penyakit kanser yang dialami.

Rawatan penyakit kanser bergantung pada jenis kanser tersebut dan tahap penyakit yang dialami. Terdapat 4 kemungkinan untuk rawatan kanser iaitu:

  1. Pembedahan
    Pembedahan biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya adalah pembedahan yang rumit (major) merangkumi pembuangan ketumbuhan dan kelenjar limfa dileher bagi mengelakkan kanser merebak ke organ lain. Pembedahan rekonstruksi mungkin diperlukan bagi menutup luka akibat pembedahan pembuangan tisu kanser.
  2. Radioterapi
    Rawatan radiotherapi dijalankan di Pusat Rawatan Radiotherapi. Pesakit perlu pergi ke pusat tersebut setiap hari kecuali hari minggu atau cuti am. Rawatan diberi diantara  20 – 40 kali rawatan merangkumi 2 – 3 bulan bergantung kepada arahan Doktor Onkologi. Sinaran radioterapi mengambil masa lebih kurang 5 minit setiap kali rawatan. Kebanyakkan pesakit mengalami masalah kekeringan bibir, cepat dahaga dan kulit bertukar warna di bahagian yang dirawat dan sebagainya.
  3. Kemoterapi
    Rawatan kimoterapi dijalankan melalui infusi intravenous. Ubat ini perlu diberikan selama beberapa hari. Sebelum rawatan dimulakan, ujian darah diambil untuk menentukan tahap kecergasan pesakit dan tiada sebab kesihatan yang menghalang ianya digunakan. Hanya pesakit yang cergas saja diberi ubat kimoterapi. Pesakit boleh menerima rawatan setelah dimasukkan didalam wad atau sebagai rawatan harian. Rawatan diselangkan dengan waktu rehat selama 3 – 4 minggu sebelum rawatan ulangan diberikan merangkumi pusingan sebanyak 6 kali. Dos tambahan mungkin diberi mengikut preskripsi. Pesakit mungkin mengalami muntah-muntah, rambut gugur, badan lesu dan demam.
  4. Gabungan diantara rawatan diatas.

Jika anda datang pada peringkat awal, besar kemungkinan penyakit kanser anda dapat disembuhkan. Jika anda datang lewat, gabungan daripada rawatan diatas adalah yang terbaik. Anda dinasihatkan supaya mengikut nasihat doktor. Kesan sampingan daripada rawatan memang ada, tetapi ramai pesakit yang menerima rawatan mampu mengatasi kasan sampingan tersebut. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak?

SAYANGI DIRI ANDA. KANSER JENIS KEPALA DAN LEHER BOLEH DIRAWAT.
JIKA TIDAK, TIADA SIAPA YANG RUGI KECUALI ANDA.
INGATLAH, MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

 

Semakan Akhir : 13 Ogos 2015
Penulis/Penterjemah : Dr. Hj. Abd. Razak b. Hj. Ahmad
Akreditor : Dr. Faridah bt. Hassan

 

Artikel Berkaitan

Senaman Posnatal

Senaman posnatal adalah untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jenis-jenis senaman Di

Ptosis

Ptosis adalah keadaan dimana turunnya kelopak mata atas. Kelopak mata

Kebas

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia