Latar belakang
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Lokasi yang sering terjadi kanser mulut
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :
- Lidah
- Lantai mulut
- Lapisan dalam pipi
- Gusi
- Lelangit
- Bibir bawah
Faktor-faktor risiko
Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
- Merokok
- Mengunyah tembakau
- Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
- Minum alkohol yang berlebihan
- Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
Apakah tanda-tanda kanser mulut ?
Terdapat tanda-tanda kelainan seperti berikut di dalam mulut:
-
Ulser yang lambat atau tidak sembuh
-
Tompok putih (leukoplakia)
-
Tompok merah (erythroplakia)
-
Nafas berbau (halitosis)
Bagaimana mendiagnosakan kanser mulut.
-
Biopsi ( pengambilan dan penganalisisan tisu patolgi terbabit )
-
Pengimejan ( kajian radiografi terhadap bahagian tubuh yang berkait dengan penularan kanser mulut ). Ini termasuklah
- Radiograf biasa
- CT Scan
- MRI ( magnetic resonance imaging )
- Scan tulang ( technitium bone scan )
- Ultrasound
Prognosis
Prognosis untuk kanser mulut bergantung kepada beberapa faktor, iaitu
- lokasi kanser terbabit ( kanser pada bahagian bibir mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding pada bahagian lidah )
- saiz ( kanser berskala kecil mempunyai prognosis yang lebih baik )
- tahap kanser ( kanser tahap 1 mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding tahap 4 )
- tahap kedalaman pencerobohan sel kanser ke dalam tisu badan ( prognosis menjadi lebih buruk bila kedalaman penceronohan meningkat )
- prognosis menjadi lebih buruk bila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian lain tubuh
- prognosis juga bertambah buruk bila terjadi pada pesakit yang telah berumur lanjut
Kaedah rawatan
- Pembedahan
- Radioterapi
- Kemoterapi
- Kombinasi antara tiga kaedah di atas.
Komplikasi
- Kecacatan struktur mulut dan muka
- Hilang selera makan
- Sakit
- Kesukaran menelan
- Kesukaran bercakap
- Bukaan mulut terhad
- Kehilangan berat badan
- Tekanan perasaan
- Sel-sel kanser boleh merebak ke bahagian lain tubuh ( metastasis )
- Boleh membawa kepada kematian
Apa yang perlu anda lakukan ?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:
- Tidak merokok
- Tidak minum minuman alkohol
- Tidak mengunyah tembakau / pinang
- Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
- Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
- Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
- Pengamalan gaya hidup sihat
Kanser mulut dan tabiat merokok
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.
Pemeriksaan mulut sendiri
- Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
- Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
- Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.
Cara – cara pemeriksaan mulut sendiri :
Berdiri di hadapan cermin di bawah cahaya yang terang. Tanggalkan gigi palsu, sekiranya ada. Periksa muka dan leher anda untuk mengesan tanda bengkak, luka atau perubahan warna. Tekan bahagian leher untuk mengesan tanda sakit atau benjolan. | |
Periksa bibir anda dengan teliti untuk mengesan sebarang perubahan warna, tekstur dan kelainan permukaan tisu. Tarik bibir atas dan periksa untuk mengesan ulser atau perubahan warna. Ulangi untuk bibir bawah. |
|
Tarik pipi kanan dan periksa bahagian dalam pipi dengan menyeluruh. Dengan menggunakan jari telunjuk di bahagian dalam pipi dan ibu jari di luar pipi, picit perlahan-lahan untuk mengesan sebarang kelainan. Ulangi untuk pipi kiri |
|
Dongak kepala, buka mulut dan periksa bahagian lelangit. Perhatikan sebarang perubahan atau benjolan. | |
Letakkan hujung lidah di lelangit. Periksa lantai mulut dan bahagian bawah lidah. | |
Keluarkan lidah dan perhatikan sebarang perubahan warna dan tekstur di bahagian lidah. Periksa dan picit bahagian tepi kanan, tepi kiri dan hujung lidah untuk mengesan sebarang benjolan. |
Semakan Akhir | : | 14 April 2014 |
Penulis | : | Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar |
Dr. Sharol Lail Sujak | ||
Dr. Chew Yoke Yuen | ||
Dr. Norrizan bt. Basir | ||
Dr. Doreyat b. Jemun | ||
Penyemak | : | Dr. Marzuki b. Zainal Abidin |