Kanser paru-paru berlaku kerana ketidaknormalan unit asas di dalam tubuh, iaitu sel. Selalunya, tubuh mengekalkan sistem pemeriksaan dan keseimbangan di dalam proses pembahagian sel untuk menghasilkan sel baru. Gangguan terhadap sistem ini akan menyebabkan pertumbuhan sel tidak terkawal dan akhirnya membentuk pepejal yang dikenali sebagai tumor.
Tumor mempunyai dua “sifat”, iaitu “benign” dan “malignant”. Apabila membincangkan tentang kanser, ia merujuk kepada sifat yang “malignant”. Tumor benign selalunya boleh dikeluarkan dan tidak merebak ke bahagian badan yang lain. Bagi tumor malignant pula, ia tumbuh secara agresif dan menyerang jaringan tubuh yang lain, membolehkan kemasukan sel tumor ke dalam aliran darah atau sistem limfa dan kemudian ke bahagian lain di dalam tubuh.
Proses penyebaran ini digelar sebagai metastasis. Memandangkan kanser paru-paru merebak pada fasa awal pertumbuhannya, ia menyebabkan kanser ini dikenali sebagai pembawa maut dan salah satu kanser yang sangat sukar untuk dirawat.
Kanser paru-paru boleh merebak ke setiap organ di dalam tubuh terutamanya kelenjar adrenal, hati, otak dan tulang.
90% -95% kanser paru-paru terjadi pada sel epitelium, iaitu sel yang melapisi saluran udara besar dan kecil. Kadang-kadang, kanser paru-paru juga dikenali dengan nama kanser bronkus atau karsinoma bronkus (karsinoma adalah nama lain bagi kanser). Kanser juga boleh terjadi di pleura atau dari tisu sokongan di antara paru-paru.
Tanda-tanda kanser paru-paru
Batuk berterusan atau batuk kronik.
Darah pada kahak
Bronchitis yang berterusan atau jangkitan respiratori yang berulang
Sakit dada
Kehilangan berat badan mendadak
Kesukaran bernafas seperti bernafas pendek atau berbunyi.
Jika ini berlaku, segeralah berjumpa doktor atau pakar perubatan yang terdekat dengan anda.
[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/video/wargaemas/TEKNIK-MENGANGKAT-DAN-MENGALIH-PESAKIT-TERLANTAR/TEKNIK-MENGANGKAT-DAN-MENGALIH-PESAKIT-TERLANTAR.flv[/flv] Download: Transkipsi V.O Mengangkat warga emas yang terlantar memerlukan
ALAMAT
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.