A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Kanser
  8. /
  9. Kanser Peti Suara

Kanser Peti Suara

Kanser peti suara( larink) adalah kanser yang disebabkan oleh tabiat merokok. Di Amerika 11 000 kes baru di laporkan setiap hari. Ia merangkumi 25% dari kanser di kawasan Kepala dan Leher dan 1% dari semua jenis kanser. Satu per tiga dari pesakit mati akibat kesukaran bernafas dan kebanyakan mereka dalam lingkungan umur 60 – 70 tahun. Ratio diantara Lelaki dan wanita adalah 4:1 dan biasanya mereka adalah perokok.

GR 1: Pandangan endoskopi (pemeriksaan larink mengunakan teropong berkamera)
menunjukkan ketumbuhan pada lapisan vokal kiri

Pengenalan

Kanser peti suara( larink) adalah kanser yang disebabkan oleh  tabiat merokok. Di Amerika 11 000 kes baru di laporkan setiap hari. Ia merangkumi 25% dari kanser di kawasan Kepala dan Leher dan 1% dari semua jenis kanser. Satu per tiga dari pesakit mati akibat kesukaran bernafas dan kebanyakan mereka dalam lingkungan umur  60 – 70 tahun. Ratio diantara Lelaki dan wanita adalah 4:1 dan biasanya mereka adalah perokok.

GR 2: Penyebab utama kanser larink adalah merokok

Di Malaysia, perangkaan tahun 1981- 1988, menunjukkan kes kanser larink adalah 54% dari kaum Cina, 23% dari kaum India  dan 19% dari kaum Melayu. Ratio diantara lelaki dan wanita ialah 7.6:1. Ratio ini menurun disebabkan sekarang ramai juga wanita yang merokok.

Faktor penyebab Kanser Peti Suara

90% dari Kanser ini adalah disebabkan oleh penggunan tembakau. Sebab-sebab lain termasuklah:

  1. Virus Human Papilloma
  2. Refuk dari asid gastrik
  3. Pendedahan kepada debu perindustrian kayu
  4. Pernah terdedah kepada radiasi

Gejala

  1. Perubahan Suara menjadi serak atau kasar.
  2. Batuk berterusan atau batuk berdarah.
  3. Sakit tekak
  4. Susah bernafas atau nafas berbunyi
  5. Susah menelan
  6. Selalu tersedak
  7. Bengkak pada leher.
  8. Kurang selera makan
  9. Susut berat badan.
GR 3: Bengkak gelenja limfa dileher

Penyiasatan

Apabila anda mengalami symptom diatas, anda perlu menjalankan pemeriksaan di hospital oleh Pakar Otorinolaringologi. Disini, pakar akan membuat pemeriksaan teropong dibahagian peti suara. Sedikit tisu akan diambil untuk pemeriksaan makmal. Ujian pengimejan seperti CT Scan atau MRI akan dilakukan untuk mengetahui status barah ini. Setelah semua penyasiatan telah dilakukan, daktor akan menerangkan cara rawatan bersesuaian dengan tahap barah ini.

Rawatan

Pada tahap 1 dan 2, kanser ini boleh dirawat secara pembedahan peti suara atau rawatan radioterapi.

(i)  
       
(ii)  
  GR 4: Pandangan endoskopi sebelum bedah
(i) Lapisan vokal kanan diselaput kanser
(ii) lapisan vokal kanan dengan ketumbuhan
  GR 5: Pandangan endoskopi selepas bedah
(i) dan (ii) Lapisan vokal kanan setelah selaput kanser dibuang

Tahap 3 dimana peti suara sudah tidak berfungsi dengan baik, pembedahan melibatkan sebahagian peti suara perlu dibuang atau radioterapi akan dicadangkan.

Ditahap 4, pembuangan semua peti suara, pembedahan yang di panggil laryngectomy adalah yang terbaik dan kemungkinan disusuli rawatan radioterapi dan kimoterapi.

 
GR 6: Pandangan pembedahan menunjukkan leher
setelah peti suara dikeluarkan
  GR7: Peti suara yang dikeluarkan menunjukkan
bahagian yang telah dihinggapi kanser

Apakah peluang sembuh dari kanser ini?

Setelah pembedahan berjaya dilakukan, peluang untuk sembuh adalah baik. Pesakit dinasihatkan supaya selalu mendapatkan rawatan susulan agar sebarang tanda-tanda kemunculan semula kanser dapat dikesan seawal mungkin.

Setelah peti suara saya di buang, adakah saya boleh bertutur semula?

GR 8: Tracheostoma, lubang pernafasan kekal dibuat
dengan menyambung bahagian atas trachea ke kulit.

Bagi pesakit tahap 1 dan 2, setelah peti suara dibedah atau menjalani rawatan radioterapi, pesakit boleh bertutur seperti biasa walaupun dengan suara yang lebeh kasar. Pada pesakit tahap 3 yang perlu menjalani pembedahan partial laryngectomy, pesakit mungkin dapat bertutur semula walaupun terdapat kekurangan suara. Untuk pesakit tahap 4 dimana semua peti suara perlu dibuang, pesakit tidak dapat bersuara melainkan dengan menjalankan rehabilitasi dan penggunaan prosthesis peti suara.

Apakah rehabilitasi dan prosthesis peti suara yang saya perlukan

Ada beberapa cara yang membolehkan pesakit mengeluarkan suara setelah pembedahan total laryngectomy. Salah satu jenis alat yang boleh digunakan untuk menggantikan peti suara adalah Elektrolaring. Alat ini menggunakan bateri dan bertindak sebagai penguat bunyi getaran diantara lidah dangan farink. Suara yang dihasilkan seolah-olah robotik dan harganya mahal.

GR 9: Elektrolaring

Pilihan kedua memerlukan pembedahan ‘tracheo-oesophageal punture’. Alat ini dimasukkan diantara trakea dan kerongkong (farink). Ia memerlukan pesakit menutup lubang pernafasan supaya udara dari paru-paru dapat di salurkan keluar ke bahagian kerongkong. Dengan cara ini pesakit boleh bertutur. Kaedah ini juga mempunyai masalah tertentu dimana dari masa ke semasa alat ini perlu diganti apabila ia tidak lagi berfungsi dengan sempurna.

GR 10: Prostesis trachea-oesophageal didalam saluran
diantara trachea dan farink serta tangkainya dilekatkan ke kulit

Satu lagi cara adalah dengan mengunakan artificial pneumatic larink. Alat yang diletakkan disebelah luar pada trakeostoma dan mulut. Ianya tidak memerlukan pembedahan tetapi pesakit perlu menggunakan tangan dan mulut untuk bertutur.

GR 11: Larink pneumatic memerlukan satu hujungnya diletakkan
pada pembukaan tracheostoma sementara yang satu lagi dimulut

Keadah ke empat adalah menggunakan udara dari perut yang dikeluarkan secara perlahan-lahan melalui kerongkong untuk bercakap seperti sedawa. Cara ini tidak mempunyai apa-apa kos dan semulajadi. Ianya tidak popular di Malaysia kerana memerlukan motavasi dan teknik pembelajaran yang baik serta sentiasa diamalkan.

Apakah lagi yang saya tidak dapat lakukan setelah pembedahan?

Selepas pembedahan lapisan vokal atau radioterapi, suara anda mungkin serak.

Pembedahan laryngectomy mengakibatkan pesakit perlu bernafas mengunakan lubang saluran pernafasan. Dengan itu, penjagaan saluran ini perlu dilakukan seperti mengunakan kain penutup bagi menjaga dari habuk dan air masuk kedalam trachea. Pembersihan juga selalu dilaksanakan untuk membuang lender yang kering. Berenang tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, terdapat alat yang khusus bagi tujuan ini.

Penyesuaian diperlukan ketika melakukan aktiviti seperti meneran, mengangkat barang dan sebagainya.

Deria menghidu juga terjejas dan memerlukan latihan semula dan penyesuaian.

Kesimpulan

Kanser peti suara adalah disebabkan oleh merokok. Ianya boleh di rawat dan peluang untuk sembuh amat tinggi jika dirawat diperingkat awal. Rawatan bagi kanser peti suara diperingkat awal juga kurang jika dibandingkan kanser ditahap lebeh teruk dimana pembedahan membuang keseluruhan peti suara diperlukan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara pemulihan setelah pembedahan yang disyorkan.

 

Semakan Akhir : 13 Ogos 2015
Penulis/Penterjemah : Dr. Hj. Abd. Razak b. Hj. Ahmad
Akreditor : Dr. Faridah bt. Hassan

 

Artikel Berkaitan

Kanser Ovari

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini

Limfoma

Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel, iaitu limfosit,

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,687

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia