[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Apakah itu kanser serviks? Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim. Serviks merupakan bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina. Kanser Serviks juga adalah penyakit dimana sel-sel di serviks membiak secara luar biasa. Ia terbahagi kepada 2 peringkat di mana pada peringkat awal kanser ia berlaku di sekitar serviks. Peringkat lewat pula berlaku apabila kanser merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain (malignan). Kanser serviks merupakan kanser ketiga terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payu dara dan kanser usus. Dianggarkan lebih kurang 12 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk di Malaysia menghidap kanser ini. Penyebab kanser serviks? Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
|
|
---|