A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Karies Gigi

Karies gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang' di kalangan masyarakat kita. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.

Karies gigi lebih dikenali sebagai ‘gigi berlubang’ di kalangan masyarakat kita. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal atau gigi susu.

 

Gambar menunjukan karies gigi kekal (gigi hadapan dan  gigi geraham)

 
 
Gambar menunjukan karies gigi susu ( gigi hadapan dan gigi geraham)

Bagaimana karies gigi boleh terjadi?

Pada kebiasaannya bakteria sentiasa terbentuk di atas permukaan gigi dalam rongga mulut dalam bentuk satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak.  Perubahan di dalam persekitaran rongga mulut seperti suhu, pH dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian.

Setiap  kali selepas mengambil makanan, bakteria yang ada di dalam plak akan bertindakbalas dengan gula yang ada di dalam makanan untuk menghasilkan asid. Asid yang terhasil akan bertindak ke atas permukaan gigi dan melembutkannya melalui proses demineralisasi.  Sekiranya asid yang terhasil tidak di neutralkan, proses demineralisasi akan berterusan mengakibatkan terjadi karies.

Tanda-tanda karies

  • Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam)
  • Liang-liang kecil pada permukaan gigi
  • Lubang yang ketara
  • Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.
  • Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk

Kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian karies adalah

  • Celah – celah gigi hadapan  dan belakang
  • Kawasan gigi yang  berlapis
  • Permukaan gigi geraham

Jenis karies

             

  1. Karies dibahagian lapisan enamel
  2. Karies dibahagian lapisan enamel dan dentin
  3. Karies yang telah merebak ke dalam lapisan pulpa
  4. Karies bahagian akar

Rawatan untuk karies

  1. Karies melibatkan  lapisan enamel

    Biasanya tidak sakit.Kerosakan struktur gigi sukar dilihat dengan mata kasar.

    Rawatan :

    • Rawatan pencegahan dengan sapuan bahan fluorida
    • Tampalan mudah jika lubang agak ke atas.
  2. Karies yang melibatkan lapisan dentin

    Biasanya sakit dan senggal ketika makan atau berkumur dan lubang kelihatan lebih ketara dan dalam. Rawatan yang disyorkan adalah tampalan secepat mungkin.

  3. Karies yang melibatkan bahagian pulpa

    Pesakit akan mengalami sakit yang teruk dan berdenyut.Sekiranya dibiarkan sahaja infeksi boleh merebak kebahagian akar gigi.Boleh mengakibatkan gusi bernanah.

    Gigi akan mati dan memerlukan rawatan salur akar dan tampalan seterusnya.Dalam keadaan dimana struktur gigi sudah banyak rosak, korona baru perlu dibuat.

 Bagaimana mencegah karies ?

  1. Amalkan tabiat pemakanan sihat dengan:
    1. Kurangkan kekerapan mengambil makanan di antara waktu makan utama.
    2. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan melekit
    3. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan kordial
  2. Penjagaan higin mulut yang betul
    1. Memberus gigi secara berkesan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur
    2. Gunakan ubat gigi berfluorida bagi membantu menguatkan gigi
    3. Gunakan flos bagi pembersihan di antara celah-celah gigi.

  3. Pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun agar rawatan pencegahan  dapat dijalankan
  4. Sekiranya memerlukan rawatan, datanglah segera ke klinik gigi.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Hasni bt. Md. Zain
Akreditor : Dr. Lydia Mason a/k Lionel
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Gigi Yang Tidak Boleh Diselamatkan

Terdapat keadaan di mana gigi rosak tidak dapat diperbaiki lagi dan di panggil sebagai “tidak boleh diselamatkan”. Gigi ini tidak dapat bertahan lama di dalam mulut dan tempoh hayatnya tidak dapat dijangkakan.

Aplians Tetap

Aplians Tetap adalah salah satu jenis pendakap gigi. Ia adalah pendakap gigi yang paling popular pada masa ini. Hal ini demikian kerana pergerakan gigi dapat dilakukan dengan lebih efektif dengan pendakap ini dan pesakit juga menggemarinya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia