[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Sewaktu penglihatan yang normal, cahaya menembusi kornea satu lapisan tisu jernih, dan kemudian melalui pupil, satu pembukaan di bahagian tengah tisu berwarna iris untuk ke kanta. Cahaya, kemudiannya, menembusi kanta. Kanta memfokuskan cahaya pada retina, lapisan saraf dibelakang mata. Cahaya ini akan ditukar kepada isyarat yang dihantar kepada otak. Isyarat di otak kemudiannya ditukar menjadi imej. Apa itu katarak? Kanta adalah jernih dan lutsinar, sesuai dengan peranannya memfokus cahaya ke retina. Katarak terjadi apabila kanta tidak lagi jernih atau lutsinar ataupun menjadi legap. Ada banyak penyebab katarak. Paling utama akibat peningkatan usia. Antara penyebab lain adalah seperti keturunan, penyakit seperti diabetes dan kecederaan mata. Katarak menyebabkan penglihatan seseorang menjadi kabur dan boleh menyebabkan buta jika diabaikan. Katarak boleh diatasi dengan penggunaan cermin mata pada peringkat awal. Jika cermin mata tidak dapat membetulkan penglihatan, pembedahan perlu dilakukan kerana tiada ubat untuk merawat katarak. Pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kanta yang legap itu dan digantikan dengan kanta tiruan. Katarak adalah penyebab kebutaan yang boleh dirawat |
|
---|