A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kaunseling Trauma

Situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosional, psikologikal atau mental. Seseorang yang mengalami distress mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan.

Pengenalan

Kejadian-kejadian seperti bencana alam baru-baru ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa-mangsa terutama di kawasan Pantai Timur. Kesan-kesan psikologi ini memberi kesan traumatik yang menjejaskan emosi kepada mangsa.

Situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosional, psikologikal atau mental. Seseorang yang mengalami distress mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan. Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku. Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri disamping menstabilkan emosi dan mental.

Salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai professional seperti kaunselor.

Sumber: Google

Definisi

Kaunseling: Satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Trauma: Pengalaman yang dahsyat, keadaan sakit disebabkan oleh luka, renjatan emosi.

Punca

Trauma boleh terjadi daripada pelbagai situasi. Antara situasi tersebut adalah:

  1. Kematian ahli keluarga, kawan, atau haiwan kesayanga
  2. Perceraian
  3. Kecederaan
  4. Penyakit
  5. Peperangan
  6. Bencana alam
  7. Keganasan
  8. Berpindah ke tempat baru
  9. Ditinggalkan oleh ibu bapa
  10. Menyaksikan kematian atau situasi traumatik yang lain
  11. Mangsa rogol
  12. Dipenjarakan

Rawatan Psikologi Kaunseling trauma

Objektif:

  1. Untuk mengurangkan stress dan ketegangan
  2. Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
  3. Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatic
Sumber: Google

Identifikasi peringkat trauma

Tahap 1: Luahan rasa

Tahap 2: Penafian

Tahap 3: Gangguan

Tahap 4: Mengalami

Reaksi psikologikal terhadap trauma

  1. Gangguan emosi
  2. Kecelaruan kognitif
  3. Hyperarousal
  4. Penderitaan fizikal

Tahap-tahap pemulihan

  1. Kesedaran mengenai kesan trauma
  2. Tahap kefungsian yang minima
  3. Penghindaran
  4. Penerimaan
  5. Ubah hala

Tips menangani trauma

Kajian menunjukkan kebanyakan orang mampu untuk kembali daripada sesuatu tragedi. Ia adalah normal bagi seseorang yang mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.

  1. Beri masa untuk menyesuaikan diri.
  2. Mendapatkan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat dan memahami situasi yang anda hadapi.
  3. Meluahkan perasaan anda.
  4. Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih.
  5. Mengamalkan cara hidup sihat.
  6. Mengekal dan menambah baik rutin harian.
  7. Mengelak daripada membuat keputusan besar.
Semakan Akhir : 6 Februari 2017
Penulis : Awang Mohd Azmi bin Endal
Akreditor : Tn. Hj. Hairol Kamal bin Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

Kumpulan Sokongan

Kumpulan Sokongan NASCOM (National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia