[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Kecederaan lutut biasanya berlaku apabila anda terlibat dalam akitiviti sukan, ini termasuklah berlari, melompat dan apabila kaki berhenti dalam posisi yang salah seperti semasa bermain bola sepak dan sebagainya. Terdapat empat ligamen yang penting untuk menstabilkan lutut iaitu Medial Cruciate Ligament (MCL) dibahagian dalam lutut, Lateral Cruciate Ligament (LCL) dibahagian luar, Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan Posterior Cruciate Ligament (PCL) yang terdapat di bahagian tengah lutut. Anterior Cruciate Ligament bertujuan untuk menghalang tulang bergerak ke hadapan manakala Posterior Cruciate Ligament menghalangnya bergerak ke belakang. Sekiranya, Anterior Cruciate Ligament terkoyak, ini boleh mengakibatkan tulang tibia bergerak ke hadapan dan menjadi tidak stabil. Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan.
”MULAKAN LANGKAH BIJAK ANDA DENGAN MENGELAKKAN KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN” |
|
---|