A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Kecederaan Mata

Kecederaan Mata

Kecederaan mata boleh mengakibatkan risiko kehilangan penglihatan, terutamanya yang melibatkan tusukan ke dalam mata serta kemasukan benda asing ke dalam bebola mata.

Pengenalan

Kecederaan mata sering berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja  serta pekerja-pekerja industri. Kecederaan ini mengakibatkan risiko kehilangan penglihatan, terutamanya kecederaan yang melibatkan tusukan ke dalam mata serta kemasukan benda asing ke dalam bebola mata. Kecederaan pada mata boleh berlaku disebabkan oleh kemalangan jalan raya, pergaduhan, bersukan, kemalangan di tempat kerja, terdedah pada bahan kimia atau benda asing. Kecederaan pada  mata boleh mengakibatkan jangkitan kuman sekiranya ia tidak dirawat dengan segera.

Apakah Jenis Kecederaan?

  1. Kemalangan – traumatik
    • Terbakar oleh bahan kimia, radiasi dan termal
    •   Kecederaan oleh benda tumpul
    • Kecederaan oleh benda menusuk
  2. Bukan Kemalangan
    • Pendarahan retina
    • Pendarahan Vitreous

Terbakar

Rawatan Awal

  1. Alirkan air yang bersih seberapa banyak yang boleh pada mata yang terkena bahan kimia (asid / alkali).
  2. Cucian mata (sekurang-kurang 15 minit)  hendaklah dilakukan serta-merta di tempat berlakunya kemalangan dengan menggunakan air paip. Cucian mata hendaklah dilakukan dengan sempurna dengan menggerakkan mata dari kiri ke kanan, ke atas dan ke bawah bagi memastikan cucian dapat dilakukan dengan berkesan.

  3. Cuci kelopak mata
  4. Buangkan benda asing dari mata sekiranya ada
  5. Dapatkan rawatan di hospital.

Kecederaan oleh benda tumpul :

  1. Tutup mata dengan penampal lembut
  2. Segera dapatkan rawatan di hospital

Kecederaan oleh benda menusuk :

  1. Jangan cabut benda yang menusuk mata
  2. Tutup mata dengan penampal lembut
  3. Tutup mata dengan pelindung mata (eye shield sekiranya disyaki bola mata pecah  dan elak sebarang tekanan ke atas mata )
  4. Segera dapatkan rawatan di hospital

Tanda & Gejala Kecederaan Mata

  • Sakit serta rasa tidak selesa pada mata yang cedera.
  • Lebam di sekeliling mata
  • Penglihatan menjadi kabur disebabkan  pendarahan atau kecederaan pada mata
  • Penglihatan berganda akibat daripada kecederaan pada tulang rongga mata.

Komplikasi

  • Jangkitan kuman
  • Katarak
  • Glaukoma
  • Lekangan pada lapisan retina
  • Kabur penglihatan
  • Hilang penglihatan

Langkah keselamatan tersebut adalah:

  • Kenalpasti  bahaya dan risiko kecederaan
  • Debu dan habuk, besi dan logam, kaca atau serpihan konkrit
  • Peralatan tidak stabil atau berpotensi jatuh, struktur bangunan dan peralatan kerja
  • Bahan kimia seperti asid, alkali, peluntur, petrol, bahan pelarut, gas dan asap
  • Cahaya radiasi dan percikan logam panas
  • Mewujudkan suasana kerja yang selamat dengan memastikan peralatan berfungsi dengan baik dan langkah keselamatan diambil.
  • Memakai dan memilih alat pelindung yang sesuai dan memastikan alat pelindung berada dalam keadaan baik dan selesa dipakai

Rujukan

  1. Mayo Clinic Of Home Remedies. (2010). Chemical splash in the eyes. In P. Hagen & Mildman M. (Eds.), Mayo Clinic book of home remedies: What to do for the most common health problems. New York, NY: Time Home Entertainment Inc.
  2. Jogi, R. ( 2009 ). Basic Ophthalmology (4th ed.). New Delhi: IND. Jaypee.
  3. Muhaya, C. (2007). World Health Organisation . Preventing of blindness from Diabetic Mellitus, Report of WHO consultation. Geneva : WHO 205
  4. Kelly P. O’ Keefe (September, 2009 ). Traumatic Eye Injuries. Sarasota Memorial Hospital
  5. Occupational Safety And Health Administration Requirement for Eye Protection At Work. Retrieved from http://www.OSHA.gov.my
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Rosman bin Md. Raihan
Akreditor : Zulhelmi bin Abdullah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Pendarahan Telinga

Pendarahan telinga adalah lelehan yang keluar dari telinga yang mengandungi darah akibat daripada kecederaan ataupun jangkitan kuman.

Strok Haba (Heat Stroke)

Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.

Luka Tembakan : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada kemasukan peluru atau lain-lain pelontar ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin kecil dan bersih tetapi luka di dalam mungkin lebih serius serta lebih besar akibat peluru yang berselerak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,638

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia