A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Kesihatan Bayi Baru Lahir
  6. /
  7. Kecil daripada Usia Kandungan...

Kecil daripada Usia Kandungan (SGA)

Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2.5 kg hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Apakah bayi SGA?

Pengenalan

Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2.5 kg hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Definisi

Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:

  • Berat lahir kurang daripada 10 peratus bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).
  • Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.
  • Berat bayi berada lebih daripada0% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.

Apakah jenis-jenis bayi SGA?

Bayi SGA:

  • Cukup bulan atau pramatang.
  • Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang daripada 2.5kg.

Jenis-jenis bayi SGA:

  • Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang
  • Tidak setara – contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.

Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?

Sebab-sebab:

  • Keturunan – ibu bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga
  • Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).

Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retardation)?

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.

Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?

Faktor risiko seperti berikut :

Faktor Ibu

  • Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia
  • Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi
  • Penyakit diabetes kronik
  • Sakit buah pinggang yang kronik
  • Jangkitan kuman
  • Anemia yang teruk
  • Ibu yang merokok /  mengambil alkohol / dadah

Faktor bayi

  • Jangkitan seperti CMV, Rubella
  • Kecacatan semasa dalam kandungan – otak, jantung, ginjal
  • Kromosom yang tidak normal

Faktor kandungan

  1. Kandungan kembar
  2. Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)
  3. Uri terletak di bahagian bawah rahim (placenta praveia) – pendarahan placenta praevla
  4. Gangguan aliran darah ke uri
  5. Jangkitan uri atau air ketuban

Apakah sifat-sifat bayi SGA?

Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil.

Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?

  • Komplikasi awal:
    • Hypoglysemia – Kurang gula dalam darah
    • Policytemia – Berlebihan sel darah merah dalam darah
    • Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan
    • Mengalami gangguan pernafasan
    • Jaundis
    • Ketidak seimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)
    • Kebiru-biruan akibat kurang oksigen
    • Tidak stabil semasa kelahiran
  • Komplikasi lewat:
    • Bergantung kepada sebab berlakunya SGA, Contoh – Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward’s boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.
  • Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.
  • Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?

Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan:

  • Pengawasan kadar gula dalam darah
  • Penyusuan yang awal dan kerap kali

Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonatal) untuk:

  • Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub
  • Air dektros melalui intravena
  • Bantuan pernafasan
  • Pertukaran darah
  • Rawatan fototerapi untuk jaundis

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?

Penjagaan semasa mengandung sangat penting :

  • Awasi kesihatan ibu
  • Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi
  • Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan
  • Periksa uri bagi mengesan keluar biasaan
  • Kesan kecacatan pada janin
  • Rancang kelahiran yang selamat
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dato’ Dr. Lim Nyok Ling
  : Dr. Lim Sern Chin
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Benign Papular Lesions

Benjolan saiz kecil (1-2 mm), berwarna putih seperti mutiara. Hampir separuh bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS)

Sindrom Kesukaran Pernafasan (RDS) pada bayi baru lahir, juga dikenali sebagai penyakit membran hyalin, adalah komplikasi biasa dikalangan bayi pramatang.

Gaya Tidur Bayi

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia