A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Keganasan
  6. /
  7. Keganasan Rumahtangga

Keganasan Rumahtangga

Apakah keganasan rumahtangga?

Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian. Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakkan pendera adalah gulungan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak.

Apakah bentuk keganasan rumahtangga?

Bentuk-bentuk keganasan rumahtangga :

  • Fizikal
  • Pertuturan
  • Psikologi
  • Emosi / perasaan

Apakah kesan kesihatan akibat keganasan rumahtangga?

Berikut adalah beberapa kesan-kesan kesihatan disebabkan keganasan rumahtangga –

  • Kecederaan pada anggota badan :
    • Seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.
  • Kesan psikologi / mental :
    • Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera. Mereka juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri
    • Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah.

Adakah saya di kalangan mangsa keganasan?

Berikut adalah soalan-soalan sama ada anda dan pasangan anda berada dalam masalah keganasan rumahtangga. Jika kebanyakan jawapan “YA”, anda adalah golongan mangsa dera.

  • Perasaan dalaman anda : Perasaan takut, benci diri sendiri dan keadaan terdesak
    • Adakah anda sentiasa ketakutan terhadap pasangan anda?
    • Adakah anda mengelak suatu perkara meransang pasangan anda menjadi marah?
    • Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan sesuatu yang betul atau disukai oleh pasangan anda?
    • Adakah anda merasa tidak berguna dan patut di hukum?
    • Adakah anda merasa tidak lagi menyayangi pasangan anda?
    • Adakah anda rasa tidak lagi menghormati pasangan anda?
    • Adalah anda rasa anda yang tidak waras dan bersikap keterlaluan terhadap pasangan anda?
    • Pernahkah anda merasa ingin menyingkirkan pasangan hidup anda?
    • Pernahkah anda mengharapkan pasangan anda mati?
    • Adakah anda terasa terancam?
    • Adakah anda bimbang pasangan mengambil anak-anak anda?
    • Adakah anda merasa perbuatan keganasan rumahtangga adalah biasa dalam perkahwinan?
  • Tingkahlaku pasangan anda
    • Adakah pasangan anda sukar difahami ?
    • Adakah pasangan anda mempamerkan kelakuan baik di antara kejadian keganasan ?
    • Adakah pasangan anda seorang pemarah ?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut anda ? Secara lisan atau fizikal? Untuk mencederakan atau membunuh anda?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut mengambil anak-anak anda ?
    • Pernahkah dia mencederakan anda secara fizikal?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut di tempat kerja ?
    • Adakah pasangan anda merosakkan harta / peralatan rumah ?
    • Adakah pasangan anda memisahkan anda daripada keluarga dan kawan kawan anda ?
    • Pernahkah pasangan anda mengawal perbelanjaan penggunaan telefon atau kereta ?
    • Adakah pasangan anda suka mengongkong dan cemburu, selalu mengesyaki anda mempunyai perhubungan lain ?
    • Adakah pasangan anda melarang anda dari keluar rumah ?
    • Adakah pasangan anda mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anda ?
    • Adakah pasangan anda memalukan dan mengutuk anda di hadapan orang lain ?
    • Adakah pasangan anda tidak mengindahkan atau merendahkan pandangan dan pendapat yang anda beri ?
    • Adakah pasangan anda menyalahkan anda di atas keganasannya ?
    • Adakah pasangan anda tidak menghormati wanita ?
    • Adakah pasangan anda menganggap anda sebagai objek seks ?

Apakah tanda seseorang itu mungkin menjadi mangsa keganasan rumahtangga?

Anda atau sesiapa sahaja boleh mengesyaki keganasan berlaku sekiranya anda menyaksikan kawan-kawan anda mempunyai tanda-tanda berikut :-

  • Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan “kemalangan”
  • Kemurungan dan kerap menangis
  • Kerap menghilang diri
  • Kerap datang lambat
  • Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
  • Takut terhadap pasangan
  • Tumpuan dan prestasi kerja merosot
  • Menyisihkan diri
  • Mempunyai masalah kewangan

Jika anda mangsa keganasan rumahtangga, atau mengetahui seseorang itu menjadi mangsa keganasan, di mana anda boleh dapatkan bantuan?

Jangan berdiam diri dan kongsi masalah anda dengan orang lain, anda mesti hentikan keganasan ini. Sayangi diri dan kehidupan anda. Anda berhak menikmati kehidupan yang bahagia. INGAT anda tidak keseorangan; apa yang perlu anda buat adalah untuk mendapatkan bantuan, kami di sini untuk membantu anda : –

  • Ibu dan ayah anda
  • Kakak dan abang anda
  • Jiran anda
  • Rakan taulan anda
  • Kaunselor anda
  • Guru anda
  • Petugas di Klinik kesihatan dan Pusat Krisis Bersepadu (OSCC)

Sekiranya anda merasakan diri dalam keadaan berbahaya atau telah didera hubungi 999 segera!

Bagaimana saya melaporkan masalah keganasan rumahtangga

Membuat laporan kes yang disyaki keganasan rumahtangga adalah PENTING dan SULIT. Tindakan segera anda boleh melindungi mangsa dari keganasan lebih teruk dan KEMATIAN. Sila buat laporan segera di Balai Polis atau Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran kediaman anda.

Bagaimana saya mendapat bantuan jika saya pendera

Sekiranya anda telah mencederakan seseorang dan inginkan bantuan, sila hubungi 999. Sekiranya anda mahu menghentikan penderaan keganasan, sila datang berjumpa doktor untuk mendapatkan kaunseling dan bantuan yang diperlukan.

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Rosnah Ramly
Penyemak : Dr. Stanley CY Lim

 

Artikel Berkaitan

Rogol

Apakah yang dimaksudkan dengan rogol? RAPE IS VIOLENCE Mengikut seksyen

Apa Itu Keganasan

Apakah keganasan? Keganasan boleh ditakrifkan dengan berbagai maksud. Salah satu

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia