A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kejadian Trauma Gigi Kekal

kKecederaan pada gigi dan struktur penyokongnya boleh berlaku apabila kanak-kanak bermain, ataupun apabila berlaku kemalangan. Mengikut kajian, di kalangan kanak-kanak sekolah, ¼ daripada mereka pernah mengalami kecederaan pada gigi kekal. Di kalangan orang dewasa juga ¼ pernah mengalami kecederaan kepada kegigian kekal. (U Glendor, 2008).

Apakah Kecederaan yang Boleh Berlaku?

  • Konkusi
    • Gigi tercedera, tetapi tiada perubahan ketara pada gigi tersebut
    • Rawatan segera tidak diperlukan. Akan tetapi gigi perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan kesihatan gigi.


      Struktur Gigi

  • Subluksasi
    • Impak pada gigi menyebabkannya goyah dan gusi berdarah tetapi gigi masih pada kedudukan asal
  • Luksasi
    • Gigi sudah terganjak akibat kecederaan


      Gigi tertolak ke dalam gusi akibat impak

  • Gigi tercabut (avulsion)
    • Gigi tercabut keluar dari soket (gusi) akibat impak
  • Patah kepala gigi 
    • Bahagian korona gigi patah. Jikalau patah sehingga ternampak bahagian pulpa gigi (hyperlink to Struktur Gigi diatas), anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan segera.
    • Jika korona gigi patah, tetapi tidak melibatkan pulpa gigi, maka anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Ini supaya kesihatan pulpa gigi tidak terjejas akibat patah korona gigi. Gigi yang patah itu juga boleh ditampal.
  • Patah akar gigi
    • Akar gigi (di bawah paras gusi) sudah patah. Gusi mungkin juga berdarah.

Rawatan

Gigi yang Longgar atau Tergerak (Subluksasi dan Luksasi)

Gigi kekal yang sangat longgar atau tergerak dari kedudukan asalnya akibat kecederaan perlu dirawat secepat mungkin oleh doktor gigi. Gigi ini boleh diletakkan balik ke tempat asalnya dan di stabilkan dengan splin.

Kanak-kanak mungkin memerlukan ubat penahan sakit / ubat kebas untuk prosedur ini.

Gigi Patah

Gigi kekal yang patah boleh ditampal supaya nampak cantik semula.

Jika ia patah di paras gusi (iaitu patah akar), maka gigi tersebut mungkin perlu dicabut. Doktor gigi anda perlu mengambil radiograf (x-ray) gigi untuk menentukan prognosis dan rawatan yang terbaik.

Jikalau gigi kekal perlu dicabut, gigi palsu boleh dibuat untuk menggantikannya. Walau bagaimanapun cabutan adalah pilihan terakhir.

Pesakit diberi gigi palsu untuk menggantikan gigi patah yang dicabut.

Rujukan

  1. U Glendor, Epidemiology of traumatic dental injuries – a 12 year review of the literature. Dental Traumatology 2008; 24:603-611

Semakan Akhir : 11 Mei 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Yogeswari a/p Sivapragasam
Akreditor : Dr. Laila bt. Abd. Jalil

Artikel Berkaitan

Amalan Penjagaan Kesihatan Pergigian Bagi Pesakit Kanser Mulut

Lawatilah doktor gigi anda sebelum memulakan  rawatan kanser sebagai persediaan untuk mengelakkan sebarang risiko semasa kemoterapi atau radioterapi dijalankan. Teruskan dengan pengamalan  penjagaan gigi yang baik walaupun rawatan kemoterapi atau radioterapi telah selesai untuk mengelak sebarang risiko penyakit di masa hadapan.

Menghisap Ibu Jari

Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia