A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Remaja
  6. /
  7. Makan Secara Sihat
  8. /
  9. Kekurangan Zat Makanan bagi...

Kekurangan Zat Makanan bagi Remaja

Kenapakah pemakanan penting untuk anda?

  • Anda bukan sahaja matang dari segi fizikal tetapi juga dari segi psikososial dan kognitif.
  • Anda juga mungkin terdedah kepada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akibat :
    • Waktu makan yang tidak teratur dan mengambil makanan ringan.
    • Kerap melangkau waktu makan.
    • Makan di luar seperti di restoran.
    • Mengikuti kaedah diet alternatif tertentu.
  • Oleh itu, anda mungkin mengalami kekurangan zat-zat mikronutrien perlu seperti Zat Besi, Zink, Kalsium, Folat dan Iodin.

Apakah yang menyebabkan berlakunya kekurangan zat makanan?

Kekurangan zat makanan di kalangan remaja boleh berlaku akibat :

  • Pengambilan makanan yang tidak mencukupi.
  • Penyerapan yang tidak baik.
  • Peningkatan keperluan dan kehilangan nutrien.
  • Penggunaan nutrien yang tidak baik oleh badan.
  • Infeksi/jangkitan kuman.
  • Kemiskinan.
  • Pantang larang dalam pengambilan makanan.

Apakah kekurangan zat makanan yang biasa berlaku di kalangan remaja?

Kekurangan zat-zat makanan yang sering berlaku adalah :

Zat Besi
Fungsi zat besi

  • Zat besi adalah penting untuk anda.
  • Ianya amat penting dalam metabolisme tenaga.
  • Zat besi diperlukan untuk membina jisim otot bagi lelaki.
  • Bagi perempuan, penambahan keperluan zat besi sehingga 10% diperlukan akibat kehilangan darah yang berlaku semasa haid dan keperluan yang normal bagi pertumbuhan yang baik.
  • Disebabkan keperluan yang berlainan, maka saranan zat besi yang perlu diambil adalah berbeza antara lelaki dan perempuan.
  • Jumlah zat besi yang diserap oleh tubuh bergantung kepada jumlah penyimpanan zat besi dalam badan, amaun dan jenis zat besi dalam sajian harian mereka. Sila rujuk Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) . (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat maklumat ini.)

Kekurangan zat besi

  • Kekurangan zat besi akan menyebabkan :
    • Aktiviti fizikal terjejas.
    • Gangguan kognitif .
    • Perkembangan mental terjejas.
    • Mengganggu proses kehamilan.
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan berlakunya Anemia .
  • Anemia yang disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh menjejaskan sistem imunisasi tubuh dan mengurangkan sistem pertahanan badan terhadap infeksi. Ia juga akan menjejaskan daya ingatan dan tugasan harian anda.

Sumber

  • Terdapat 2 jenis zat besi dalam makanan iaitu zat besi hem dan zat besi bukan hem.
  • Zat besi hem diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam dan ikan.
  • Zat besi bukan hem boleh diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin dan kekacang.
  • Pilih makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi dalam hidangan harian sihat anda!

Zink
Fungsi Zink

  • Zink merupakan elemen surih dan merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisme badan sebagai komponen penting enzim.
  • Zink turut memainkan peranan yang penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.
  • Keperluan zink boleh diperolehi melalui RNI Malaysia 2005. (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat maklumat ini.)

Kekurangan

  • Kekurangan zink boleh berlaku akibat beberapa mekanisme seperti :
    • Pengambilan yang tidak mencukupi.
    • Penyerapan yang tidak baik.
    • Peningkatan keperluan dan kehilangannya.
    • Penggunaannya yang tidak baik oleh badan.
  • Kekurangan zink boleh memberi kesan kepada sistem imunisasi dan boleh mengganggu perkembangan fizikal seseorang termasuklah perkembangan ciri-ciri seks.

Sumber

  • Sumber makanan yang kaya dengan zat besi ialah daging, ikan, kekacang, legum dan bijirin penuh.
  • Walau bagaimanapun, zink daripada sumber haiwan adalah lebih mudah diserap berbanding sumber tumbuhan.
  • Sumber tumbuhan mengandungi serat dan phytate yang menghalang penyerapan zink oleh usus.

Kandungan zink dalam makanan tertentu

 

Makanan
Kandungan Zink mg/100g
Hati, ginjal (lembu,ayam)
4.2 – 6.1
Daging (lembu, khinzir)
2.9 – 4.7
Ayam, daging
1.8 – 3.0
Makanan laut
0.5 – 5.2
Telur(ayam, itik)
1.1 – 1.4
Hasil tenusu (susu, keju)
0.4 – 3.1
Bijirin
2.9 – 7.8
Kekacang
1.0 – 2.0
Bijirin Penuh
0.5 – 3.2
Bijirin Halus
0.4 – 0.8
Roti (gandum, ragi)
0.9
Tapai
0.7
Ubi-ubian
0.3 – 0.5
Sayur-sayuran
0.1 – 0.8
Buah-buahan
0 – 0.2

 

Nota: DFE = Dietary Folate Equivalent
Sumber: Suitor Baily (2000)
Petikan daripada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005)

Kalsium
Fungsi Kalsium

  • Kalsium merupakan mineral yang penting di dalam badan dan hampir semua (99%) kalsium badan terdapat di tulang. Bahagian lain badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  • Keperluan kalsium adalah tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja.
  • Pengambilan kalsium adalah amat penting kerana penggunaannya adalah tinggi terutamanya semasa pertumbuhan pesat dalam remaja.
  • Oleh itu, kalsium makanan amat diperlukan dalam pertumbuhan remaja bagi mencapai jisim tulang yang baik.
  • Keperluan kalsium diterangkan di dalam RNI Malaysia 2005. (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat maklumat ini).

Kekurangan

  • Pengambilan yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang.
  • Kekurangan kalsium yang teruk akibat pengambilannya yang tidak mencukupi serta penyerapannya yang tidak baik merupakan akibat berlakunya kekurangan jisim tulang dan osteoporosis.

 

Sumber

  • Makanan yang kaya kalsium termasuklah susu, keju, dadih dan legum.
  • Pilih makanan yang mengandungi kalsium tinggi dalam hidangan harian anda!

Kandungan kalsium dalam makanan tertentu

 

Makanan
Saiz Hidangan (g)
Kandungan Kalsium (mg)
Susu (1 gelas yogurt atau 1.5 o.z keju cheddar)
240
300
Kacang, kering
177
50
Brokoli
71
35
Kubis
85
79
Kailan
65
47
Bayam
90
122
Tauhu, soya
126
258

 

 

Nota: DFE =Dietary Folate Equivalent
Sumber: Suitor Baily (2000)
Petikan daripada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005)

Folat
Fungsi Folat

  • Folat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan sel darah putih di tulang dan penting bagi proses kematangan sel darah.
  • Ia penting dalam metabolisma badan kita.
  • Keperluan zink boleh diperolehi melalui RNI Malaysia 2005. (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader melihat maklumat ini).

Kekurangan

  • Kekurangan folat berlaku di kalangan mereka yang tidak mengambil diet yang seimbang. Kekurangannya sering berlaku kepada wanita atau remaja yang mengandung.
  • Kekurangan folat boleh menjejaskan metabolisma badan.
  • Kekurangan folat juga boleh menyebabkan anemia (megaloblastik anemia).

Sumber

  • Folat boleh diperolehi daripada pelbagai jenis makanan terutamanya dalam legume dan sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Pilih makanan yang mengandungi folat dalam hidangan harian anda!

Sumber Folat yang sangat tinggi (100-200g sehari/DFE/Hidangan)

 

Makanan
Saiz Hidangan
Bayam 1 cawan
Okra ½ cawan dimasak
Asparagus ½ cawan dimasak
Kekacang ½ cawan dimasak
Bijirin diperkaya ½ hingga 1 cawan
Hati 1 keping

Sumber Folat yang sangat tinggi (150-100g sehari/DFE/Hidangan)

Makanan
Saiz Hidangan
Kacang merah ½ cawan dimasak
Bijirin bunga matahari 1 oz kering
Emping Jagung 1 oz
Nasi putih ½ cawan dimasak
Oat ½ cawan dimasak
Jagung 1 tongkol
Jus tomato 1 cawan

Sumber Folat yang Sederhana (25-49s/day sehari/DFE/Hidangan)

Makanan
Saiz Hidangan
Roti 1 keping
Anggur 1 cawan
Oren 1 biji sederhana
Bunga kobis 1 cawan
Salad 1 cawan
Kentang 1 biji sederhana
Telur 1 biji
Mentega kacang 2 sudu besar

Sumber Folat yang rendah (25g/day sehari/DFE/Hidangan)

Makanan
Saiz Hidangan
Crackers 5 keping
Oatmeal, cooked, not fortified 1 cawan
Epal 1 biji
Pisang 1 biji
Tomato ½ Cawan
Kacang hijau ½ Cawan
Kobis ½ Cawan
Susu ½ Cawan
Daging, ikan, ayam (tidak termasuk organ dalaman) 3 oz

Iodin
Fungsi iodin

  • Iodin merupakan elemen penting yang diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan anda
  • Ia dihasilkan oleh badan dalam jumlah yang sedikit sahaja iaitu 15-20mg. Oleh itu ia dikenali sebagai elemen surih.
  • Ia disimpan dalam kelenjar tiroid dan digunakan untuk mensintesis hormon tiroid.
  • Iodin diperlukan oleh badan untuk mensintesis hormon tiroid. Hormon tiroid amat diperlukan untuk mensintesis protein dan mengawal aktiviti-aktiviti enzim di otot, otak, buah pinggang dan kelenjar pituitari.
  • Badan kita memerlukan iodin dalam kuantiti yang sedikit sahaja dan keperluan harian iodin kita dapat dilihat melalui RNI Malaysia 2005.

Kekurangan

  • Kekurangan pengambilan iodin dalam makanan mengakibatkan berlakunya masalah mental dan kretinism, terutamanya semasa mengandung.

 

Sumber

  • Iodin dapat diperolehi daripada pelbagai jenis makanan dan minuman.
  • Makanan seperti kerang, ketam, udang, sotong, tiram dan ikan air masin merupakan makanan yang mengandungi sumber iodin yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh didapati daripada telur, daging, susu, produk susu , bijirin dan buah-buahan kering.
  • Pilih makanan yang mengandungi iodin dalam hidangan harian anda!
Kandungan iodin dalam makanan (g/100g)
Makanan
Berat Bersih (100g)
Ikan(air tawar)
30
Ikan(laut)
832
Kerang-kerangan
798
Daging
50
Susu
47
Telur
93
Bijirin
47
Buah-buahan
18
Kekacang
30
Sayur-sayuran
29
Garam iodin *
25 mg/kg

Sumber:FAO/WHO(2000) daripada RNI Malaysia (2005) * Malaysian Food Regulations 1985

 

Semakan akhir : 14 Julai 2008
Penulis : Noor Shafiza bt. Mohamad Nor

Artikel Berkaitan

Diet Bagi Penyakit Hati Berlemak

Pengurusan diet bagi pesakit hati berlemak bergantung kepada punca penyakit tersebut (obesiti, tinggi kolesterol, sindrom metabolik atau pengambilan alkohol berlebihan). Pesakit perlulah mematuhi diet yang ditetapkan untuk mengurangkan lemak dalam tisu hati.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia