A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kemahiran Ibu Bapa terhadap...

Kemahiran Ibu Bapa terhadap Remaja

Download:
altaltaltaltaltalt

Dialog

Emak : Kenapa balik lambat ni?
: Tengok dah pukul berapa sekarang?
: Awak selalu buat saya risau.

Anak: Emak bukannya faham kalau saya bagi tahu mana saya pergi..

Emak : Awak selalu buat emak marah.

Zaman remaja adalah  peralihan dari alam kanak-kanak menuju kedewasaan.

Sudah menjadi lumrah, ibu bapa akan berhadapan dengan perubahan  tingkah laku remaja yang semakin dewasa.

Sebenarnya remaja belasan tahun juga memerlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana kanak-kanak.

Oleh itu,   ibu bapa harus memainkan peranan membentuk kehidupan anak-anak remaja.

Dialog

Emak : Kenapa awak tak pernah dengar kata saya?

Anak : Apa lagi ni mak?

Luangkan masa bersama anak-anak anda dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka.

Dialog

Emak : Nisha, Malam ni mak nak pergi main bowling, kamu nak ikut?

Anak : Tapi mak, saya ada hal lain la malam ni.

Emak : Kamu nak kemana dan kenapa kamu berpakaian begini?

Anak : Saya pakai baju ni kerana saya nak ke parti bersama teman saya.

Emak : Di mana parti tu? Parti untuk apa?
: Kamu mesti balik sebelum pukul 10 malam.

Kongsi pengalaman dalam membina satu perhubungan yang mesra  berasaskan kasih sayang dan kepercayaan.

Rakan-rakan mempunyai pengaruh yang kuat antara satu sama lain, oleh itu adalah penting bagi kita untuk mengenali siapa kawan-kawan dan ibu bapa mereka. Galakkan anak-anak remaja anda  bergaul dengan kawan-kawan yang melakukan aktiviti sihat dan bermanfaat.

Dialog

Guru : Nama siapa?

Jerry : Jerry.

Guru : Nak belajar hari ni ya, ada bawa gitar tak?

Berikan anak-anak anda peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri.  Jika mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara-cara untuk memperbaiki diri; jangan mengkritik. Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik.

Dialog

Anak : Mama saya nak cuba baju yang ini.

Emak : ok pergi cuba baju tu.

Sebagai ibu bapa, kita perlu membuat peraturan yang jelas mengenai apa yang boleh mereka lakukan dan terangkan kenapa peraturan ini penting.   Dengan cara ini boleh membantu mereka membuat pertimbangan sendiri.

Dialog

Emak : Awak tahu tak pukul berapa sekarang?

Anak : Masih awal lagi emak.

Emak : Sudah pukul 11.30 malam awak ingat siang lagi ke?

Tetap dan tegas dalam peraturan supaya mereka tidak ambil mudah dengan  apa yang ditetapkan.  Jika tidak mereka akan mencari alasan untuk tidak dihukum.

Dialog

Emak : Kenapa awak ni susah sangat?

Jika menghukum, terangkan kepada mereka apa kesalahan yang telah dibuat.  Jadi  mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

Perlu diingatkan mungkin mereka akan membantah. Namun ianya bersifat sementara.

Jika  mereka melakukan kebaikan, beri mereka motivasi dengan menghargai apa yang telah mereka lakukan.  Ini boleh menaikkan lagi semangat dan dihargai.

Dialog

Guru : Wah bagus jerry permainan awak semakin baik.
: Tengok anak awak dah boleh main gitar.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengawasi sikap baik ini supaya tidak dipergunakan demi kepentingan mereka pula.

Adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menapis bahan-bahan media khususnya daripada internet yang sampai kepada anak-anak anda.

Remaja  juga memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan. Bantu mereka memahami perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media atau Internet.

Perlu diingat,  remaja perlu dilatih untuk mematuhi peraturan.  Sebab dengan cara ini menunjukkan anda mengambil berat dan sayangkan mereka.

Ibu bapa hendaklah proaktif dalam mengubah persekitaran anak-anak mereka agar menjadi lebih kondusif  untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

K
Kanta Lekap

Kaedah Mengurangkan Kesakitan Arthritis dan Bengkak

Kemahiran Berunding

Kemahiran Ibu Bapa terhadap Kanak-kanak

Kemahiran Ibu Bapa terhadap Remaja

Artikel Berkaitan

Antacid

What is antacid? Antacids are medicines used in reducing stomach

Q

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,828

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia