A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kemahiran Sosial

Apakah kemahiran sosial?

Kemahiran yang membantu anda menjalin
hubungan sosial yang lebih baik seperti

  • Membina persahabatan
  • Berbual dengan orang lain
  • Mempunyai budi pekerti yang baik
  • Mempunyai rasa empati terhadap
  • orang lain

Hubungan baik bererti memudahkan kehidupan
anda.

Kemahiran hidup di bilik darjah

Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah. Ini termasuklah:

  • Mendengar dan mematuhi arahan
  • Berkelakuan sopan dan menghindari gangguan
  • Meminta bantuan
  • Memberi sumbangan dalam perbincangan
  • Membuat keputusan
  • Pengendalian konflik
  • Membina kemahiran akademik
  • Melaksanakan kewajipan
  • Bertanggungjawab atas tingkah laku anda

Menghadapi perasaan

Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan anda sendiri. Ini termasuklah:

  • Mengetahui perasaan anda
  • Meluahkan perasaan anda
  • Memahami perasaan orang lain
  • Menguruskan kemarahan anda
  • Mengatasi perasaan takut dan malu
  • Menghargai diri anda

Menjadi asertif

Asertif dapat membantu anda dan menyatakan pandangan anda secara jelas dan tidak agresif.

  • Meluahkan pemikiran, perasaan, permintaan dengan jelas, apa yang anda kehendaki

Tip untuk menjadi asertif:

  • Menunjukkan kemesraan
  • Menggunakan hubungan mata yang baik
  • Bercakaplah dengan tenang dan jelas
  • Membuat permohonan secara terus dan jelas
    • Contoh : “Tolong buatkan ini untuk saya…”
  • Elak menggunakan soalan sebagai arahan (membuat orang lain berkata “tidak”)
    • Contoh : “Bolehkah anda tolong….?” sebaliknya “Sudikah anda …?” atau “Adakah anda rasa anda boleh …?”
  • Luahkan perasaan dan fikiran dengan empati
  • Katakan “tidak” kepada apa yang anda tidak ingini
  • Tumpukan perhatian dengan apa yang ingin diubah
  • Elakkan menuduh dan menyalahkan orang lain
  • Beri maklum balas dengan tenang dan rasa hormat
  • Jangan bersangka buruk
  • Gunakan ayat “saya” berbanding ayat “awak”
    • Contoh:”Saya merasa tersinggung apabila anda memeriksa barang kepunyaan saya tanpa izin”, berbanding “Awak membuat saya marah bila masuk ke bilik saya dan menyelongkar barang saya tanpa izin”
  • Ulangi pandangan anda, dengan nada yang rendah dan menyenangkan

Berinteraksi secara positif

  • Ambil inisiatif untuk membantu orang lain
  • Mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima
  • Dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak
  • Belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan
  • Berkongsi bahan/permainan

Pengendalian konflik

Mengetahui cara menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih baik.
Strategi pengendalian konflik:

  • Kawal emosi anda – Lihat Ketenangan
  • Jauhkan diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda
  • Luahkan perasaan anda secara asertif
  • Kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab? Sekiranya perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan konflik dan memikirkan cara dan merancang strategi untuk menyelesaikannya
  • Bertanya kepada orang tersebut sama ada dia mempunyai masa untuk berbincang
  • Beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya : Saya sangat sedih ketika ini)
  • Dengar. Dengar. Dengar. Benarkan orang itu memberi maklum balas
  • Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut
  • Teruskan untuk berbincang dengan tenang
  • Sekiranya konflik itu tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin bertambah, beritahu orang itu yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan tentang hal tersebut kemudian
Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Hjh. Mormah Che Din
Penyemak : Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir

 

Artikel Berkaitan

Penyakit Radangan Pelvik (PID)

Apa itu Penyakit Radangan Pelvik? Ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang progresif berlaku pada tiub falopian, rahim, servik dan / atau ovari. Kebanyakan remaja perempuan mengalami PID dari jangkitan seksual (STIs).

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia