A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Kesihatan Mental
  8. /
  9. Kemahiran Sosial Untuk Pesakit...

Kemahiran Sosial Untuk Pesakit Psikiatrik

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat.

Pengenalan

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Ianya merujuk sebagai  keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain.

           Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu :

  • kemahiran berkomunikasi,
  • kemahiran asertif,
  • kemahiran bergaul,
  • kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Masalah Sosial

Dikalangan pesakit Psikiatrik, kemerosotan dalam kemahiran sosial merupakan masalah yang besar dimana gejala ini bukan sahaja menganggu kehidupan pesakit malah melibatkan kenalan,keluarga dan masyarakat sekeliling.Tingkah laku dan perlakuan yang tidak sesuai yang ditunjuk oleh pesakit boleh menyebabkan mereka dianggap menganggu ketenteraman dan bahaya.Ini akan menguatkan stigma dalam masyarakat dan memberi kesan negatif samada pada pesakit dan rawatan psikososial pesakit sendiri.

                Pesakit Psikiatrik yang mengalami kekurangan skill bersosial akan mengalami masalah dalam membina jaringan persahahabatan dan kenalan dan ini boleh menyebabkan mereka tersish dari keluarga dan masyarakat. Perkara ini boleh menyebabkan emosi pesakit lebih tertekan.Masalah ini juga boleh menyukarkan pesakit dalam usaha mereka mencari pekerjaan atau kekal dalam pekerjaan yang sedia ada.Ini akan mengakibatkan pesakit kurang keyakinan diri sewaktu berhadapan dengan rakan sekerja  dan majikan mereka.Keadaan ini akan menyebabkan penyakit mental yang dihadapi semakin teruk .

Latihan Kemahiran Skill Sosial

Tujuan utama latihan skill sosial ini adalah untuk melatih dan mengajar pesakit berkaitan perlakuan mereka secara verbal atau non-verbal yang melibatkan interaksi sosial. Ramai pesakit Psikiatrik tidak pernah dibimbing tentang skill interpersonal seperti kaedah bertanya soalan kepada orang lain,atau meluahkan perasaan atau pandangan personalnya.dan mengadakan  ‘eye contact’ semasa bercakap dengan orang lain.

Terdapat  empat latihan skill sosial asas yang perlu diberi perhatian iaitu :

  1. latihan skill kemahiran mendengar
  2. kemahihan meminta sesuatu
  3. kemahiran meluahkan perasaan dengan cara positif
  4. kemahiran meluahkan perasaan negative pada orang lain .

  Matlamat terapi  ini  ialah apabila skill sosial seseorang itu semakin baik atau berjaya mengubah kelakuan yang tertentu, ianya akan dapat meningkatkan harga diri pesakit dan meningkatkan kebarangkalian orang lain untuk bertindakbalas dengan lebih baik.

Teknik Latihan Kemahiran Sosial biasanya bermula dengan;

  1. Memecahkan perlakuan sosial yang kompleks kepada bahagian – bahagian kecil. seterusnya ianya disusun mengikut tahap kesukaran dan secara beransur-ansur diperkenalkan kepada pesakit, Contohnya terapis yang membantu pesakit mempelajari untuk bergaul dalam majlis akan menyediakan senarai perlakuan khusus dalam situasi tersebut seperti sessi perkenalkan diri, memulakan percakapan dengan orang lain, bagaimana untuk memberi respon. dan lain-lain.
  1. Role play / Lakonan dimana pesakit di berikan peranan dalam satu situasi sosial . Pesakit akan diminta berkomunikasi dan berinteraksi dengan cara melakonkan watak . Antara perkara yang diperhatikan ialah bahasa badan ,penggunaan nada suara, penggunaan bahasa  dan lain-lain lagi. Selepas melakonkan rerapi / ahli kumpulan akan  bersama – sama berbincang tentang kaedah yang betul dalam perlakuan dan cara interaksi yang diterima dalam situasi sebenar.
  1. Teknik Modeling – Dengan menggunakan teknik Modeling, terapi atau ahli keluarga akan memberikan contoh penggunaan skill sosial yang langsung pada pesakit.Ini termasuklah cara bertanya yang betul ,penggunaan bahasa dan nada suara yang sesuai apabila berbicara dan sebagainya.
  1. Memberi ganjaran sosial kepada pralukuan yang diinginkan atau yang digalakkan .

Tips untuk keluarga

Adalah penting untuk ahli keluarga memberikan perhatian dan sentiasa menganggap pesakit mental adalah sebahagian dari mereka. Mereka perlu memastikan pesakit sentiasa dilibatkan dalam aktiviti di rumah dan masyarakat seperti menghadiri majlis keramaian, aktiviti gotong royong dan sebagainya.Ini  akan dapat memberikan pesakit pengalaman  di dalam pergaulan dan secara tidak langsung mengurangkan stigma.

Pesakit boleh diberikan peranan tertentu dalam melaksanakan tugas-tugas di rumah.Contohnya membelikan barangan di pasar,membayar bil rumah dan sebagainya .Kaedah ini biasanya akan dapat mengalakkan pesakit berinteraksi dengan orang lain dan meningkatkan harga diri mereka. Ahli keluarga boleh diberikan bimbingan oleh pihak hospital tentang kaedah membantu pesakit dalam melatih mereka dalam kemahiran sosial melalui sesi psychoeducation .Mereka boleh mendapatkan bimbingan dan modul melalui terapis ataupun pengurus kes yang bertauliah. Latihan di rumah boleh dilakukan dalam dalam keadaan santai dan selesa seperti adab semasa makan bersama, membantu menyiapkan makanan,berkebun dan sebagainya.

Ahli keluarga boleh diberikan bertindak sebagai pembimbing oleh pihak hospital tentang kaedah membantu pesakit dalam kemahiran sosial melalui sesi kaunseling dan terapi keluarga. Sokongan yang diberikan boleh dalam bentuk galakan untuk pesakit bekerja, sentiasa berkomunikasi dengan pesakit, sentiasa memahami keadaan pesakit.

     Secara ringkasnya Kemahiran Sosial memainkan peranan yang penting dalam  membantu pesakit mental berinteraksi di dalam kehidupan dalam masyarakat.dan pesakit yang menghadapi masalah ini boleh dibantu dengan terapi yang khusus serta sokongan daripada  keluarga serta masyarakat.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Mohd Farizal Bin Jaafar
Akreditor : Premalatha A/P Sundram
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

Mengurus Sakit Kronik Melalui Teknik Relaksasi

Teknik pernafasan yang dalam adalah kaedah yang berkesan mengawal kesakitan kerana ia membebaskan ketegangan otot, menenangkan fikiran dan membolehkan otak untuk tidak terlalu memberi tumpuan kepada kesakitan.

Apa Itu Splint?

Splint adalah sejenis alat yang digunakan untuk menyokong anggota badan yang patah atau terseliuh yang boleh mengurangkan risiko kecederaan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia