A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kecederaan
  6. /
  7. Kembali Bekerja selepas Kecederaan

Kembali Bekerja selepas Kecederaan

Pemulihan Perubatan (Carakerja) akan menilai keupayaan fizikal klien menggunakan alat-alat khusus dan menyeluruh. Ini termasuk penilaian julat pergerakan badan, toleransi semasa duduk yang statik, sensasi tangan dan ketangkasan tangan, kekuatan mengangkat dan menolak, ketahanan fizikal, emosi dan fungsi kognitif.

Pengenalan

Seperti yang diketahui umum pekerjaan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. American Occupational Therapy Association mengklasifikasikan pekerjaan sama ada yang berbayar atau tidak berbayar menyumbang ke arah kepentingan masyarakat. Aktiviti tersebut biasanya melibatkan elemen seperti kemahiran bekerja, keupayaan fizikal dan juga tingkah laku (Jacobs et al.,1992). Jastrebowski (1857) ada menyatakan bahawa aktiviti pekerjaan adalah satu kehidupan dan seseorang yang tidak menyukai kerjanya adalah seperti tidak mempunyai kehidupan.

Mengapakah pekerjaan penting kepada manusia?

Pekerjaan adalah kunci pembentukan peribadi dan identiti seseorang (Christiansen CH 1999). Selain itu menurut Raven, M (1999), 30% daripada hasil pendapatan adalah bagi perbelanjan bil – bil yang mencerminkan kehormatan diri.

Banyak orang merasakan diri mereka sebagai ‘pesakit’ setelah terlibat dalam kecederaan atau penyakit. Mereka hanya merehatkan diri, mengambil ubat-ubatan dan hanya melakukan aktiviti senaman asas. Oleh itu, adalah penting untuk membantu mereka meneruskan peranan diri, termasuk peranan sebagai seorang pekerja. Dengan meneruskan peranan sebagai seorang pekerja, ia menyumbang kepada keyakinan diri dan meningkatkan persepsi diri sebagai seorang rakyat yang produktif dalam masyarakat selain mencegah kesan kemerosotan fizikal badan dan psikososial negatif akibat pengangguran. (Kaskutas V, Snodgrass J., 2009)

Apakah kepentingan kembali bekerja selepas kecederaan kepada Pemulihan Perubatan (Carakerja)?

Matlamat Pemulihan Perubatan (Carakerja) adalah untuk membolehkan seseorang individu untuk berdikari dalam aktiviti kehidupan seharian termasuk aktiviti pekerjaan. Seperti yang dipetik dari Velerie et al (2002), Pemulihan Perubatan (Carakerja) mempunyai kemahiran latar belakang yang kukuh dalam pengetahuan fisiologi, biomekanik, psikososial dan tingkah laku manusia yang membolehkan klien untuk kembali kepada aktiviti pekerjaan.

Objektif utama Pemulihan Perubatan (Carakerja) dalam pemulihan pekerjaan adalah untuk meningkatan kefungsian klien dalam semua konteks kehidupan termasuk keupayaan fizikal, emosi, sosial, kognitif dan dimensi komunikasi. (Rice V.J dan LusterS,2002).

Apakah faktor risiko berkaitan pekerjaan?

Terdapat banyak faktor risiko pekerjaan seperti di bawah:

Gambar Rajah 1: Faktor Risiko Kecederaan

 

Apakah criteria pemilihan pesakit bagi program kembali bekerja selepas kecederaan?

Program ini adalah khusus secara individu dan memerlukan proses pemilihan pesakit yang teliti. Kriteria pemilihan pesakit adalah seperti berikut :

  • Klien mesti mempunyai tahap keberdikarian yang baik dalam aktiviti kehidupan harian.

  • Klien tidak mempunyai masalah medikal yang serius seperti sawan.

  • Klien mempunyai masalah fizikal yang menghalangnya untuk kembali bekerja.

  • Klien bersetuju untuk mengambil bahagian dalam program ini.

  • Klien mesti mempunyai potensi untuk kembali bekerja.

Apakah proses yang terlibat dalam program kembali bekerja selepas kecederaan?

Satu proses yang sistematik dikenali sebagai Functional Capacity Evaluation (FCE) telah digunakan untuk menilai keupayaan fungsi fizikal dan psikologi pesakit yang diperlukan dalam persekitaran kerja. Keupayaan ini adalah seperti fizikal, kognitif, emosi dan kebolehan komunikasi.

Dua kategori penilaian merangkumi penilaian fizikal dan penilaian khusus aktiviti pekerjaan pesakit.

Apakah penilaian fizikal?

Pemulihan Perubatan (Carakerja) akan menilai keupayaan fizikal klien menggunakan alat-alat khusus dan menyeluruh. Ini termasuk penilaian julat pergerakan badan, toleransi semasa duduk yang statik, sensasi tangan dan ketangkasan tangan, kekuatan mengangkat dan menolak, ketahanan fizikal, emosi dan fungsi kognitif. Antara ujian lifting dan ujian endurance adalah seperti di bawah :

Gambar Rajah 2: Jenis Ujian Lifting
Gambar Rajah 3: Jenis Ujian Endurance

 

Apakah penilaian khusus aktiviti pekerjaan?

Pemulihan Perubatan (Carakerja) akan membandingkan kebolehan fizikal dan kognitif pesakit dengan prestasi kerja sebenar untuk menentukan tahap kemampuannya. Di sini, lawatan kerja diperlukan untuk mendapatkan analisis yang menyeluruh berkenaan tugas kerja klien. Pemulihan Perubatan (Carakerja) akan melakukan work visit ke persekitaran kerja sebenar klien seperti di pejabat, kilang, kedai dan lain-lain tempat. Beberapa contoh aktiviti work visit adalah seperti berikut :

Gambar Rajah 4: Work visit ke Kilang bagi kes Amputasi Kaki
Gambar Rajah 5: Work visit ke Pejabat bagi kes Kepatahan Tulang Pinggul
Gambar Rajah 6: Penilaian Pemanduan terhadap kes pemandu lori yang mempunyai Kepatahan Jari

Apakah cadangan yang dikeluarkan olah Pemulihan Perubatan (Carakerja) untuk pesakit kembali bekerja?

Terdapat tiga jenis cadangan :

  1. Cadangan pertama adalah, klien boleh kembali bekerja sepenuhnya atau secara terhad. Pemulihan Perubatan (Carakerja) akan menentukan parameter berdasarkan keputusan data ujian. Ini termasuk apa yang klien boleh lakukan dan tidak boleh lakukan.

  2. Cadangan kedua, klien masih tidak bersedia untuk bekerja dan mungkin memerlukan latihan kerja dan pendidikan berterusan di Unit Pemulihan Carakerja.

  3. Cadangan yang ketiga adalah klien tidak berpotensi untuk kembali bekerja pekerjaan asal dan memerlukan pencarian pekerjaan baru mengikut keadaan beliau. Contoh kecederaan adalah tulang belakang yang menyebabkan klien lumpuh anggota badan.

Contoh kes yang telah dikendalikan oleh Pemulihan Perubatan (Carakerja). Klien bekerja sebagai juruteknik dan mengalami masalah penyakit strok. Berikut adalah stesen kerja beliau seperti di gambarajah :

Gambar Rajah 7: Work Station Klient

Penerangan kerja beliau :

Aktiviti pekerjaan jurutera melibatkan aktiviti membaiki dan menyengelara peralatan elektronik yang memerlukan fleksibiliti kedua tangan selain kefungsian dan stamina badan yang baik.

Selepas mengalami strok, Mr A mengalami kelemahan sebelah kanan di mana beliau tidak dapat berfungsi dalam beberapa kategori seperti: Mid Lift, Low Lift, and Full Lift dengan menggunakan kedua tangan dan kemampuan koordinasi motor halus. Walau bagaimana pun, Mr. A boleh kembali kepada pekerjaan dengan modifikasi pada aktiviti pekerjaan asal. Justeru itu, work visit adalah penting bagi mendapatkan analisa komprehensif aktiviti pekerjaan yang sesuai dengan kefungsian semasa klien.

Semasa lawatan kerja, Pemulihan Perubatan (Carakerja) berbincang bersama pihak majikan untuk menerokai dan menganalisa aktiviti pekerjaan sesuai dengan kefungsian semasa klien. Dalam kes ini, klien  dicadangkan untuk modifikasi aktiviti kerja baru iaitu – cop kotak menggunakan sebelah tangan (tangan kiri) dalam keadaan duduk seperti gambar rajah di bawah. Beliau juga dinasihatkan untuk melakukan aktiviti kerja dengan postur badan yang betul bersama senaman regangan dan rehat seperti yang disarankan.

Gambar Rajah 8: Work Station Baru Klien

Adakah majikan pesakit akan mendapat laporan selepas lawatan Pemulihan Carakerja?

Sebelum penilaian yang komprehensif dan work visit dilakukan oleh Pemulihan Perubatan (Carakerja), kebenaran bertulis akan ditandatangani oleh klien. Surat kebenaran ini penting bagi Pemulihan Perubatan (Carakerja) untuk mendedahkan keadaan perubatan klien kepada majikan mereka.

Apa yang berlaku jika pesakit menganggur?

Pemulihan Perubatan (Carakerja) hanya terlibat dengan klien bekerja dan rawatan dilaksanakan di dalam tempoh cuti sakit mereka. Untuk pesakit menganggur mereka boleh mendapatkan bantuan untuk mencari kerja daripada Job Coach Network Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tingkat 6, No 55, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya. Nombor telefon: di 03-83231000.

Rujukan

  1. Christiansen C.H (1999). Defining lives: Occupation as identity: American Journal of Occupational Therapy, 52,547 – 558

  2. Ellexson, M. (2000). American Occupational Therapy Association. (2011). Occupational therapy services in facilitating work performance. American Journal of Occupational Therapy, 65, S55–S64. doi: 10.5014/ajot.2011.65S55

  3. Jacobs et.al. (1992), American Occupational Therapy Association (AOTA)

  4. Jastrebowski, W (1987). An Outline of Ergonomics or the Science of Work Based Upon the Truths Drawn From the Science of Nature. Warsaw: Central Institute of Labor Protection. 1997. T Baluk-Ulewiczowa (trans)

  5. Kaskutas V, Snodgrass J. (2009). Occupational Therapy Practice Guidelines For Individuals With Work-Related Injuries And Illnesses. American Occupational Therapy Association (AOTA)

  6. Raven, M. (1999). http://www.artrns.com/rmsgsed/3rd.htm

  7. Valerie J. Rice and Stephen Luster (2002). Occupational Therapy for Physical Dysfunction

 

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Zurlina bt Mahmood
Penyemak : Tan Foo Lan

 

Artikel Berkaitan

Meningoencephalitis

Encephalitis adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak, yang menyebabkan kegagalan fungsi otak. Meningoencephalitis pula adalah juga satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak dan selaput otak (meninges)

Kenapa Perlu Melaporkan Penyakit Berjangkit

Penyakit berjangkit merupakan satu masalah Kesihatan Awam di Malaysia. Kejadian penyakit berjangkit  perlu dilaporkan bagi mencegah penyakit tersebut daripada merebak dan mengawal penyakit  berjangkit itu daripada melarat sehingga menjadi wabak penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia