Utusan Malaysia Jumaat, 24/06/2011 Kementerian batal pendaftaran tiga produk ubat tradisional KUALA LUMPUR 23 Jun – Tiga produk ubat tradisional dibatalkan pendaftarannya setelah dikesan mengandungi bahan campuran palsu yang tidak dibenarkan. Produk tersebut adalah Mistura Zhike keluaran Guangzhou Pangaoshou Pharmaceutical Co. Ltd kerana mengandungi Ephedrine dan pseudoephedrine serta Chi Kat Pills keluaran Nature Pack Enterprise kerana mengandungi Ephederine. Satu lagi produk adalah Herbaios-Zuekertec Capsule keluaran Sinar Aman Pharmaceutical (M) Sdn. Bhd. Yang disahkan mengandungi Glibenclamide dan Metformin. Pegawai Unit komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan, Nur Shakinah Ab. Karem dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pendaftaran produk-produk berkenaan dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam mesyuaratnya pada 26 Mei lepas berikutan pengesanan bahan racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam ubat tradisional. “Ephderine adalah bahan organik yang boleh membawa kesan yang serius sehingga boleh menyebabkan strok jika digunakan secara berlarutan. Metformin pula menyebabkan penurunan mendadak paras gula dalam darah dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan sawan,” jelasnya. Katanya, orang awam yang menggunakan ubat tradisional itu diminta menghentikan penggunaannya serta-merta manakala mereka yang mempunyai stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan dan pengedarannya.
|
{module berita:news} |
Pemeriksaan Mulut Sendiri
Download: Pemeriksaan mulut sendiri boleh membantu pengesanan awal kanser mulut,