ā€“A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Kepentingan Kaunseling Dalam IVF

Kepentingan Kaunseling Dalam IVF

Pengenalan

Ketidaksuburan adalah salah satu pengalaman yang paling memberi tekanan kepada sesiapa yang melaluinya dalam kehidupan. Apabila anda memulakan rawatan kesuburan dengan bantuan teknologi (ART), anda mungkin mengalami tekanan yang berbeza daripada kegembiraan dan keseronokan kepada kesedihan dan kekecewaan. Ia boleh menyebabkan emosi terganggu dan mencabar.

Kaunseling bertanggungjawab dalam memberi sokongan dan penjelasan matlamat hidup. Oleh itu Definisi kaunseling memberi tumpuan kepada konteks sokongan, nasihat dan bimbingan dan bukan sahaja sebagai pemangkin untuk perubahan berlaku (Applegarth, 1999, ms. 89).

Tujuan/ Objektif

  1. Untuk meneroka, memahami dan menyelesaikan isu-isu yang timbul dalam kemandulan dan ketidaksuburan rawatan dan bagi menjelaskan cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan lebih berkesan.
  2. Mempertimbangkan keperluan pesakit dan sesiapa yang mungkin terjejas dalam proses rawatan dan keputusan-keputusan yang perlu dibuat.
  3. Bersedia untuk melakukan rawatan kesuburan, dan meneroka pilihan dan implikasi apabila membuat keputusan tentang memulakan, mengubah atau menghentikan rawatan.
  4. Berinteraksi dengan kesan tekanan dalam rawatan.
  5. Menyelami mengenai isu-isu yang berkaitan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan atau yang boleh menjejaskan rawatan anda.
  6. Menghadapi dengan kitaran rawatan yang tidak berjaya atau kegagalan untuk hamil.
  7. Mengatur strategi dalam menghadapi orang lain yang mengalami kehamilan, kelahiran dan anak-anak orang lain.
  8. Berurusan dengan reaksi keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja.
  9. Menerokai langkah- langkah untuk membantu pesakit berasa dapat mengawal diri.
  10. Mengurus kebimbangan kehamilan dan persediaan untuk menjadi ibu bapa.

Kepentingan Kaunseling Dalam IVF

A. Sebelum Melakukan Rawatan IVF :

  • Apabila ketidaksuburan berlaku dalam hidup anda

    Sekiranya kemandulan telah wujud dalam hidup anda, anda boleh mempertimbangkan kaunseling.

  • Apabila ketidaksuburan merosakkan hubungan rumah tangga anda

    Ketidaksuburan adalah sukar, tetapi ia adalah lebih sukar jika anda tidak mendapat sokongan daripada pasangan anda. Kadang-kadang, pasangan anda adalah satu-satunya yang benar-benar dapat memahami apa yang anda akan lalui. Kaunseling boleh membantu anda lebih memahami dan menyokong antara satu sama lain dalam menghadapi masalah ini.

  • Tidak tahu apa tindakan yang perlu dilakukan

    Kaunselor boleh membantu anda membuat pilihan yang betul, dan membantu anda dalam mempertimbangkan pilihan rawatan, termasuk tekanan kewangan dan emosi.

  • Mengambil langkah pertama ke arah rawatan kemandulan (siasatan dalam masalah kemandulan)

    Pasangan memerlukan sifat keberanian untuk berjumpa doktor untuk membuat siasatan dalam masalah kemandulan. Pertanyaan doktor tentang aspek-aspek yang mendalam tentang hubungan anda boleh memberi tekanan. Penjagaan dan kemahiran perlu diambil dan penerangan tujuan ujian adalah penting.

  • Menunggu keputusan ujian siasatan kemandulan

    Doktor akan membuat siasatan awal untuk mengetahui punca kemungkinan dalam masalah kemandulan. Sementara menunggu keputusan ujian ini, anda mungkin berasa sangat tegang dan takut. Keputusan ujian boleh mendedahkan masalah kesuburan ketara seperti tiada langsung sperma dalam air mani, yang boleh membuat anda terkejut, dan tidak dapat memahami fakta-fakta yang yang disampaikan kepada anda. Walau bagaimanapun, tidak semua berlaku kes seperti itu, kadang-kadang semua keputusan ujian adalah normal.

  • Persediaan untuk membuat keputusan

    Adalah penting untuk menjangka keputusan yang mungkin berlaku semasa IVF dan membincangkan pilihan anda terlebih dahulu. Kadang-kadang keputusan ini mungkin mempunyai implikasi moral dan agama yang anda perlu untuk pertimbang dan bincangkan. Anda akan perlu untuk membuat keputusan, bersama-sama dengan doktor anda, berapa banyak embrio akan dipindahkan sambil memaksimumkan peluang anda untuk mengandung dan meminimumkan kemungkinan kembar. Anda juga akan perlu memutuskan apa yang anda akan lakukan dengan telur tambahan dan / atau embrio, iaitu pembekuan, dan melupuskan.

B. Semasa Melakukan Rawatan IVF:

  • Kewangan

    Pasangan juga mungkin mengalami masalah daripada segi kewangan. Hal ini kerana membayar kos yang tinggi untuk membuat rawatan IVF dengan kebarangkalian untuk berjaya hamil adalah agak terhad.

  • Semasa ā€˜stimulasiā€ IVF

    Wanita ini akan mengambil ubat-ubatan yang merangsang dan mematangkan telur sebanyak yang mungkin semasa kitaran. Jadi, mereka perlu melakukan beberapa perkara seperti suntikan hormon yang diperlukan dan melakukan suntikan sendiri setiap hari. Keadaan ini secara automatik menjadikan mereka berasa begitu tekanan. Sebahagian daripada mereka, tindak balas oosit akan lambat jadi mereka memerlukan kuantiti ubat yang lebih tinggi untuk meningkatkan bilangan telur yang matang. Selain itu, berurusan dengan kakitangan perubatan dan dengan kesan-kesan sampingan seperti hot flashes, sakit kepala dan mood yang tidak stabil.

C. Selepas Melakukan Rawatan IVF:

  • Menunggu keputusan ujian kehamilan

    Penyelidikan telah menunjukkan bahawa tekanan seperti menunggu untuk mendengar keputusan pemindahan embrio adalah yang paling memberi kesan, diikuti dengan menunggu untuk mendengar sama ada persenyawaan telah berlaku, dan kemudian peringkat mendapatkan telur. Penantian dalam tempoh 10-14 hari antara pemindahan dan menerima keputusan ujian kehamilan sering digambarkan sebagai tempoh yang paling sukar. Anda perlu berfikir tentang bagaimana untuk mengisi masa anda pada masa ini.

  • Menerima keputusan

    Ia adalah mudah jika rawatan berjaya dan anda telah hamil. Walau bagaimanapun, anda juga harus faham bahawa jika anda tidak berjaya mencapai kehamilan, anda tidak boleh lari daripada kesedihan, kehilangan dan kekecewaan yang merupakan sebahagian daripada proses rawatan ini.

  • Keinginan untuk mengambil anak angkat

    Mendapatkan rundingan kaunseling mengenai pengambilan anak angkat untuk membina sebuah keluarga.

  • Hidup dalam keadaan ā€˜Childfreeā€

    Sama ada ia datang selepas rawatan, atau awal dengan kesedaran bahawa pilihan yang ada tidak sesuai untuk anda, menyedari bahawa anda tidak akan mempunyai anak adalah amat sukar. Bagi sesetengah orang, kaunseling boleh membantu untuk memberikan kesedaran ini dan menerima dengan hati terbuka.

  • Anda memerlukan lebih sokongan

    Mungkin anda tidak berasa tertekan atau cemas, dan anda tidak termasuk dalam mana-mana kumpulan di atas. Tetapi anda rasa seperti anda memerlukan lebih banyak sokongan dan seseorang untuk berkongsi cerita. Kaunseling boleh menjadi pilihan yang baik untuk anda juga.

Kaedah

Langkah 1 : Pengenalan dan permulaan dalam mewujudkan hubungan yang stabil.

Ini adalah permulaan untuk mewujudkan hubungan kognitif dan emosi yang menjadi asas dalam membina hubungan. Kaunselor itu membina hubungan peribadi dengan memperkenalkan diri kepada semua orang dan memahami pesakit sebagai individu dengan keperluan dan ciri-ciri yang unik.

Langkah 2 : Penilaian masalah dan pemantauan

Kaunselor itu boleh mendapat dan mengumpulkan maklumat tentang semua masalah pesakit yang berkaitan dengan keinginan yang tidak kesampaian untuk mendapatkan anak. Kaunselor perlu mendapatkan maklumat tentang latar belakang, sejarah dan akibat masalah ini dan juga teori-teori subjektif pesakit tentang apa yang menyebabkan masalah. Soal selidik juga boleh membantu penilaian bagi risiko psikososial seperti kemurungan, konflik yang teruk daripada pesakit, pengasingan sosial, dan gangguan personaliti.

Langkah 3 : Penjelasan tentang masalah definisi dan rundingan tentang objektif dan keutamaan

Objektif pesakit boleh dijelaskan dan keutamaan ditetapkan. Pesakit-pesakit mendapatkan maklumat mengenai rawatan dan masalah kemandulan. Pada peringkat ini adalah penting bagi kaunselor untuk memberi maklumat tentang pengetahuan am mengenai kemandulan dan rawatan. Seorang pesakit biasanya mampu menyerap maksimum tiga perkara utama dalam satu perbincangan. Buku kecil, video dan bahan-bahan lain boleh membantu untuk memastikan maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

Langkah 4 : Pertukaran hipotesis dan membuat keputusan mengenai prosedur diagnostik

Kaunselor itu memberikan maklumat kepada pesakit mengenai kemungkinan punca kemandulan dan prosedur diagnostik mungkin merujuk kepada sebab-sebab ini. Kaunselor dan pesakit akan membuat keputusan mengenai prosedur diagnostik yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Langkah 5 : Siasatan, prosedur diagnostik

Siasatan yang dilakukan dapat menyediakan maklumat khusus untuk kaunselor tentang sebab-sebab atau faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah kemandulan (biologi, psikologi, faktor-faktor sosial). Siasatan membolehkan kaunselor untuk menghuraikan rancangan penyelesaian masalah. Prosedur diagnostik membenarkan pesakit untuk menjadi pakar dalam prosedur kemandulan dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah kemandulan mereka.

Kaunselor itu perlu menjelaskan dengan tepat dan dengan cara yang pesakit boleh fahami apa yang akan dilakukan, serta hasil yang mungkin. Peralatan bantuan seperti carta, gambar rajah dan bahan bertulis juga boleh membantu.

Langkah 6 : Maklumat yang diperlukan ketika memberi keputusan

Langkah 7 : Penjelasan pilihan untuk menyelesaikan masalah kemandulan

Langkah 8 : Membuat keputusan mengenai pilihan tertentu

Langkah 9 : Prosedur rawatan

Langkah 10 : Penilaian hasil

Kesimpulan

  1. Kaunselor memberi sokongan emosi dan pemahaman kepada pesakit.
  2. Pesakit dapat memahami pengalaman mereka sendiri dan meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk membuat keputusan.
  3. Pesakit dapat membuat pilihan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi kesukaran dan kegagalan.
  4. Pesakit boleh membantu untuk menangani reaksi positif dan negatif dalam konteks kehamilan.
  5. Pesakit boleh menerokai, memahami dan menyelesaikan masalah yang timbul daripada kemandulan serta rawatan ketidaksuburan dan dapat menjelaskan cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan lebih berkesan.

Rujukan

  1. Atwood, J. D. and Dobkin, S. (1992). Storm clouds are coming. Ways to help couples reconstruct the crisis of infertility. Contemp. Fam. Therapy, 14, 385ā€“403.
  2. Boivin J, Scanlan LC, Walker SM (1999): Why are infertile patients not using psychosocial counselling? Hum Reprod 5, 1384-1391
  3. Covington, S. N. and Hammer-Burns, L. (1999). Pregnancy after infertility. In: Hammer Burns, L. and Covington, S. N. (eds.), Infertility Counselling. A Comprehensive Handbook for Clinicians (pp. 425ā€“447). Parthenon, London and New York.
  4. de Parseval, G.D.(1992). Clinical remarks concerning parents (potential and real) after different ā€˜treatmentsā€™ for the infertility of couples. J.Psychosom.Obstet.Gynaecol. 13, 65-72.
  5. Dunkel-Schetter, C. and Lobel, M. (1991) Psychological reactions to infertility. In: Stanton, A. L. and Dunkel-Schetter, C. (eds.), Infertility (pp. 29ā€“57). Plenum Press, London and New York.
  6. Edelmann, R.J., Connolly, K.J. & Bartlett, H. (1994). Coping strategies and psychological adjustment of couples presenting for IVF. Journal of Psychosomatic Research, 38, 355- 364.
  7. Golombok, S.(1992). Psychological functioning in infertility patients. Hum.Reprod. 7, 208-212.
  8. Kemeter P, Fliegl J, (1998). Adjusting to life when assisted conception fails. Human Reprod 13:4, 1099-1105
  9. Lothrop, Hanna (1997). Help, Comfort and Hope After Losing Your Baby in Pregnancy or the First Year. Fisher Books, Tucson, AZ.
Semakan Akhir : 15 Jun 2016
Penterjemah : Sardiana binti Sarmidi
Akreditor : Krishnan Kanniah

Artikel Berkaitan

Keracunan

Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :Ā Ā  +603 8000 8000

FAKS :Ā Ā  +603 8888 6200

EMEL : Ā  myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK Ā  Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Ā©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia