A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Alam Sekitar
  6. /
  7. Keracunan Gas Klorin

Keracunan Gas Klorin

Pengenalan

Klorin mudah didapati di rumah sebagai bahan untuk cucian. Ia adalah bahan yang sering digunakan di dalam air minuman dan rawatan di kolam renang. Serbuk atau cecair klorin seperti natrium hipoklorit (peluntur) boleh bertukar kepada gas jika dicampur dengan asid atau agen amonia. Gas klorin adalah bahan ransangan kuat yang boleh menyebabkan masalah pernafasan. Di dalam kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan kematian berikutan kerosakan yang teruk pada tisu paru-paru.

Punca keracunan adalah daripada:

  • kemalangan di rumah disebabkan oleh campuran peluntur dan agen asid
  • Kebocoran dari kenderaan yang membawa bahan tersebut
  • Kebocoran dari tangki simpanan seperti di loji rawatan air, loji rawatan kumbahan, dan kolam renang
  • Pelepasan dari operasi perindustrian peluntur
  • Perang kimia

Gejala

Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa saya mengalami keracunan gas klorin?

Apabila pendedahan kepada gas klorin berlaku, anda akan mengalami gejala-gejala seperti berikut:

  • Batuk
  • Susah bernafas
  • Sakit dada
  • Rasa panas di dalam tekak
  • Mual atau muntah
  • Keradangan pada mata dan hidung
  • Tercekik
  • Perut tidak selesa
  • Sakit kepala

Komplikasi

Apakah keadaan yang teruk boleh berlaku akibat dari keracunan gas klorin?

  • Pendedahan kepada tahap gas klorin yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada tisu peparu dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Pencegahan

Bagaimanakah saya dapat mencegah daripada keracunan gas klorin daripada berlaku kepada saya dan keluarga saya?

Berikut adalah cara-cara pencegahan:

Perlu

  • Pastikan anda faham tanda-tanda amaran jika berlakunya kebocoran gas klorin.
  • Keluar dari kawasan terlibat dan dapatkan udara segar.
  • Pergi ke tempat tinggi, sebab gas klorin adalah lebih berat daripada udara dan akan mendap di kawasan yang lebih rendah.
  • Bertenang, jangan panik
  • Tanggalkan baju jika berlaku pencemaran yang teruk
  • Basuh bahagian badan dengan sabun dan air jika dicemari dengan bahan klorida
  • Berhenti merokok
  • Cuci mata dengan air selama 10 hingga 15 minit jika mata terasa pedih atau pandangan menjadi kabur.

Jangan/Tidak Perlu

  • Memasuki kawasan operasi atau tempat penyimpanan dengan tidak menggunakan pakaian keselamatan.
  • Bacuh peluntur dengan asid atau agen ammonia
  • Pergi ke tempat/kawasan yang lebih rendah semasa gas dilepaskan
  • Pakai semula kanta mata jika mata anda tercemar

Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami salah satu gejala yang disebutkan diatas.

Daripada siapakah perlu saya dapatkan nasihat?

Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di;

Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Putrajaya, Malaysia

Hiperlink

http://www.diseasesdatabase.com/umlsdef.asp?glngUserChoice=2423

http://www.emedicine.com/emerg/topic851.htm

http://www.bt.cdc.gov/agent/chlorine/basics/facts.asp

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Norlen Mohamed
Penyemak : Dr. Marzida Abd Latib

 

Artikel Berkaitan

Parut

Pengenalan Parut merupakan satu perubahan pada kulit yang tidak disenangi

Unsur Surih

Pengenalan Unsur surih adalah penting untuk struktur biologi. Dalam kimia

Penyakit Penyimpanan Lisosom (PPL) di Malaysia

Penyakit Penyimpanan Lisosom (PPL) merupakan satu kumpulan penyakit yang terdiri daripada 50 jenis penyakit metabolik keturunan yang jarang ditemui. PPL adalah disebabkan oleh kecacatan pada fungsi lisosom.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia