A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesakitan Muka Luar Biasa

Kesakitan muka luar biasa juga dikenali sebagai kesakitan fasial berterusan idiopatik, merujuk kepada kesakitan pada kawasan muka dan kepala yang tidak mempunyai ciri-ciri klasik penyakit lain kawasan kepala dan muka.

Pengenalan

Kesakitan muka luar biasa (AFP) juga dikenali sebagai kesakitan fasial berterusan idiopatik, merujuk kepada kesakitan pada kawasan muka dan kepala (Rajah 1) yang tidak mempunyai ciri-ciri klasik penyakit lain kawasan kepala dan muka. AFP dikenalpasti dengan kesakitan yang berterusan dengan tahap kesakitan yang berubah-ubah. Biasanya, tiada keabnormalan yang dapat dikesan semasa pemeriksaan klinikal dan radiograf.

Pengdiagnosan AFP adalah amat mencabarkan dan seringkali tidak boleh dikenal pasti dengan tepat. Kebanyakan pesakit mengaitkan kesakitan mereka dengan suatu peristiwa yang terdahulu, seperti prosedur pergigian atau kecederaan. AFP jarang berlaku dan bila berlaku sering melibatkan golongan dewasa.


Rajah 1: Kedudukan urat saraf deria kawasan muka dan kepala (Sumber : Reproduced from the 20th U.S. edition of Gray’s Anatomy of the Human Body)

Definisi

AFP ditakrifkan sebagai kesakitan berterusan di bahagian muka yang tidak mempunyai ciri-ciri kesakitan muka yang lain dan tidak boleh dikaitkan dengan gangguan/penyakit lain. AFP biasanya tidak mempunyai sebab/punca yang spesifik.

Tanda dan Gejala

  • Sakit ada setiap hari dan berterusan sepanjang atau hampir sepanjang hari
  • Sakit pada permulaannya mungkin terbatas pada kawasan yang terhad tetapi kemudiannya boleh melibatkan kawasan yang lebih luas /berbeza
  • Tahap kesakitan boleh terasa daripada sederhana ke teruk
  • Sakit tidak berkaitan dengan penyakit / kelainan lain
  • Lokasi sakit biasanya tidak / kurang setempat
  • Sakit tidak berkaitan dengan kehilangan deria
  • TIADA defisit neurologi yang jelas

Diagnosis

AFP adalah diagnosis PENGECUALIAN dan biasanya berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pemeriksaan klinikal dan radiografi. Diagnosa AFP biasanya dibuat selepas semua penyakit/gangguan lain yang mungkin menyebabkan kesakitan muka telah dikecualikan dan TIADA punca kesakitan dapat ditemui.

Rawatan

AFP biasanya dikawal melalui penggunaan ubat. Matlamat rawatan adalah bagi mengawal kesakitan secara optimum dan pada masa yang sama mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut pada tahap yang minima. Terdapat banyak jenis ubat-ubatan yang telah digunakan untuk mengawal kesakitan AFP.

Antara kumpulan ubat yang biasa digunakan adalah:

  • Ubat antisawan / antiepiletik
  • Ubat antimurung
  • Ubat pelali topical / setempat
  • Analgesik
  • Ubat antiradang

Kadangkala, teknik rawatan tambahan seperti fisioterapi atau akupunktur mungkin disarankan oleh pakar. Perlu diingat bahawa kelegaan serta-merta bagi keadaan ini agak sukar dan kadangkala pelbagai teknik/kepakaran mungkin diperlukan untuk mencapai kawalan kesakitan yang memuaskan.

Rujukan

  1. Aggarwal VR, McBeth J, Zakrzewska JM, Lunt M, Macfarlane GJ. The epidemiology of chronic syndromes that are frequently unexplained: do they have common associated factors? Int J Epidemiol 2006;35:468–76.
  2. Harrison SD, Glover L, Feinmann C, Pearce SA, Harris M. A comparison of antidepressant medication alone and in conjunction with cognitive behavioural therapy for chronic idiopathic facial pain. Proceedings of the 8th World Congress on Pain. Seattle: IASP Press; 1997. p. 663–723.
  3. Olesen J, et al; The International Classification of Headache Disorders, 3rd edition, Headache Classification Committee of the International Headache Society, Cephalalgia, 33(9) 629-808 2013.
Semakan Akhir : 3 Ogos 2016
Penulis / Penterjemah : Dr. Hans Prakash a/l Sathasivam
Akreditor : Dr. Lau Shin Hin

Artikel Berkaitan

Komplikasi Cabutan Gigi

Cabutan gigi adalah satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang .Cabutan gigi yang ideal ditakrifkan sebagai satu  proses pembuangan keseluruhan gigi atau akar gigi yang tidak menyakitkan, dengan trauma yang minimum ke atas  tisu sekelilingnya supaya luka bekas cabutan akan sembuh dengan sempurna.

Rawatan Salur Akar

Latar belakang Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,764,594

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia