Definisi Penculikan
Penculikan ialah suatu jenayah yang menyalahi undang-undang iaitu dengan cara merampas dan membawa pergi seseorang menggunakan kekerasan atau penipuan, atau menyekat dan menahan seseorang dengan niat untuk membawanya jauh ke tempat lain.
Penculikan berlaku apabila seseorang menggunakan kuasa yang tidak sah secara fizikal tanpa keizinan mangsa serta dengan niat yang jahat untuk melakukan penculikan.
Faktor Yang Mendorong Berlaku Penculikan
Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya penculikan iaitu:
Terdapat tiga keadaan tindak balas tekanan yang dialami oleh mangsa penculikan iaitu:
- Fikiran: Gangguan fikiran, penafian, memori terjejas, kurang peka, terlampau berhati-hati, mengalami kekeliruan dan perasaan takut perkara yang sama akan berulang.
- Perasaan: Terkejut, bimbang, rasa bersalah, murung, marah dan rasa tidak berdaya.
- Interaksi sosial: sering mengelak daripada melibatkan diri dengan aktiviti bersama rakan dan keluarga.
Kesan Pengalaman Menjadi Mangsa Penculikan
Antara kesan negatif yang di alami adalah:
- Trauma Psikologi (Psychological Trauma )
Mangsa penculikan biasanya akan mengalami kejutan yang melampau, terutamanya kanak-kanak. Mereka akan berhadapan dengan situasi yang dianggap kecil bagi orang biasa tetapi bagi mangsa itu adalah perkara yang sangat besar. Mangsa turut mengalami kemurungan.
- Rasa Kurang Percaya (Lack of Trust)
Mangsa biasanya sukar mempercayai sesiapa lagi. Ini adalah disebabkan, mungkin semasa kejadian penculikan berlaku, seseorang telah berpura-pura baik namun akhirnya menjadikan mereka mangsa penculikan.
- Ketakutan (Fear)
Penculikan membuatkan masyarakat mengalami ketakutan. Apabila penculikan meningkat, ini membuatkan orang ramai tidak boleh bergerak bebas. Hal Ini adalah kerana mereka merasa bimbang akan menjadi mangsa seterusnya.
- Penyeksaan Torture )
Penculik biasanya akan memilih untuk menyeksa mangsanya supaya mereka dapat membuat ugutan dan meminta wang daripada saudara/kenalan mangsa. Penculik menyeksa mangsa sehingga menyebabkan luka dan kecederaan mangsa sukar atau mengambil masa untuk pulih.
- Rogol (Rape)
Penculik yang berusia muda biasanya cenderung untuk merogol mangsa/tebusan yang cantik. Mungkin mereka tiada niat pada awalnya, namun mereka melakukannya kerana di dorong oleh nafsu.
Rawatan
Keluarga dan rakan-rakan boleh memberikan sokongan seperti mendengar luahan perasaan, sentiasa bersikap sabar dan memfokuskan kepada kebebasan mereka serta perlu mengelakkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang negatif. Namun begitu adalah amat penting untuk menyedari bahawa keluarga dan rakan-rakan mangsa juga berhadapan dengan pelbagai isu dalam menghadapi peristiwa ini. Mereka juga memerlukan sokongan dalam menangani reaksi emosi mereka sendiri. Beberapa perkara yang perlu dititkberatkan setelah mangsa bebas daripada penculikan adalah:
- Mendapatkan rawatan perubatan
- Berada dalam persekitaran yang selamat
- Sentiasa berhubung dengan orang-orang yang tersayang
- Mendapatkan peluang untuk bercakap dengan mangsa dan menghasilkan jurnal melalui pengalaman mereka
- Mencari maklumat dan sumber rujukan kaunseling untuk mangsa apabila mendapati mereka mengalami gangguan daripada insiden tersebut
- Melindungi privasi mereka (contohnya mengelakkan pendedahan yang berlebihan daripada media termasuk menonton dan mendengar berita dan mengambil bahagian dalam wawancara media).
- Mangsa memerlukan penyesuaian masa untuk kembali kepada keluarga dan mula bekerja
Rujukan
- http://legal-dictionary.thefreedictionary.com/Kidnapping
- http://uzochukwumike.hubpages.com/hub/Kidnapping-Overview-Causes-Effects-and-Solutions
- http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2627800/
- http://www.sagepub.com/sites/default/files/upm-binaries/11559_Chapter_1.pdf
- http://www.slideshare.net/yfookng/penculikan-kanakkanak
- http://www.apa.org/helpcenter/hostage-kidnap.aspx
Semakan Akhir | : | 4 Julai 2016 |
Penulis | : | Rozilawati binti Kasim |
Akreditor | : | Ruhana binti Mahmud |