[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Merokok merupakan satu tabiat yang buruk. Ia bukan sahaja dapat memberi kesan yang negatif kepada perokok malahan juga kepada orang lain yang menyedut asap rokok. Antara risiko penyakit yang disebabkan oleh merokok adalah penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, kanser paru ā paru akibat penyedutan asap yang mengandungi toksik yang berlebihan. Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun didalam asap rokok dan salah satunya adalah karbon monoksida. Karbon Monoksida adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini akan mengikat hemoglobin hingga ia menjadi terencat dan menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu didalam badan. Molekul Karbon Monoksida dan Hemoglobin yang bergabung dikenali sebagai Carboxyhemoglobin. Walaupun kandungan karbon monoksida didalam hemoglobin tidak memberikan kesan serta merta tetapi kekurangan oksigen akan menyebabkan janin didalam kandungan tidak membesar dengan sempurna serta bayi dilahirkan kecil dari saiz yang sepatutnya. Ini akan meningkatkan risiko kematian bayi didalam rahim secara tiba ā tiba. Terdapat banyak lagi risiko penyakit yang disebabkan oleh merokok. Penyakit kardiovaskular, kemandulan,mempercepatkan proses penuaan. Oleh itu adalah lebih baik untuk anda berhenti sebelum ianya membawa padah. Berikut adalah tips untuk membantu anda berhenti merokok :
āBERHENTI MEROKOK ADALAH LANGKAH BIJAKā |
|
---|