A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Lain-lain
  8. /
  9. Kesan Psikologi Akibat Kecederaan...

Kesan Psikologi Akibat Kecederaan Otak

Pengenalan

Trauma adalah satu penyebab yang utama dalam kecederaan otak. Ini biasanya melibatkan pukulan yang kuat ke atas bahagian kepala. Sebab-sebab kecederaan otak yang biasa adalah kemalangan jalan raya, jatuh dan serangan. Mereka yang mempunyai risiko paling tinggi adalah dalam kumpulan umur 15 hingga 24 tahun dan ianya lebih melibatkan lelaki.

Kecederaan otak meliputi kecederaan ringan, yang mungkin membuat seseorang itu menjadi pening sementara waktu, sehingga kecederaan yang teruk, mengakibatkan kecacatan yang berpanjangan.

Tanda-tanda dan gejala

Gejala-gejala psikologi termasuk:

  • Masalah kognitif (contoh: masalah penumpuan dan ingatan)
  • Perubahan dalam emosi (contoh: kemurungan, gembira yang melampau / mania)
  • Keresahan (contoh: bimbang, ketakutan)
  • Gejala-gejala psikotik (contoh: halusinasi, delusi)
  • Perubahan perwatakan (contoh: bercakap tidak putus-putus atau hilang perasaan malu)
  • Susah mengawal keinginan (contoh: cepat berang atau marah)

Kesan dan akibat

Sesetengah pesakit mungkin mengalami kesan yang berpanjangan seperti demensia, kecelaruan perwatakan atau masalah mengawal keinginan.

Rawatan

Rawatan bergantung kepada gejala-gejala yang paling ketara dan ia termasuk rawatan ubatan, psikoterapi dan terapi tingkah laku. Pesakit dan keluarganya perlu diberi penerangan dan sokongan.

Pencegahan

Punca utama trauma adalah akibat kemalangan jalan raya, oleh itu amalan memandu yang selamat adalah penting. Di samping itu rumah dan tempat kerja yang selamat dapat mengurangkan berlakunya kemalangan [Kaitkan dengan Keselamatan di rumah/ Keselamatan di tempat kerja]. Berhati-hati semasa pengambilan ubatan yang membuat seseorang mengantuk.

Pemulihan

Bergantung kepada gejala-gejala yang ditunjukkan, pesakit mungkin memerlukan pemulihan cara kerja dan fungsi vokasional, di samping memperoleh kemahiran dalam mengawal kemarahan, kawalan keinginan dan cara relaksasi.

Kumpulan sokongan

PERSATUAN KESIHATAN MENTAL MALAYSIA

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Eni Rahaiza binti Muhd Ramli
Penyemak : Dr. Dr. Norizam Bt. Md Alias

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia