A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesan Ubat-Ubatan Ke Atas Tisu Gusi

Pengenalan

Terdapat beberapa ubatan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mulut.. Riwayat perubatan yang menyeluruh adalah amat penting bagi pengamal pergigian untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi termasuklah kesan ubatan pada kesihatan mulut seseorang pesakit.. Kesan sampingan yang biasa ditemui dalam tisu mulut adalah gusi berdarah, pembengkakan gusi, mulut kering dan reaksi tisu lembut.

Ubat-ubatan yang mempengaruhi gusi

  1. Ubat Pencair Darah (anticoagulant) (Aspirin, Warfarin, Heparin)

    Kesan:  Pendarahan gusi

    Mudah berdarah dan pendarahan berterusan adalah beberapa kesan sampingan banyak ubat pencair darah termasuk aspirin. Ubat pencair darah seperti warfarin dan heparin biasa digunakan untuk individu yang berisiko mendapat serangan sakit jantung atau strok. Ubat-ubatan ini boleh menyebabkan masalah pendarahan semasa rawatan gusi.

  2. Ubat sawan, Ubat Penindas Imun (Immunosuppressants) dan Ubat darah tinggi

    Kesan: Pembengkakan gusi

    Pembengkakan atau pembesaran gusi mungkin dialami oleh pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk sawan (Phenytoin), darah tinggi (calcium-channel blockers – Nifedipine, Verapamil, Diltiazem, Amlodipine) atau pemindahan organ (Cyclosporine).

  3. Antihistamin (Antihistamines), Dekongestan (Decongestants), Anti-kemurungan (Antidepressants), Ubat tahan sakit (Painkillers), Ubat darah tinggi (Anti-hypertensive), Pengendur Otot (Muscle relaxants), Ubat tahan kencing (Urinary incontinence), Ubat untuk Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease), Agen Kemoterapi (Chemotherapy agents)

    Kesan: Mulut kering

    Mulut kering atau xerostomia adalah keadaan di mana pesakit mengalami kekurangan air liur.

    Keadaan ini akan boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan gusi dan meninggikan risiko untuk penyakit gusi dan juga kerosakan gigi.

  4. Anti-hypertensive agents, Immunosuppressive agents, oral contraceptives, some chemotherapeutic agents

    Kesan: Ulser (Pecah mulut)

    Ubat-ubatan seperti diatas telah dikaitkan dengan pembentukan rekah mulut, keradangan atau pertukaran warna tisu lembut dalam mulut.

Gambar Klinikal

 
Gusi Berdarah
 
Pembesaran Gusi akibat ubat cyclosporine
 
 
 
Ulser

Peranan Pesakit

  1. Maklumkan doktor pergigian anda mengenai riwayat perubatan anda dan apa-apa ubatan yang anda ambil atau gunakan.
  2. Amalan kebersihan mulut yang baik untuk meminimakan/menghindarkan kesan sampingan ubat-ubatan ke atas gusi
  3. Jika ada perubahan atau tambahan pada ubat yang diberikan, sila bertanya doktor atau ahli farmasi berkenaan segala kesan sampingan yang mungkin berlaku dan maklumkan kepada doktor gigi anda.

 

Semakan Akhir : 3 Jun 2014
Penulis : Dr. Uma Subramaniam

 

Artikel Berkaitan

Gigi Jongang

Gigi jongang adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gigi jongang menimbulkan masalah seperti penutupan mulut, pengunyahan dan percakapan, dan gigi boleh lebih mudah terdedah kepada kecederaan

Bagaimana Menjaga Prostesis Korona & Jambatan Anda

Korona adalah sejenis restorasi/prostesis pergigian yang menyarung atau mengelilingi gigi atau implan pergigian; menyerupai saiz dan bentuk asal gigi atau direka bentuk mengikut saiz, bentuk dan warna yang dikehendaki/dipilih.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,638

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia