A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesihatan Mental bagi Dewasa Bekerja

Pengenalan

  1. Apakah peranan seorang dewasa?
  2. Insan dewasa dituntut memainkan peranan sebagai pasangan hidup, ibu bapa, pekerja dan ahli masyarakat dan perlu membangunkan sikap, minat dan nilai-nilai yang bersesuaian dengan peranan-peranan tersebut

  3. Apakah harapan kepada peranan sosial seorang dewasa yang perlu dipenuhi untuk mencapai keperluan kesihatan mental? Untuk mencapai keperluan kesihatan mental seseorang dewasa perlu :-
    • mempunyai kemesraan. Ini melibatkan memberi dan menerima cinta, kasih sayang dan rasa dimiliki
    • memulakan sebuah keluarga dan memikul peranan keibubapaan. Mereka merasa selamat dan gembira apabila bersama.
    • menetapkan sasaran yang munasabah. Seseorang insan dewasa itu perlu hidup mengikut keupayaan diri dan mencuba yang terbaik dalam kerjaya mereka dan apa jua yang mereka lakukan dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan mereka.
    • memikul tanggungjawab sosial dan sivik dan merasakan mereka adalah sebahagian dari masyarakat.
    • mempunyai harga diri. Harga diri melibatkan sanjungan yang diperoleh daripada diri sendiri atau orang lain. Seorang dewasa memerlukan hubungan yang stabil, teguh, rasa hormat diri yang tinggi dan dihormati oleh orang lain. Apabila keperluan ini dipenuhi, seseorang itu memperoleh keyakinan diri dan rasa berguna sebagai insan.
    • mempunyai kesempurnaan kendiri. kesempurnaan kendiri sebagai motivasi untuk mengembangkan sepenuhnya potensi seseorang insan. Seseorang itu perlu berusaha untuk mencapai keupayaan diri, hati nurani dan kebijaksanaan yang tertinggi. Mereka perlu mengambil peluang untuk memenuhi impian mereka.
  4. Kenapa orang dewasa yang mempunyai kesihatan mental yang baik perlu bekerja? Orang dewasa yang mempunyai kesihatan mental yang baik perlu bekerja bagi memenuhi pelbagai tujuan. Beberapa sebab mengapa seseorang perlu bekerja :
    • Sebagai sumber pendapatan dapat memperbaiki status sosio-ekonomi dan kualiti hidup.
    • Diberi status dalam masyarakat.
    • Melambangkan kejayaan peribadi
    • Memberi rasa kesejahteraan fizikal dan psikologikal.
    • Untuk memenuhi kewajipan moral dan agama.
  5. Mengapa bekerja cara sihat menyumbang kepada kesihatan mental yang baik? Cara bekerja yang sihat menyumbang dan memastikan kesihatan mental yang baik.
  6. Apakah komponen dalam bekerja cara sihat? Bekerja secara sihat merangkumi
    • Melibatkan diri dalam kerja-kerja yang sah dan memberi khidmat bererti kepada masyarakat
    • Mempunyai rasa berguna dan bermaruah (bermartabat).
    • Mempunyai sikap positif – bertoleransi, bertenaga dan penuh minat terhadap kerja.
    • Mempunyai rasa membina diri.
    • Berkeupayaan mengimbangi tanggungan terhadap kerja dengan keperluan lain.
    • Merasakan dapat mengawal tanggungjawab pekerjaan.
    • Berkeupayaan berinteraksi secara berkesan dengan pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam keadaan yang kondusif kepada prestasi kerja.
    • Mencapai prestasi kerja yang memenuhi tuntutan peranan kerja.
    • Pengiktirafan kemahiran dan sumbangan seseorang.
  7. Bagaimana bekerja cara sihat menjamin kesihatan mental yang baik. Bekerja cara sihat
    • Meningkatkan rasa berkepentingan seseorang; apabila individu merasakan kemahiran dan peranan beliau dihargai, ini akan mempertingkatkan harga diri.
    • Meningkatkan harga diri seseorang; apabila seseorang melibatkan diri dengan kerja yang produktif, dia akan mengalami satu kejayaan. Melakukan sesuatu yang disukai akan membuat beliau merasa puas hati.
    • Meningkatkan perkembangan diri
    • Meningkatkan sokongan sosial individu melalui interaksi dengan pihak pengurusan dan rakan sekerjanya secara berkesan.
    • Meningkatkan mutu kehidupan berkeluarga.

 

Semakan Akhir : 04 Mei 2011
Penulis : Dr. Nurashikin binti Ibrahim

Artikel Berkaitan

Keselamatan Dan Persekitaran Pekerja

Keadaan seperti faktor pencahayaan, kebisingan, getaran, bahan kimia dan keadaan cuaca yang buruk boleh mempengaruhi kualiti kerja termasuk meningkatkan frekuensi kesilapan manusia.

Pusingan Kerja

Pengenalan Bumi sentiasa berputar mengikut paksinya. Melihat kejadian alam, banyak

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia