(KESIHATAN SEKSUAL BAGI GOLONGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA KURANG UPAYA)
PENGENALAN
Golongan orang kurang upaya mempunyai kehendak biologi sama dengan manusia lain. Orang kurang upaya juga mempunyai jangka hayat/hidup lebih lama dan memilih untuk berkahwin atau terlibat secara seksual. Memberi kesedaran kepada golongan ini berkaitan kesihatan seksual dari usia muda/kecil boleh membantu mereka mengelakkan kesulitan di kemudian hari dan juga dapat membantu mereka dapat menjaga keselamatan peribadi mereka.
Masyarakat biasanya mengatakan bahawa kanak-kanak kurang upaya tidak mempunyai nafsu dan berkaitan jantina, bermakna mereka tidak mempunyai keupayaan seksual atau menggesa nafsu. Mitos seperti ini adalah sangat berbahaya bagi kanak-kanak kurang upaya dan mereka lebih terdedah kepada penderaan seksual serta boleh mendorong mereka mempunyai tingkah laku seksual yang tidak sesuai.
Tambahan pula, seksualiti adalah topik yang susah dan pantang-larang sukar untuk dibualkan bagi sesetengah masyarakat. Mereka tidak memahami seksualiti dan menyalah gunakan tafsiran tersebut.
Oleh itu, golongan ini sukar atau tidak mampu untuk mengenal atau melaporkan situasi yang mencurigakan dan boleh dimanipulasi oleh orang lain. Mereka juga mungkin berfikir bahawa tingkah laku itu atau perbuatan yang kononnya membantu untuk keperluan harian mereka seperti mandi, berpakaian dan pergerakan yang sesuai adalah rutin harian biasa. Maka, kanak-kanak dan remaja kurang upaya juga mempunyai keperluan yang sama untuk belajar dan mengetahui berkaitan seksualiti. Maka, kanak-kanak dan remaja kurang upaya mempunyai keperluan yang sama untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan kesihatan seksualiti.
MULAKAN PADA USIA MUDA
Adalah tidak terlalu awal untuk mulakan pengajaran kesihatan seksual terutama bagi kanak-kanak kurang upaya. Jawapannya ialah mulakan “secepat mungkin”. Mulakan pada usia awal , mulakan kesedaran kepada mereka dengan memulakan penjelasan kepada mereka bagaimana anda menjaga kebersihan mereka.
Ini boleh bermula dengan penerangan kepada mereka dalam bahasa yang mudah mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan dengan membersihkan mereka seperti selepas memakai lampin pakai buang atau selepas membuang air besar dan juga semasa mandi. Selain itu, mereka juga perlu sedar/tahu bahawa orang lain tidak dibenarkan untuk melakukan perkara yang sama kecuali orang-orang yang khusus diberi kebenaran untuk berbuat demikian. Ini adalah penting apabila terdapat penjaga lain yang terlibat seperti pembantu rumah, adik-beradik atau kakitangan nurseri.
Selalulah berbincang isu-isu yang membuatkan mereka tidak selesa dan memberi keyakinan/kuasa atau memberitahu anak anda ia adalah OK untuk mengatakan “Tidak” atau “Saya tidak suka anda menyentuh saya seperti itu”.
FAKTA
Akibat pilihan yang meningkat dan peluang yang ada, kanak-kanak dan remaja kurang upaya mempunyai keperluan yang asal/sama untuk belajar tentang seksualiti. Artikel ini berharap dapat memberi pemahaman tentang seksualiti dan keselamatan peribadi. Matlamat pendidikan kesihatan seksualiti adalah untuk :
-
Memberi maklumat seperti memahami perbezaan antara seks dan seksualiti. Seks adalah sebahagian kecil daripada seksualiti.
-
Membangunkan nilai-nilai murni (keluarga, agama, nilai-nilai budaya)
-
Membangunkan kemahiran interpersonal
-
Membangunkan tanggungjawab dan tindakan yag sepatutnya bagi menjaga tubuh badan mereka
-
Tahu bagaimana dan bila untuk mendapatkan bantuan
Seksualiti manusia merangkumi :
-
Pengetahuan seksual
-
Kepercayaan, sikap dan nilai-nilai
-
Tingkah laku. Ia perbincangan yang merangkumi anatomi, fisiologi dan biokimia sistem tindak balas seksual. Seks adalah tindakan dan sebahagian kecil seksualiti.
Tips untuk bercakap tentang seksualiti :
-
Jadikan topik kepada segmen-segmen yang lebih kecil supaya lebih mudah untuk difahami
-
Mula dengan perkara asas (bertanya kepada mereka apa yang mereka tahu)
-
Berfikir dengan konkrit (gunakan isyarat visual dan memberikan contoh)
-
Berulang-ulang dan kumpulkan kesimpulan
-
Ubah suai mengikut jenis kurang upaya. Memberi tumpuan kepada individu bukan kepada kecacatan
-
Biar jelas,gunakan perkataan mudah dan perubatan/saintifik tetapi penekanan perlu untuk menggunakan istilah perubatan yang betul
-
Selesa dengan material/bahan pendidikan kesihatan adalah penting untuk menyampaikan mesej positif tentang seksualiti untuk membina keyakinan diri mereka
-
Bertindak secara berkesan/betul apabila ada tingkah laku yang tidak sesuai, memberi tindak balas bukan mengikut emosi
-
Buat pertimbangan yang betul bukan menghukum
-
Memahami dinamik penderaan seksual kanak-kanak
PANDUANPENDIDIKAN SEKSUAL MENGIKUT UMUR YANG SESUAI
Isi kandungan pendidikan perlu diajar dalam beberapa sesi. Ibu bapa atau penjaga mesti konsisten “mengajar” menggunakan setiap masa/peluang pengajaran yang ada. Sikap kita mesti bersesuaian dengan budaya kita, etnik, personaliti, didikan, nilai-nilai keluarga, agama dan pengalaman lalu kita. Berikut adalah panduan menggariskan apa yang perlu kita ajar seperti di bawah :
|
3 – 9 tahun |
10 – 15 tahun |
16 tahun dan ke atas |
Bahagian Tubuh Badan
|
Tahu perbezaan antara lelaki dan perempuan. Menamakan bahagian badan termasuk bahagian badan sulit dan menggunakan istilah yang betul dan fungsinya. |
Perubahan kitaran hidup. Memahami perbezaan fizikal antara lelaki & wanita dalam kitaran hidup (kanak-kanak lelaki menjadi seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan menjadi wanita). |
Badan anda adalah tanggungjawab anda. |
|
Bahagian badan sulit dan tidak sulit. Mengenal bahagian badan sulit dan semua orang mempunyai anggota sulit. “Orang lain tidak harus melihat anggota sulit anda” |
Perubahan Akil baligh – Perbezaan fizikal, mental & emosi. |
Perbezaan antara seks dan cinta. |
|
Penerangan bagaimana bayi dibentuk/terjadi dengan bahasa yang mudah dan jika berpeluang/masa ada. |
Penerangan bagaimana bayi dibentuk/terjadi. Memahami konsep kesihatan reproduktif. |
Bertanggungjawab berkaitan hubungan seksual & tahu konsep keibubapaan. |
|
Kebersihan diri |
Kebersihan diri Melancap |
Kebersihan diri Melancap |
Konsep awam & peribadi |
Tempat awam dan tempat peribadi yang selamat dan tidak selamat. |
Tempat awam dan tempat peribadi yang selamat dan tidak selamat. |
Tingkahlaku, cara berpakaian & cara untuk bergaul dengan orang. |
|
Tingkah laku – betulkan jika berpeluang. |
Tingkahlaku & cara berpakaian. |
|
|
Perbualan – betulkan jika/bila ada peluang |
Perbualan – bila bercakap dengan orang yang anda percayai. |
Perbualan dengan orang yang dipercayai. |
Perasaan & emosi |
Kemahiran asas dalam bersosial dan komunikasi |
Membina dan mengekalkan hubungan dengan jantina yang sama dan berlainan. |
Membina dan mengekalkan hubungan dengan jantina yang sama dan berlainan. |
|
Menyedari dan menyatakan emosi. Berkenalan dengan kawan-kawan. |
Cara untuk berkawan dan bercakap dengan orang-orang lain. |
Cara untuk berkawan dan bercakap dengan orang. |
Perhubungan & sentuhan |
Batasana perhubungan (Pengenalan kepada bulatan perhubungan -link). |
Batasan perhubungan antara jantina yang sama dan bertentangan (Pengenalan kepada bulatanperhubungan -link). |
Perhubungan antara jantina yang sama dan bertentangan. |
|
Mengetahui jenis sentuhan
|
Mengetahui jenis sentuh & berkata “Tidak” kepada sentuhan yang tidak sesuai. Semua orang mempunyai tempat & ruang peribadi. |
Mengetahui jenis sentuh & berkata “Tidak” kepada sentuhan yang tidak sesuai. Semua orang mempunyai tempat & ruang peribadi. |
|
Kata “Tidak” kepada sentuhan tidak sesuai. |
Undang-undang & akibat jika menyentuh dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain. |
Undang-undang & akibat jika menyentuh dengan sentuhan yang tidak sesuai terhadap orang lain. |
Rancangan keselamatan |
Ajar kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi & Beritahu. |
Ajar kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi & Beritahu. |
Ajar kanak-kanak tentang keselamatan. Berkata “Tidak” atau Jerit, Pergi & Beritahu. |
|
JANGAN menyimpan RAHSIA jika ada isu sentuhan/ menyentuh yang tidak sesuai. |
Last Reviewed | : | 8 October 2014 |
Writer | : | Dr. Salimah bte. Othman |
Accreditor | : | Dr. Norharlina bte. Bahar |