A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ketumbit

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak yang membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata dan bulu mata yang berfungsi memerangkap habuk daripada memasuki mata. Ketumbit (hordeolum luaran) adalah bisul kecil hasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulumata.Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).

Gambar tepi kelopak mata dengan saluran kelenjar yang tersumbat

Lubang saluran kelenjar yang tersumbat

 

Gambar chalazion ( hordeolum dalaman) hasil dari penakungan minyak akibat saluran kelenjar yang tersumbat

Chalazion

 

Gambar mata dengan ketumbit luaran dengan kawasan sekitar yang menjadi merah (akibat cellulitis)

Ketumbit (hordeolum luaran)

Tanda & gejala

Ketumbit boleh menyebabkan gejala seperti:

  1. Sakit pada kelopak mata
  2. Mata rasa seperti berbiji,
  3. Merah atau bengkak pada kelopak mata.

Komplikasi

Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak ke bahagian lain kelopak mata seterusnya menyebabkan preseptal cellulitis. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.

Rawatan

Kebanyakan ketumbit adalah kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam ketumbit beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Sekiranya tidak sembuh selepas dituam, rawatan antibiotik dalam bentuk salaf mata mungkin diperlukan.Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil. Bagi ketumbit luaran (external hordeolum), bulu mata yang terlibat perlu dicabut.

Pencegahan

Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Kumpulan individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit.

Cara-cara melakukan tuaman

  1. Ambil sehelai sapu tangan kecil
  2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis
  3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
  4. Lakukan selama 10 minit
  5. Ulang  2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih

Cara-cara membersih kelopak mata

  1. Ambil cawan / bekas kecil
  2. Letakkan sedikit air bersih ke dalam bekas
  3. Campurkan 5 titis syampu bayi dan kacau
  4. Celup putik kapas ke dalam campuran tadi
  5. Kesat bahagian kelopak mata yang mempunyai bulu mata secara lembut dengan putik kapas tersebut.
    (Awas: Elakkan dari terkena bahagian kornea)
  6. Lakukan 2-3 kali sehari
  7. Sekiranya kelopak mata terlalu kotor dan berkeruping, basahkan mata sebelum membersihkannya. Ini dapat membantu agar keruping menjadi lembut dan senang untuk dibersihkan.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Glaukoma

Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakan pada saraf optik. Saraf optik merupakan laluan yang membawa imej yang dilihat ke otak. Sekiranya tidak dirawat, ianya boleh merosakkan saraf optik secara perlahan-lahan sehingga mengakibatkan kebutaan yang kekal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia