A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Dermatologi
  8. /
  9. Kuman Penyebab Jerawat

Kuman Penyebab Jerawat

Apakah itu jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.  Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang  teruk.  Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.

Jenis-jenis jerawat

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah

 Peringkat-peringkat jerawat

Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak.  Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.  Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.  Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi .  Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis.


Rajah menunjukkan peringkat-peringkat jerawat

 Mitos berkaitan jerawat

  • Orang dewasa tidak berjerawat
    Orang dewasa juga tumbuh jerawat pada umur 30’an, 40’an sehingga 50’an.
  • Coklat dan minuman soda penyebab jerawat
    Tiada kajian yang benar-benar signifikan mengaitkan keduanya dengan pembentukan jerawat.
  • Krim pelindung UV menyebabkan jerawat
    Jika alergi pada pelindung matahari berasaskan tindakan kimia, pilih pelindung matahari fizikal seperti zink oksida.
  • Peluh penyebab jerawat
    Kelenjar peluh berbeza dari kelenjar sebum.
  • Jerawat tidak perlu rawatan
    Tanpa rawatan sewajarnya akan meninggalkan parut.
  • Gunakan pencuci ‘scrub’ untuk menghilangkan jerawat
    Memicit/ mencungkil jerawat akan meninggalkan parut.

Penyebab jerawat

  • Ubat-ubatan; mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
  • Penggunaan pakaian, peralatan yang terlalu ketat  pada permukaan kulit yang bersentuhan
  • Produk penjagaan kulit/ rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma
  • Persekitaran berminyak, kotor
  • Bakteria Propionibacterium acnes
  • Perubahan hormon
  • Androgen berlebihan seperti  dalam sindrom polisistik ovari

 

Kaitan bakteria dan jerawat

Propionibacterium acnes (P.acnes) adalah bakteria yang wujud pada folikel rambut dalam liang roma.  Beberapa kajian mendapati P.acnes  berkaitan dengan masalah  acnes vulgaris.  Propionibacteria adalah bakteria gram positif dan lebih suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai paras oksigen rendah seperti dalam liang roma yang tersumbat.

 P.acnes menggunakan sebum sebagai sumber tenaga. Bakteria ini mempunyai enzim yang boleh mencernakan asid-asid lemak dan trigliserin yang banyak terdapat dalam sebum.  Dalam keadaan anerobik, P.acnes menggunakan bahan-bahan tersebut dan menghasilkan rantaian asid lemak yang lebih pendek dan asid propionic sebagai produk metabolik.  Pencernaan sebum oleh enzim-enzim P.acnes menyebabkan penghasilan bahan-bahan komedogenik yang menjadikan simptom jerawat lebih teruk. Koloni P.acnes juga boleh membentuk biofilem yang menyebabkan ia rintang pada tindakan bahan antibakteria.  Keadaan ini akan menyebabkan infeksi berpanjangan pada sebahagian individu.

Bakteria P.acnes tidak menyebabkan kerosakan kulit secara langsung.  Kerosakan kulit adalah diakibatkan oleh tindakbalas keradangan dalam sistem imunisasi. Jerawat  bernanah berpunca dari tindakbalas berlebihan sistem imunisasi yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria.


Propionibacterium acnes


Propionibacterium acnes mengeluarkan cahaya floresen berwarna jingga dalam sinar ultra unggu

Bagaimana menghindari jerawat?

  • Jangan picit jerawat
  • Jangan kerap menyentuh muka
  • Minum banyak air kosong
  • Amalkan makanan seimbang
  • Ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
  • Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
  • Guna alat solek/ produk penjagaan diri  ‘bukan-komedogenik’.

 Link untuk jerawat

 Rujukan

 

Semakan Akhir : 13 Januari 2014
Penulis : Siti Noraziah bt. Abu Zarin

Artikel Berkaitan

Kanser Ovari

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia