A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Tanda & Gejala
  6. /
  7. Kurang Selera Makan

Kurang Selera Makan

Kurang selera sementara yang  tidak menjejaskan berat badan yang ketara adalah perkara yang sering berlaku. Ianya berlaku apabila seseorang merasa tekanan perasaan, menghadapi jangkitan seperti demam selsema, semasa menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pada peringkat awal mengandung.

  • Kurang selera makan adalah gejala yang biasa dialami oleh setiap orang.
  • Kurang selera sementara yang  tidak menjejaskan berat badan yang ketara adalah perkara yang sering berlaku. Ianya berlaku apabila seseorang merasa tekanan perasaan, menghadapi jangkitan seperti demam selsema, semasa menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pada peringkat awal mengandung.
  • Kurang selera makan yang berterusan disertai dengan pengurangan berat badan mungkin petanda seseorang itu mengalami penyakit yang serius.
  • Contoh penyakit yang boleh menyebabkan kurang selera makan adalah anorexia nervosa, kanser, jangkitan kronik seperti HIV dan tuberculosis, hypothyroidism (kekurangan hormon thyroid), penyakit hati dan buah pinggang yang kronik.
  • Pengambilan  dadah seperti amphetamines, morphine, codeine dan sebagainya juga boleh menyebabkan kurang selera makan.

Tindakan Kendiri

  • Sila berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan lanjut, sekiranya anda mengalami kurang selera makan disertai dengan pengurangan berat badan yang mendadak, berasa lesu, batuk berterusan, demam berlanjutan, sesak nafas, perubahan tabiat membuang najis atau apa- apa gejala yang menjejaskan aktiviti dan fungsi harian anda.

Diagnosa / Rawatan Kurang Selera Makan

  • Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal serta menemubual anda mengenai corak dan kuantiti pengambilan makanan serta maklumat lain yang diperlukan untuk membuat diagnosa.
  • Doktor juga akan melakukan siasatan lanjut dengan melakukan ujian kencing, darah, X-ray dan sebagainya mengikut keperluan bagi membantu dalam membuat diagnosa.
  • Rawatan khusus akan diberi mengikut penyakit yang dihidapi.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah Md Sharif
Akreditor : Fatimah bt. Salim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Sakit Kepala

Sakit kepala adalah masalah yang sering diadukan oleh remaja semasa mendapat rawatan di klinik-klinik. Apakah penyebab sakit kepala? Jangkitan kuman, sakit kepala akibat tekanan, migrain

Vena Varikos

Vena varikos adalah satu manifestasi penyakit pembuluh darah vena yang kronik. Penyakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh. Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan yang mengalami kemelesetan aliran vena; akan tetapi keadaan ini kerap melibatkan anggota kaki.

Kesukaran Untuk Menelan

Kesukaran untuk menelan adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia