A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. Langkah Mempercepatkan Penyediaan Laporan...

Langkah Mempercepatkan Penyediaan Laporan Perubatan

Definisi Laporan Perubatan

Laporan Perubatan adalah laporan yang disediakan oleh seseorang Pengamal Perubatan atau Pergigian yang berdaftar dan sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diberikan kepada seseorang pesakit berdasarkan rekod perubatan pesakit tersebut di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan yang berkaitan.

Kategori Laporan Perubatan

  1. Laporan Perubatan Biasa yang disediakan oleh Pegawai Perubatan
  2. Laporan Ringkas / Pendapat yang disediakan oleh Pakar
  3. Laporan Perubatan Terperinci yang disediakan oleh Pakar

(Nota: Pemeriksaan Perubatan (Medical Examination), Pengesahan Perubatan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), Bantuan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Zakat, Borang Sara Ubat (JPA) dan Sijil Cuti Sakit TIDAK TERMASUK dalam kategori laporan perubatan).

Prosedur Permohonan

Permohonan Laporan Perubatan  boleh dibuat oleh pemohon melalui pos atau datang sendiri ke Kaunter Rekod Perubatan Hospital di mana pesakit telah mendapatkan rawatan. Laporan Perubatan hanya akan diproses setelah permohonan yang lengkap dikemukakan oleh pemohon.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Laporan Perubatan

  1. Setiap permohonan laporan perubatan WAJIB disertai dengan dokumen-dokumen berikut :
  • Surat Permohonan secara bertulis atau menggunakan Borang KKMLP/1/2008.
  • Surat Keizinan ASAL membenarkan hospital mengeluarkan laporan kepada pihak berkaitan. Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh pesakit / waris pesakit yang sah (Suami / Isteri / Anak / Ibu / Bapa / Saudara sebapa).
  • Bayaran caj laporan perubatan mengikut jenis laporan.
  • Salinan kad pengenalan pesakit.
  • Salinan kad temujanji rawatan pesakit.
  • Borang tuntutan insurans atau lain-lain borang tuntutan oleh pesakit. (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO).
  1. Bagi pesakit di bawah umur 18 tahun, permohonan hendaklah dibuat oleh ibu / bapa / penjaga yang sah dengan menyertakan dokumen berikut:
  • Semua dokumen yang dinyatakan di perenggan 1.
  • Surat keizinan ASAL dari Ibu/ Bapa / Penjaga yang sah.
  • Salinan Sijil Kelahiran pesakit.
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga yang sah.
  1. Bagi Laporan Perubatan pesakit yang telah meninggal dunia,  permohonan boleh dibuat oleh suami / isteri /anak / ibu / Bapa /adik beradik sebapa pesakit dengan menyertakan dokumen seperti berikut :
  • Semua dokumen yang dinyatakan di perenggan 1.
  • Surat keizinan ASAL dari waris (menyatakan maklumat waris).
  • Salinan Kad Pengenalan si mati.
  • Salinan Kad Pengenalan waris.
  • Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan).
  • Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan).
  • Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan).
  • Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian.
  1. Permohonan Laporan Perubatan boleh dibuat melalui Agen / Wakil (Insurans, Peguam dan lain-lain) dengan syarat pemohon menyertakan Surat keizinan ASAL pesakit / waris memberi kuasa kepada Agen / wakil untuk mendapatkan laporan perubatan berkaitan.

Surat Keizinan

Surat Keizinan adalah dokumen yang ditandatangani oleh pesakit atau waris pesakit yang sah yang membenarkan pihak hospital untuk mengeluarkan laporan perubatan kepada pihak ke tiga yang memerlukan laporan tersebut. Pengecualian Surat Keizinan diberikan kepada:

  • Pihak Polis Di Raja Malaysia.
  • Pihak Mahkamah.
  • Mana-mana agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan Laporan Perubatan pesakit tanpa keizinan pesakit / waris.

Waris

Waris ialah orang yang layak menandatangani Surat Keizinan bagi pihak pesakit iaitu suami / isteri / anak / penjaga yang sah / adik beradik sebapa pesakit sahaja. Bagi pesakit warga asing yang telah meninggal dunia atau telah pulang ke Negara asal, Surat Keizinan hendaklah di tandatangani dan disahkan oleh pihak Kedutaan Negara berkaitan.

Bayaran Laporan Perubatan

Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk satu (1) laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 – bagi warganegara asing.

Jenis Laporan

Warganegara (RM)

Warga Asing (RM)

Laporan Perubatan Biasa oleh Pegawai Perubatan

40.00

80.00

Laporan ringkas/pendapat disediakan oleh Pakar.

80.00

160.00

Laporan terperinci yang disediakan oleh Pakar.

Antara 200.00 hingga 1,000.00

Antara 400.00 hingga 2,000.00

Permohonan ulangan:

Jenis Permohonan Ulangan Kadar Bayaran
  1. Permohonan kali ke dua untuk laporan yang sama ATAU permohonan salinan kedua yang disahkan oleh pihak hospital.
50% dari caj asal (termasuk laporan oleh Pakar).
  1. Permohonan penyediaan semula laporan perubatan :
  • bagi episod rawatan yang baru bagi pesakit yang sama ATAU
  • bagi episod rawatan yang sama menggunakan borang tuntutan yang baru
Caj permohonan baru.
  • Laporan penjelasan ke atas laporan asal.
Tiada bayaran.
  • Laporan lanjutan / tambahan.
Caj permohonan baru.

Pihak Yang Diberi Pengecualian Bayaran

  • Pihak Polis Di Raja Malaysia.
  • Jabatan Kerajaan (untuk tujuan pentadbiran).
  • Pesakit yang mendapatkan surat akuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan menyertakan Kad Pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Biro Bantuan Guaman.
  • Borang BAT F117 untuk tentera yang disertakan bersama surat pengesahan dari Pegawai Pemerintah.

Tempoh Penyediaan Laporan Perubatan

Tempoh penyediaan Laporan Perubatan adalah dikira dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap di jabatan / unit Rekod Perubatan sehingga tarikh laporan siap disediakan oleh Pegawai Perubatan berkaitan. Tempoh penyediaan telah ditetapkan mengikut surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 : Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan Di Hospital-hospital & Institusi Perubatan seperti berikut :

  • Hospital Negeri dan Hospital Berpakar = tidak melebihi 4 minggu
  • Hospital Daerah = tidak melebihi 2 minggu

(Tempoh penyediaan adalah termasuk hari minggu dan hari cuti am)

Proses Penyediaan Laporan Perubatan Mengikut Tempoh

Proses penyediaan laporan perubatan mengikut tempoh yang ditetapkan adalah seperti berikut :

  Proses dan tempoh penyediaan laporan perubatan mengikut hospital

Hospital Negeri

Hospital Daerah Berpakar / Tanpa Pakar

1.
  • Menerima, mendaftar dan mengemaskini permohonan.
  • Mengeluarkan surat akuan penerimaan permohonan kepada pemohon.

4 hari

2 hari

2.
  • Mengesan Rekod Perubatan Pesakit.
  • Menyerahkan permohonan dan Rekod Perubatan Pesakit kepada Ketua Jabatan / Pakar.

5 hari

2 hari

3. Penyediaan Laporan Perubatan.

15 hari

8 hari

4.
  • Menerima Laporan Perubatan yang telah disiapkan.
  • Memaklumkan kepada pemohon.

4 hari

2 hari

Punca Kelewatan Penyediaan Laporan Perubatan

Antara punca kelewatan penyediaan Laporan Perubatan adalah seperti berikut:

  • Kelewatan pengesanan Rekod Perubatan pesakit.
  • Kelewatan penghantaran Dokumen permohonan dan rekod perubatan kepada Pegawai Perubatan yang berkaitan.
  • Kelewatan penyediaan laporan perubatan oleh Pegawai Perubatan.
  • Pesakit masih mempunyai rawatan lanjut semasa permohonan dibuat.

Langkah-Langkah Mempercepatkan Proses Permohonan Laporan Perubatan

Antara langkah-langkah bagi mempercepatkan penyediaan Laporan Perubatan adalah seperti berikut:

  • Memastikan borang / surat permohonan mengandungi maklumat pesakit yang tepat bagi mengelakkan kelewatan pengesanan rekod pesakit.
  • Memastikan system simpanan rekod perubatan adalah teratur dan mudah dikesan.
  • Memastikan Rekod Perubatan dikesan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Serahan dokumen kepada pegawai perubatan melalui pegawai yang dilantik di setiap jabatan klinikal dilakukan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Setiap permohonan dan dokumen yang dihantar kepada Pegawai Perubatan perlu mencatatkan tarikh yang perlu disiapkan oleh pegawai berkenaan.
  • Pemantauan proses penyediaan laporan yang berterusan perlu dilaksanakan.

Rujukan

  1. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 : Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan Di Hospital-hospital & Institusi Perubatan.
Semakan Akhir : 29 September 2014
Penulis : Pn. Nurmadziah bt. Abdul Khan
Akreditor : Pn. Zanariah bt. Abd Rahim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia