A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Pergigian Umum
  6. /
  7. Laser Dalam Rawatan Pergigian

Laser Dalam Rawatan Pergigian

Rawatan laser adalah selamat dan berkesan. Namun, kos penggunaan laser dalam rawatan rutin adalah lebih tinggi berbanding dengan keberkesanan yang setanding dengan rawatan pergigian konvensional.

Pengenalan

Apa itu Laser?

Laser dalam istilah perubatan adalah singkatan bagi  ‘Light Amplification by Stimulated Emission of Radiation’. Menurut kamus dewan edisi ke 4, laser adalah pancaran cahaya sehala yang amat kuat tenaganya diterbitkan dari sejenis alat.

Cahaya laser berasal dari amplifikasi cahaya akibat proses ransangan ke atas atom sesuatu medium yang aktif (Rajah 1). Berdasarkan teori Albert Einstein, atom yang aktif boleh menyerap tenaga untuk menghasilkan tenaga berganda. Tenaga yang terhasil seterusnya dilepaskan dalam bentuk partikel cahaya yang dipanggil laser.


Rajah 1: Gambarajah ringkas bagaimana laser dihasilkan (ubahsuai dari Pohlhaus, 2012)

Laser bersifat monokromatik (satu warna sahaja) dan berada dalam spektrum cahaya tidak nampak. (Rajah 2).


Rajah 2: Spektrum gelombang elektromagnetik cahaya

Jenis-jenis laser dalam rawatan pergigian

Laser boleh dibahagikan mengikut jenis medium aktifnya, atau saiz gelombang. (Jadual 1).

Nama laser
Medium aktif
Saiz gelombang (nm)
Aplikasi dalam rawatan pergigian
Diode Semikonduktor seperti aluminum, gallium, arsenide
800 dan 830

Mengesan karies dan kalkulus

Pembedahan tisu lembut dalam mulut,dan implant,

Pendebridmen gusi dan implant, analgesia ( bius), penyahpekaan dentin,ulser, menyingkir pigmen melanin pada gusi.

  Gallium, arsenide
904
  Indium, gallium dan arsenide
940 dan 980
Nd:YAG Nedymium doped yttrium aluminum garnet
1,064
Er,Cr:YSGG Kristal: Erbium-chromium-doped yttrium scandium gallium garnet
2,780
Termasuk rawatan bagi karies dan persediaan tampalan
Er:YAG Kristal: Erbium doped yttrium aluminum garnet
2,940
CO2 Carbon dioxide
10,600
Seperti di atas

Jadual 1: Jenis laser, medium aktif yang digunakan dan saiz gelombang yang terhasil.

Kegunaan laser dalam rawatan pergigian

Penggunaan laser bermula sejak tahun 1960-an, sebagai alternatif untuk memudahkan rawatan pergigian.

Kelebihan rawatan menggunakan laser adalah hemostasis (pendarahan terkawal), kesan bactericidal (basmi kuman), dan parut luka yang minima.

Antara aplikasi laser adalah untuk:

  1. Merawat karies:Laser yang diarahkan pada permukaan gigi berkaries akan memanaskan kandungan molekul air di dalamnya menyebabkan letupan kecil dan pengewapan berlaku, menghasilkan kaviti gigi yang bersih, sedia untuk ditampal.
  2. Pengesanan kanser dan karies:Pigmen biologikal tertentu akan berkilau (‘fluoresce’) apabila dipancarkan laser pada saiz gelombang yang tertentu.
  3. Penyembuhan:Dalam rawatan ulser, sakit saraf dan gigi sensitif, laser ablation boleh membantu proses penyembuhan, menggalakkan pembentukan kolagen, mengurangkan kesakitan dan anti-keradangan.
  4. Antibakteria:Cecair mengandungi bahan aktif anti-bakteria dimasukkan ke dalam kawasan gusi atau ruang akar gigi dan dengan bantuan pancaran laser, radikel oksigen bebas akan terbentuk dan membunuh bakteria dengan berkesan.
  5. Pemutihan gigi:Bahan kimia untuk pemutihan gigi akan bertindakbalas dengan laser yang dipancarkan mengeluarkan radikel oksigen bebas bagi memutihkan gigi setelah pigmen di dalam permukaan gigi dileraikan.
  6. Pembedahan kecil pada gusi atau tisu lembut di dalam mulutLaser digunakan untuk pembedahan membuang tisu abnormal yang tumbuh, memperbaiki struktur gusi, dan mengubah lekatan otot di dalam mulut seperti frenum. Pembedahan menggunakan laser juga kurang mengalami pendarahan.

Contoh Klinikal


(a)
 

(b)

Rajah 3: Contoh laser jenis diode (a) dan CO2 (b) yang biasa digunakan di klinik pergigian.


Rajah 4: Keadaan gusi pesakit yang membengkak akibat penyakit gusi dan kesan sampingan pengambilan ubat tertentu.


Rajah 5: Laser sedang digunakan untuk memperbaiki struktur gusi.


Rajah 6: Setelah rawatan selesai, menunjukkan kawasan pembedahan yang tidak  berdarah dan lebih estetik.

Perhatian perlu diberi ke atas perkara berikut ketika rawatan:

  1. Pesakit dan anggota pergigian perlu memakai pelindung mata khas
  2. Alatan yang memantulkan cahaya laser perlu dilindungi dengan gauze lembab.
  3. Pemilihan kes adalah mengikut indikasi dan pengalaman doktor yang merawat.
  4. Sistem evakuasi tinggi ( suction) untuk menyedut “asap laser” ( laser plume)

Nasihat untuk pesakit

Rawatan laser adalah selamat dan berkesan.

Namun, kos penggunaan laser dalam rawatan rutin adalah lebih tinggi berbanding dengan keberkesanan yang setanding dengan rawatan pergigian konvensional. Walau bagaimanapun, laser mempunyai beberapa kelebihan seperti yang telah dibincangkan.

Rawatan laser di klinik pergigian kerajaan boleh diperolehi dari klinik pakar Bedah Mulut dan Periodontik yang mempunyai peralatan ini, serta klinik pergigian di pusat pengajian tinggi awam.

Rujukan

  1. Pohlhaus, S.R. (2012). Lasers in Dentistry: Minimally Invasive Instruments for the Modern Practice. Retrived July 7, 2014, from media.dentalcare.com/media/En-Us/education/ce394/ce394.pdf
  2. Laser (n.d.) In Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrived July 7, 2014, from prpm.dbp.gov.my
  3. Coluzzi, D.J. (2008). Fundamentals of Lasers in Dentistry: Basic Science, Tissue Interaction and Instrumentation (Electronic version). Journal of Laser Dentistry; 16 (Special Issue): 4-10.
  4. Caranza’s Clinical Periodontology,11e (2012). Recent Advances in Surgical Technology. Chapter 64: 601-607
Semakan Akhir : 15 Januari 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Ayros Asmawati bt. Mohd Ayub
Akreditor : Dr. Norhani bt. Abd Rani

 

Artikel Berkaitan

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.

Penyakit Gusi

  Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,768

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia