A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Latah

Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya.


Sumber: www.sihatselalu.com

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, latah didefinisikan sebagai penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.

Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya. Tingkah laku melatah berlaku secara spontan kerana sudah tertanam di fikiran bawah sedar.

Latah bukanlah penyakit mental, namun sekiranya pada permulaan seseorang itu melakukannya secara berulang kali, lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan iaitu tingkah laku yang akan dilakukan secara berulangan dan tidak mampu dikawal.

Pelatah iaitu individu yang latah (Kamus Dewan Edisi Keempat) seringkali diusik dan dijadikan gurauan dalam kalangan ahli keluarga atau teman-teman mereka. Setiap aksi yang dipertontonkan oleh mereka menjadi satu bentuk hiburan yang mampu membangkitkan suasana.

Bahkan, sesebuah majlis perkahwinan atau kenduri-kendara seakan-akan hilang serinya tanpa gelagat mereka yang melatah. Aksi itu mungkin dianggap sebagai satu bentuk hiburan kepada orang lain. Semakin diusik atau disergah, semakin rancak mereka melatah.

Selepas melatah, pelaku tersebut akan mengalami kepenatan sehingga tidak bermaya. Mereka bukan sahaja melakukan aksi di luar kawalan, malah mereka tidak ingat apa yang telah berlaku. Berbeza dengan apabila kita berada dalam keadaan sedar, kita mampu mengawal pergerakan tetapi tidak ketika melatah. Jika tidak dikawal dari awal, aksi latah yang melampau  boleh membahayakan nyawa orang di sekeliling.

Ketika situasi latah sedang berlaku, orang di sekeliling hendaklah meredakan si pelatah dengan menenangkan dirinya. Caranya ialah dengan menampar bahu si pelatah lalu mengajarnya agar kembali tenang dan tenteram.

Penulis buku American Normal: Hyperstartle Syndrome, Lawrene Osborne pernah menyatakan jika masyarakat Amerika Syarikat (AS) popular dengan penyakit anoreksia, orang Nigeria mengalami masalah kepenatan minda, bangsa Melayu pula menghidap ‘penyakit’ latah (hyperstartle syndrome).

Meskipun kumpulan perubatan masih belum menemui punca sebenar latah, tetapi ia dipercayai berkait rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial.

Latah dikatakan boleh disembuhkan melalui pendekatan hipnoterapi dengan mengendalikan fikiran bawah sedar pelatah dengan mengubah tingkah laku refleksnya. Selepas beberapa sesi dijalankan, sindrom ini akan beransur hilang

Rujukan:

  1. http://www.kosmo.com.my/kosmo
  2. http://arymisterius.blogspot.com/2012/11/menghilangkan-penyakit-latah.html?
Semakan Akhir : 03 Mei 2017
Penulis :

Siti Nadiah Busyra binti Mat Nadzir

Akreditor : Tn Haji Hairol Kamal bin Abd Rahman

Artikel Berkaitan

“NASIHAT YANG DIBENCI” PENGHIDAP KEMURUNGAN

Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya adalah lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia