A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Latihan ke Tandas

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut.

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.

Apa itu latihan ke tandas?

Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.

Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak

Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak  supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan  kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang  upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.

Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?

  • Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.

  • Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.

  • Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.

  • Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas

Langkah-Langkah untuk Latihan ke Tandas

Untuk Permulaan

Kenalpasti  kekerapan dan masa yang biasa kanak-kanak itu membuang air. Untuk mengenalpasti keadaan ini, ibubapa / penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air.

Ini penting untuk mengetahui tempoh yang diambil oleh kanak-kanak untuk membuang air. Cara untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air boleh dibuat dalam bentuk jadual.

Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas

HARI DAN MASA

MASA SEWAKTU MENGHANTAR ANAK KE TANDAS/POTTY

ADAKAH ANAK MEMBUANG AIR DI TANDAS/POTTY

BASAH

KERING

YA

TIDAK

 

 

 

 

 

         
         
         
         
         
         
         
         
         

Cara untuk Mengawal Membuang Air Kencing / Besar Dan Belajar untuk Berdikari

Mula Apabila Kanak-kanak Telah Bersedia

Biasanya kanak-kanak yang normal pada umur 2 hingga 2½ tahun boleh mula dilatih, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur 3 atau 4 tahun ataupun lebih.

Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :

  1. Mengawal pundi kencing

    1. Adakah kanak-kanak sentiasa kering pada setiap jam.

    2. Adakah kanak-kanak tahu tentang hendak membuang air (lihat pada muka, dua belah kaki kanak-kanak).

    3. Adakah kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa.

    4. Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal  pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.

  1. Persediaan untuk bekerjasama

  • Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.

  1. Persediaan fizikal dan emosi

  • Uji dengan cara seperti dibawah :

  • Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
  • Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.

  • Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri.

  • Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.

  • Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.

  • Mahu bersendirian apabila ingin membuang  najis.

Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.

Melatih Kanak-kanak di atas Potty

  • Kenalpasti masa yang biasanya  kanak-kanak membuang air contoh selepas makan.

  • Selepas mengenalpasti masa tersebut, latih  kanak-kanak untuk ke tandas atau pun letakkan kanak-kanak di atas potty.

  • Berikan galakkan kepada mereka dengan perkataan yang biasa digunakan (seperti shiiiih atau poo).

  • Tinggalkan  kanak-kanak diatas potty sehingga membuang air.   Jika tidak membuang air, kanak-kanak tidak harus didudukan/ditinggalkan di atas potty lebih dari 10 minit.

  • Pastikan potty diletakkan dalam keadaan yang selamat.

  • Beri ganjaran setelah kanak-kanak berjaya membuang air seperti tepuk tangan, cium dia, dan lain-lain.

  • Jika kanak-kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Jangan mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakuka kesalahan semasa latihan ke tandas.

Membersihkan

  • Terangkan kepada kanak-kanak bahawa bermain dengan najis adalah tidak baik.

  • Ajar kanak-kanak untuk membersihkannya dan basuh tangan kamu dan kanak-kanak itu dengan sabun.

  • Ajar dan bantu anak untuk menggunakan flush.

  • Ajar kanak-kanak supaya membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan potty bagi contoh dengan membasuh tangan anda sendiri.

Tunjuk Ajar Cara Menanggalkan Seluar dan Bukan Hanya Memberi Arahan

  • Ibubapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian (seluar) yang mudah untuk ditanggalkan/dilonggarkan. Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak untuk menanggalkan/melonggarkan pakaian (seluar) mereka apabila hendak ke tandas.

  • Jika kanak-kanak tidak boleh melakukannya (susah untuk melaksanakan tugasan), ibubapa/penjaga tidak boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bantu mereka dengan cara melakukan bersama-sama kanak-kanak tersebut supaya dapat belajar bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sendiri.

  • Jika kanak-kanak susah untuk menarik pakaian (seluar) ke bawah, gunakan pakaian (seluar) yang mudah untuk dilonggarkan, contoh : seluar yang elastik, seluar yang menggunakan velcro.

  • Elakkan menggunakan seluar yang berbutang dan bertali pinggang.

Menggunakan Model Sebagai Contoh dan Demonstrasi kepada Kanak-kanak

Mengadaptasi Mengikut Kegemaran Kanak-kanak

Memberi Ganjaran kepada Kanak-kanak Setelah Mereka Berjaya Melakukannya

Latihan ke Tandas untuk Kanak-kanak Keperluan Khas

  •  Ketidakupayaan fizikal – membuat pengubahsuaian tandas dan gunakan alat bantuan bagi memudahkan mereka menggunakan tandas tersebut dengan keadaan fizikal mereka .Mereka memerlukan sokongan dari ibubapa bagi mempelajari kemahiran yang baru untuk ke tandas.

  • Ketidakupayaan penglihatan – benarkan mereka menerokai tandas dan kedudukan tandas.Letakkan tangan kanak-kanak itu di bahu anda semasa anda bergerak dan beri galakkan untuk kanak-kanak untuk menyentuh peralatan yang digunakan di dalam tandas. Anda perlu menerangkan apa yang anda lakukan . Benarkan kanak-kanak itu untuk berdikari dan mencubanya. Mangkuk tandas bermuzik membantu  dalam proses pembelajaran dan ianya menyeronokkan.

  • Ketidakupayaan pendengaran – Gunakan bahasa isyarat yang dapat difahami agar mereka boleh menggunakan  ia untuk ke tandas. Gunakan buku untuk mengajar keperluan ke tandas.

  • Masalah pengawalan pembuangan air kencing – Latih kanak-kanak itu menggunakan jadual dan kerap ke tandas, contoh setiap jam perlu ke tandas samada untuk membuang atau tidak.

  • Permasalahan tingkahlaku – Tunjukkan gambar-gambar tandas atau kanak-kanak membuang air di tandas. Ajar untuk memberitahu, sekurang-kurangnya menyebut tandas,atau tunjuk ke arah tandas/gambar tandas/dan sebagainya.

Rujukan

  1. Creating Toilet Training Plan (2003). Guide to Toilet Training,American Academy of Pediatrics. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.healthychildren.org

  2. Mayo Clinic Staff (2011, 6 November).Potty training : How to get job done. Retrieved June 19 , 2013 from http://www.mayoclinic.com/health/potty-training/ CC00060/ METHOD=print

  3. Syahida(2010, 13 January). Pendidikan Awal Kanak-kanak , latihan ke tandas. Retrived  June 19, 2013 from http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/01/belajar-ketandas.html

  4. Gambar :diambil dari Yahoo! Malaysia Image

 

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Jamilah bt Abdul Kuthoos
Penyemak : Tan Foo Lan

 

Artikel Berkaitan

Tonsillitis

What are tonsils? Tonsils are glands that work like an

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,687

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia