A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Lebih ramai sedar bahaya...

Lebih ramai sedar bahaya diabetes

Utusan Malaysia

Isnin, 05/12/2011

Lebih ramai sedar bahaya diabetes

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Kajian Pertubuhan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 366 juta kes diabetes di seluruh dunia. Ini bermakna satu daripada setiap lima dewasa berpotensi menghidap penyakit itu.

Pendedahan itu membuktikan diabetes menjadi ancaman kesihatan utama pada masa kini. Sesuatu perlu dilakukan segera bagi menghalang angka penghidapnya terus berada di tahap membimbangkan.

Antara perubahan ketara yang biasa dilalui penghidap diabetes adalah sentiasa berasa dahaga, kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, selera makan meningkat, letih, hilang berat badan, luka yang lambat sembuh serta penglihatan menjadi kabur.

Dalam kes lebih kritikal, penghidap mengalami simptom seperti pedih di tapak kaki, hujung jari terasa bagai ditusuk jarum atau benda tajam. Kesakitan itu yang pada awalnya berlaku sekali-sekala, semakin lama menjadi lebih kerap hingga tidak dapat ditanggung.

Menjelaskan lebih lanjut simptom ini Pakar Gastroenterologis Pusat Pakar Megah, Sime Darby, Dr. Loong Yik Yee berkata, hampir 50 peratus pesakit diabetes di negara ini akan mengalami satu atau lebih simptom tersebut.

"Tetapi juga ada antara mereka yang langsung tidak merasai sebarang simptom. Manakala simptom-simptom seperti terasa kaki atau jari ditusuk jarum berlaku apabila si penghidap sudah mengalami kerosakan saraf.

"Keadaan itu jika dibiarkan akan menyebabkan kemudaratan kepada pesakit itu sendiri. Sebab itu, adalah sangat penting untuk pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan ia menjadi lebih kronik," tambahnya.

Kes-kes seperti ini juga telah meningkat hampir dua kali ganda dalam sedekad yang lalu.

Dr. Yik Yee berkata demikian ketika membentangkan topik menarik bertajuk 'Apa masalah sekiranya sekiranya sangat manis?' di forum kesihatan anjuran Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sime Darby (KPKSD) bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2011 baru-baru ini.

Forum

Selain menganjurkan forum kesihatan, KPKSD turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai di dua lokasi yang berbeza iaitu Pusat Pakar Sime Darby Megah dan Sime Darby Subang Jaya.

Lebih 100 orang menyertai aktiviti seperti pemeriksaan kadar kolesterol dan gula dalam badan, promosi barangan untuk pesakit diabetes, pemeriksaan kadar BMI dan khidmat nasihat percuma tentang diet dan pemakanan seharian oleh pakar-pakar pemakanan KPKSD.

Selain itu, buku resipi 'Simply Delicious' yang mengandungi resipi-resipi makanan lazat bagi pesakit diabetes turut dilancarkan pada hari yang sama. Buku berkenaan mencadangkan sepuluh resepi makanan dan minimum sihat oleh pakar diet Sime Darby bersama Nestle Healthcare.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti anjuran Sime Darby Healthcare Group, layari www.simedarbyhealthcare.com

 

{module Artikel & Rencana}

 

Artikel Berkaitan

H

Hemodialisis

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia